Friday, 25 May 2012

SEJARAH MARITIM MELAYU MELAKA


1.0 Pengenalan
Kerajaan Melaka adalah sebuah Kerajaan Melayu yang menonjol dikalangan Kerajaan Melayu sebelum ini. Kerajaan lama sebelum ini telah wujud tetapi tidak menunjukkan pengaruh yang kuat seperti kerajaan Melaka. Kewujudan kerajaan sebelum Melaka di kenali sebagai kerajaan kataha di Lembah Bujang, Gangga Negara di beruas-manjug, Fo-Lo-An di Kuala Berang, Chih-Tu di Kelantan, Sentubong di Serawak dan petempatan atas air di Kuala Selingsing (perak). Semua kerajaan ini dibuktikan dengan sumber dari China, Arab dan Arkeologi.[1] Kemungkinan kemunculan kerajaan sebelum ini tidak menonjol kerana tidak mempunyai tempat yang strategik seperti Kerajaan Melayu Melaka yang mempunyai petempatan kerajaan yang terletak pertengahan jalan perdagangan timur dan barat. Seperti dalam tulisan B. Harrison[2]

“...ia terletak di persimpangan jalan yang semula jadi di atas lebuh raya yang sesuai pula dengan arah tiupan angin monsun yang sering menentukan jalan-jalan kapal layar yang menyeberangi lautan India dan lautan China...”

Angin monsun barat daya yang bertiub daripada bulan Mei hingga Oktober membawa kapal-kapal pedagang dari lautan india dan juga laut merah ke selat melaka, dan seterusnya membawa kapal-kapal itu ke timur jauh, bersama-sama kapal China yang hendak kembali ke negerinya. Angin mousun timur laut pula yang bermula pada bulan november hingga April membawa balik kapal-kapal dari timur jauh ke selat Melaka dan sterusnya ke lautan india dan ke laut merah.[3] Setiap kapal layar yang datang ke melaka akan tinggal berdagang beberapa bulan di Melaka sementara menunggu pertukaran angin monsun. Smentara menunggu pertukaran angin mongsun ini pedagang yang singgah di Pelabuhan Melaka akan menjalankan kegiatan perdangangan dengan para pedagang tempatan dan juga pedagang luar yang datang dari timur dan barat.

Selain dari faktor itu, kerajaan Melaka turut mempunyai kelebihan lain untuk muncul sebuah pelabuhan antarabangsa diantara kurun ke-7 hingga pertengahan kurung ke-19.[4] Antaranya boleh mengeluar dan mengumpul barang daripada kawasan sekitar kepulauan melayu. Pelbagai barang dan keperluan perdagang dari luar dapat di perolehi di pelabuhan selat Melaka, seperti perdagang dari China mahukan Herba, pedangang portugis mahukan Rempah. Oleh itu, setiap keperluan yang di kehendaki oleh pedangang dari luar dapat di perolehi dengan mudah di Melaka. Selain itu, kemudahan yang di sediakan oleh kerajaan Melaka turut menarik minat pedangang antarabangsa. Dimana kerajaan Melayu Melaka telah menugaskan satu kumpulan yang mengawasi kegiatan perdagangan Yang dikenali sebagai shyabandar. Syahbandar akan memastikan setiap pedangang yang singgah di pelabuhan Melaka mendapatkan kemudahan pelabuhan seperti tempat menyimpang barang, membaiki kapal dan tempat untuk berniaga. Selain itu, syahbandar juga berperanan untuk memungut cukai dari pedangang.

Pada tahun 1511 Melaka mula di kuasai oleh kuasa-kuasa eropah. Dimana pada masa ini Melaka telah dikuasai oleh portugis kemudian Belanda dan akhir sekali di kuasai oleh Enggris. Semasa penguasaan Portugis di Melaka kegiatan perdagangan di kalangan Pedangang Melayu mula berkurangan dan kegiatan perdagangan di pelabuhan Melaka mula merosot. Kemerosotan kegiatan perdagangan di Melaka disebabkan oleh dasar monopoli yang di amalkan oleh Portugis yang mengenakan pelbagai peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi oleh pedangan, hal ini, telah menyukarkan para pedagang yang hendak berdagang di pelabuhan Melaka. Oleh itu, ramai pedagang mula lari dari berdagang di pelabuhan Melaka. Para pedagang mula mencari altenetif lain dengan menjadikan pelabuhan baru seperti pelabuhan Johor-Riau dan Aceh sebagai tempat berdagang. Aceh telah menggantikan peranan sebagai pelabuhan entripot setelah Portugis menguasai Melaka. Dimana para pedagang yang tidak mahu menjalankan kegiatan perdagangan dengan pihak Kristian Portugis telah bertumpu di Aceh. Perkara ini telah membawa pedagang-pedangan dari timur dan kepulauan Melayu turut berdagang di Aceh. Selain itu, aceh juga merupakan sebuah pelabuhan yang banyak mengexspot rempah ratus. Walaupun aceh sendiri tidak mengeluarkan barang itu. Tetapi, acheh memperolihi barang itu dari kawasan jajahan takluknya dari Tiku, Priaman, Kedah dan Pedir yang banyak mengeluarkan hasil Rempah-ratus.[5]

Kemudian pada tahun 1641 Melaka dikuasai oleh Belanda. Pada masa penguasaan Belanda keatas Melaka kegiatan perdagangan mula berkembang semula berbanding semasa pendudukan Portugis. Kapal-kapal pedangang mulai masuk semula di pelabuhan Melaka. Pelabuhan Melaka mulai sibuk semula dengan kedatangang pedangan dari timur dan barat. Tetapi sistem pentadbiran Belanda dengan Portugis seakan sama. Belanda hanya meneruskan sistem yang telah sedia ada yang telah ditinggalkan oleh Portugis. Melaui pelbagai dasar pentadbiran Belanda melaka telah menjadi sebuah bandar Kosmopolitan dimana telah wujud pelbagai masyarakat di kawasan Bandar-bandar Melaka.

2.0 Pelabuhan Melaka
Terdapat banyak pelabuhan yang muncul di sekitar selat Melaka. Pelabuhan tersebut terbahagi kepada dua jenis pelabuhan iaitu pelabuhan utama dan pelabuhan sekunder. Pelabuhan utama merupakan pelabuhan yang menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa dimana pelabuhan ini menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang luar. Manakala, pelabuhan sekunder pula merupakan pelabuhan yang menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang tempatan. Pelabuhan utama terbahagi kepada dua jenis. Pelabuhan seperti Aceh dan palembang merupakan pelabuhan yang di perintah oleh kerajaan tempatan. Manakala pelabuhan yang dikuasai oleh penjajah pula terdiri daripada pelabuhan Melaka dan Pulau Pinang kemudian Singapura.

            Pelabuhan utama merupakan pelabuhan yang besar dan didatangi kapal-kapal dari pelbagai negara. Pelabuhan ini bersifat kosmopolitan dimana pedagang yang datang berdagang di pelabuhan ini terdiri dari pada pelbagai bangsa. Selain itu pelabuhan ini juga merupakan pelabuhan entrepot yang mengumpul hasil dagangan dari daerah sekitarnya dan mengeksport barang itu melalui perdagangan asing yang datang di pelabuhan itu. Pelabuhan entrepot akan mengimport barang-barang dagangan dari pedagang asing kemudian menyalurkan barang-barang tersebut ke kawasan pedalaman melalui pedagang-pedagan tempatan[6]. Pada masa pendudukan Belanda di Melaka, pelabuhan Melaka telah bertukar peranannya yang sebelum ini berfungsi sebagai pelabuhan utama telah bertukar menjadi pelabuhan sekunder sahaja. Oleh keranan dasar Belanda yang menjadikan pusat perdangang di Bantavia. Semua kegiatan perdagangan di pusatkan di Bantavia. Manakala wilayah-wilah di kawasan pedalaman dijadikan sebagai kawasan priphery bagi pelabuhan Utama.

            Pelabuhan sekunder merupakan pelabuhan tempatan yang bersaiz kecil berperanan sebagai pembekal kepada pelabuhan utama. Pelabuhan merupakan satu pelabuhan kecil yang terletak di kuala sungai dan atau tebing sungai di pedalaman yang didatangi oleh pedangang dan perahu tempatan. Pedangang tempatan berperanan penting dalam kegiatan perdagangan di pelabuhan sekunder. Oleh kerana, kapal besar tidak boleh memasuki kawasan pedalaman. Dengan adanya pedangang tempatan inilah barang dialirkan keluar. Pedangang tempatan ini akan memungut hasil di kawasan ini dan di bawa untuk di perdagangkan kepada pedagang luar melalui pelabuhan utama. antara pelabuhan sekunder yang wujud pada abad ke 17 dan 19 ialah Bangkalis, Siak, Kampar, Inderagiri di Sumatera, Kedah, Selangor dan Telok Bangkor (Perak) di Semenanjung. Sebelum ini Pelabuhan Sekunder tunduk kepada kerajaan yang menguasai pelabuhan utama. Akan tetapi semasa abad ke-17dan18 kerajaan di pelabuhan sekunder tidak lagi tunduk kepada pelabuhan Utama. Mereka telah bebas menjalankan aktiviti perdagangan mereka sendiri tampa dibelenggu oleh kuasa pelabuhan utama lagi. kuasa-kuasa besar yang menaungi mereka sebelum ini telah lemah. Malahan, ada sesetengah pelabuhan telah dikuasai oleh lanun.[7]

            Pelabuhan adalah sumber utama kepada kerajaan di sekitar kepulauan Melayu.  seperti Melaka kegiatan ekonomi utamanya adalah berasakan kepada kegiatan perdagangan dimana pada abad ke-18 iaitu semasa pendudukan Belanda keatas Melaka kegiatan pertanian tidak dijalankan oleh Belanda. Dimana, Belanda lebih memupukan kepada kegiatan perdagangan.[8] Kegiatan perdangan merupakan satu kegiatan yang utama dan menjadi asas kepada pendapatan Melaka pada ketika itu. Kegiatan perdangang dijalankan berdasarkan kepada dasar monopoli yang mana Belanda mahukan semua barang yang mendapat permintaan tinggi di pasaran dapat dikawal olehnya. 

3.0 Kegiatan perdagangan orang Melayu
Kegiatan perdangang dikalangan orang melayu digerakkan oleh golongan bangsawan dan juga sultan yang berperanan sebagai usahawan melayu. Golongan sultan dan pembesar tidak menjalankan kegiatan perdagangan secara terus tetapi mereka menggunakan wakil mereka. Hal ini kerana, raja-raja Melayu menganggap perbuatan berdagang ini akan menjatuhkan darjat mereka. Biasanya mereka adalah tuan kepada kapal dan barang dagang. Segala barang yang hak milik sultan itu di beri kuasa kepada kiwi untuk memperdagangkan barang itu. Tom pires dalam laporannya ada menyatakan jika ada kapal berlayar keluar dari Melaka itu terdapat saham sultan didalamnya.[9]

            Sultan akan menggunaka perkidmatan saudagar yang mahir dalam mewakili perdagangan mereka. Pedagang yang menjalankan perdagangan raja ini dikenali sebagai saudagar raja. Saudagar raja ini mempunyai kedudukan yang tinggi. Saudagar raja ini setaraf dengan pegawai negeri. Bagi menjadi saudagar raja ini perlulah mnempunyai banyak pengetahuan tentang selok-belok perdagangan dan perlayaran. Selain itu mereka juga boleh berhubungan dengan pedangang asing tidak kira dari Asian atau Eropah. Pada kebiasaan Saudagar Raja ini diambil dari kalangan orang asing. Menurut Andaya hanya sedikit sahaja orang Melayu yang berkebolehan ini. Ada kemungkinan juga perlantikan saudagar raja dikalangan orang asing ini memudahkan Sultan untuk memecat mereka bila khidmat mereka sudah tidak diperlukan lagi oleh sultan. Walaupun kedudukan Saudagar raja ini mempunyai kedudukan yang tinggi tetapi ia tidak begitu selesa seperti yang disangkakan. Menurut de Failie, walaupun mereka merupakan orang kepercayaan raja, tetapi mereka juga merupakan sumber kepada kekayaan raja. Semua hadiah dan kekayaan yang di anugerahkan oleh raja mestilah digunakan sebaik-baiknya bagi mendapat keuntungan kepada raja. Mereka sebenarnya adalah milik raja. Ini termasuklah anak isteri mereka. Mereka wajib membiayai segala belanja Raja khursusnya yang luar biasa dan mempersembahakan hadiah dan barang yang diingini oleh raja dan keluarga.[10]
           
            Selain dari raja atau Sultan pembesar-pembesar negeri juga bergiat dalam aktiviti perdagangan oleh kerana kedudukannya sebagai raja laut biasanya laksamana memainkan peranan utama dalam perdagangang selain dari saudagar raja mewakili raja atau sultan. Para pembesar lain turut terlibat dalam kegiatan perdagangan di Melaka. Antaranya Bendahara dan  Temenggung. Tidak terkecuali anak-anak raja dan orang-orang kaya memaningkan peranan dalam perdagangan. Mereka ini mempunyai modal yang besar dalam menjalankan kegiatan perdagangan. Boleh dikatankan semua kegiatan perdagangan dikalangan masyarakat melayu hanya melibatkan mereka yang kaya dan berpengaruh sahaja. Rakyat biasa tidak mempunyai modal untuk menjalankan kegiatan perdagangan.

4.0 Monopoli perdagangan Belanda di selat Melaka
Semasa penjajahan Belanda di Melaka, dasar Belanda seakan sama dengan sistem yang di gunakan oleh portugis. Dimana Belanda cuba menguasai dan memonopoli kegiatan perdagangan di selat Melaka. Belanda cuba mengawal segala pergerakan dan aktiviti perdagangan yang di jalankan di sekitar Melaka. Mereka mahu menguasai perdagangan Biji timah dari kerajaan melayu yang berada di sekitar semenanjung tanah Melayu, Lada Hitam yang di keluarkan oleh Sumatra dan kain dari india[11]. Semua bahan ini di kehendaki oleh Belanda. Biji Timah banyak terdapat di Sekitar Semenanjung tanah Melayu terutamanya di perak. Manakala hasil pertanian yang dikeluarkan oleh kepulauan melayu yang menjadi rebutan orang eropah iaitu Lada Hitam banyak di hasilkan oleh sumatera.

Oleh itu, Orang Belanda telah mencari jalan untuk memonopoli perdagangan di sekitar selat melaka. Mereka mahu menguasai perdagangan hasil tempatan terutamanya lada hitam, Rempah Ratus dan biji Timah. Bagi mencapai hasrat itu Belanda telah membuat perjanjian berat sebelah dengan Raja-Raja yang berada sekitar selat Melaka.[12] Melalui perjanjian ini Belanda dapat memastikan hasil tempatan tidak didagangkan kepada pihak lain. Belanda mahukan semua hasil tempatan didagangkan kepada Kompeni Belanda (VOC) sahaja. Perjanjian itu memberi keuntungan kepada pihak Belanda dalam memonopoli perdagangan di selat itu. Dimana pada tahun 1642 perjanjian diantara pihak Belanda dengan sultan Johor telah termenterai hasil dari pujukan Belanda.[13]

            Melaka hanya mengeluarkan sedikit makanan dan tidak mencukupi menampung permintaan makanan masyarakat Melaka. Dimana sebelum ini Melaka mengharapkan import bahan makanan dari luar seperti beras yang diperolehi dari Siam dan Jawa. Bagi memastikan bekalan makanan mencukupi Belanda telah mengenakan satu undang-undang yang dapat mengawal dan memonopoli perdagangan makanan. Belanda telah mengenakan peraturan yang menyekat penjualan beras selain kepada pedagang luar diaman beras hanya boleh dijual kepada orang tempatan. Beras hanya boleh diniagakan dalam pasaran tempatan sahaja. Selain itu penjualan ikan juga dihadkan didagang dalam pasaran tempatan sahaja. Dimana nelayang-nelayang tidak boleh menjual terus kepada pedangang yang singgah di pelabuhan Melaka. Nelayang dikehendaki melelong hasil mereka di pasar yang telah ditetapkan oleh pihak Belanda setelah semua ikan yang baik dibeli atau diambil begitu sahaja oleh pegawai-pegawai Belanda.[14]

            Selain itu, Belanda turut mengenakan pas pelayaran kepada semua pedagang yang melalui selat Melaka. Setiap pedagang yang melalui Melaka dikehendaki singgah terlebih dahulu di pelabuhan Melaka bagi mengambil pas pelayaran. Dengan cara ini secara tidak langsung pedagang terpaksa berdagang terlebih dahulu dengan orang Belanda di Melaka. Antara sasaran utama Belanda adalah pedagang tempatan. Antara pedagang tempatan yang menjadi sasaran belanda adalah kedah, Perak dan Selangor.  dimana hasil tempatan terutama Biji timah menjadi satu bahan buruan orang Eropah untuk digunakan oleh mereka dalam industri mereka di Eropah. Bagi memastikan undang-undang itu dipatuhi oleh pedagang yang melalui Melaka, Belanda telah menggunakan kekuatan Armada tentera mereka, dimana Belanda telah menubuhkan satu pasukan peronda. Bagi menguatkan lagi pasukan tentera Belanda, orang tempatan seperti Orang Bugis, Madura, Bali dan Jawa diambil sebagai tentera Belanda[15]
           
Belanda turut mengenakan cukai sepertimana sistem cukai yang dikenakan oleh pihak Portugis sebelum ini kepada para pedagang yang menjalankan kegiatan perdagangan di Melaka. Dimana setiap barang yang di perdagangkan di selat Melaka akan dikenakan cukai iaitu cukai import dan export. Walaupun Belanda mengenakan cukai sama seperti sistem cukai yang di buat oleh Portugis, Tetapi kadar cukai barang yang dikenakan oleh Belada lebih tinggi berbanding kadar cukai yang di kenakan semasa Portugis. Dimana setiap barang yang di import akan dikenakan cukai sebanyak 10 peratus dan 5 peratus bagi barang yang di export.[16] Bagi belanda dengan cara ini mereka percaya semua kegiatan perdagangan di selat Melaka ini dapat dikawal oleh mereka terutama sekali perdagangan Biji timah.

Walaupun begitu, semua polisi yang dibuat oleh Belanda bagi memonopoli dan mengawal kegiatan perdagangan di selat Melaka ini mempunyai masalah. Dimana para pedangang lebih suka memperdagangkan dengan pedangang lain dengan cara membuat perdagangan di pelabuhan lain. Para pedangang mahu keuntungan lebih kerana Belanda membeli barang dengan harga yang rendah berbanding dengan harga yang diniagakan di pelabuhan lain. Malahan, pedangang juga ingin mengelak cukai yang dikenakan oleh Belanda yang dianggap melampau.  Antara pelabuhan yang di singgah oleh para pedagang sebagai altanetif kepada pelabuhan Melaka adalah Aceh. Mereka menjalankan perdagangan secara sembunyi-sembunyai dari pengetahuan Belanda atau VOC. Kegiatan penyeludupan ini tidak mampu dikawal oleh Belanda biarpun Belanda mempunyai pasukan peronda di sekitar selat Melaka bagi memastikan para pedangan mematuhi undang-undang yang di tetapkan.

5.0 Peranan Orang Cina Dalam Kegiatan Perdagangan Dan Pelaburan Di Melaka
Para pedagang cina tela memainkan peranan yang penting dalam kegiatan perdagangan di Melaka sejak dari kegemilangan kerajaan Melayu Melaka lagi. Pertambahan kemasukan orang Cina ke Melaka bertambah pesat semasa separuh abad ke-15 kemuncaknya pada pertengahan abad ke-19 walaupun sebelum ini semasa abad ke-15 ke datang pedangang cina ke Melaka merosot.[17] Orang cina bergiat aktif dalam pelbagai kegiatan Ekonomi di Melaka. Mereka telah menjalankan kegiatan ekonomi selain dari kegiatan perdagangan mereka turut terlibat dengan kegiatan pelaburan besar dalam sektor percukaian atau dikenali sebagai Revenue Farms di samping itu mereka turut terlibat dalam aktiviti perdagangan di wilayah tersebut. Sesetengahnya pula telah bertukar kepada pelabur dan pelabur modal. Bagi menjalankan kegiatan perusahaan mereka di kepulauan Melayu mereka telah membawa masuk ramai orang cina ke sekitar perusahaan mereka terutama dalam industeri perlombongan dan pengeluaran hasil pertanian.

 Pada tahun 1830-an, orang Cina telah mengembangkan perniagaan ke dalam pelaburan perlombongan biji timah di negeri-negeri melayu.[18] Melalui pelaburan inilah perkembangan ekonomi di Melaka banyak melibatkan orang cina. Dengan pelaburan ini juga telah meluaskan lagi kegiatan perdagangan orang cina. Boleh dikatakan setiap bandar di sekitar semenanjung terdapat ejen pedangang Cina. Kebanyakan pedangang cina yang kaya di Melaka dan Pulau Pinang mempunyai rangkaian perdagangan di sekitar kepulauan melayu yang merangkumi sebahagiam besar wilayah di Utara Selat Melaka, Utara Sumatera, Selatan Siam dan negeri-negeri Melayu.

selain itu, orang Cina turut terlibat dengan kegiatan pertanian dan perushaan. Orang cina bukan sahaja bergiat aktif dalam pelaburan dan perdagangan di kawasan sekitar bandar sahaja malahan mereka turut bergerak dalam jaringan perlaburan dalam sektor pedalaman iaitu kegiatan pertanian secara komersil yang berpotensi tinggi untuk diniagakan di pasaran tempatan dan antarabangsa. Dimana, mereka melabur dalam kegiatan penanaman buah-buahan, sayuran, lada hitam dan Gambir di kawasan pedalaman.[19]  Di Pulau pinang pembukaan tanah baru oleh EIC bagi tujuan pengeluaran Lada Hitam secara Komersil telah mengalakkan lagi kemasukan orang Cina ke sekitar semenanjung Tanah Melayu. Khidmat buruh Cina di kawasan perusahaan Pertanian sangat diperlukan. Di Melaka, sebelum berlaku peperangan dengan kerajaan riau pada tahun 1784 terdapat perusahaan tanaman gambir yang di usahakan.

Dalam perusahaan biji timah dan pengeluaran hasil tanaman komersil ini permintaan terhadap buruh sangat diperlukan. Pada masa ini ramai buruh Cina di bawa masuk ke sekitar kawasan sekitar kegiatan ekonomi kerana sistem hamba telah dihapuskan oleh penjajah barat. Dengan kemasukan buruh Cina kekurangan buruh ini dapat diatasi. Ramai buruh Cina ditempatkan dikawasan sekitar pedalaman kepulauan Melayu untuk menjalankan kegiatan ekonomi. Selain itu, Pengusaha Cina dan tempatan lebih berminat mengambil buruh dari Negara China kerana pengurusan Buruh Cina lebih bersistem. Dengan adanya sistem yang teratur ini pengawalan dan pengurusan buruh dapat dijalankan dengan mudah berbanding dengan Buruh Tempatan. Tambahan pula, cara orang Cina berkerja berlainan dengan orang tempatan. Buruh Cina berkerja keras dan bersugguh-sungguh untuk melangsaikan kontrak kerja dan akhirnya mereka akan mendapat kebebasan. Dengan kemasukan buruh cina secara beramai-ramai ini telah membantu perkembangan ekonomi di Melaka. Altenetif penggunaan buruh Cina ini dapat menggantikan sistem hamba yang sebelum ini berperanan penting dalam membangunkan ekonomi Melaka.

Peranan orang cina dalam kegiatan ekonomi ini di Melaka dalam sektor perdangang dan pertanian ini telah membantu meningkatkan hasil keluaran Melaka. Orang cina yang banyak bergiat dalam kegiatan ekonomi kormersil ini telah menjadikan golongan yang kaya di Melaka. Selain itu, kemasukan Buruh Cina secara beramai-ramai ke Melaka telah menjadikan Bandar Melaka sebuah bandar Kosmopolitan dimana terdapat pelbagai bangsa, kebudayaan dan agama. Kemasukan buruh Cina turut menambahkan lagi demografi penduduk bandar Melaka.

6.0 PENTADBIRAN BANDAR DI MELAKA SEMASA BELANDA
Sistem pentadbiran Belanda di dalam kebanyakan bandar jajahannya adalah lebih kurang sama saja, walau bagaimanapun struktur pentadbiran Belanda di Bandar-bandar yang dikuasainya lebih teratur dan tersusun. Sebagaimana yang Gaastra menyatakan , keteraturan dan ketersusunan pentadbiran Belanda dapat dilihat dalam pentadbiran yang telah dijalankan oleh ketua pegawai Belanda. Kekuasaan dalam pentadbiran Belanda diwilayah mereka  seperti Melaka dan Ambon, dipegang oleh gabenor-gabenor, sementara kawasan-kawasan lain ditadbir oleh pengarah-pengarah, komandor atau resident. Dalam semua kes, pegawai-pegawai inilah akan membantu dalam perjalanan tugasan pentadbiran di semua majlis-majlis, seperti Majlis Politik, Majlis Kehakiman, kumpulan perlindung anak-anak yatim, datuk-datuk Bandar, majlis gereja. Walaubagaimanapun, dalam melaksanakan tugas adalah kadang-kadang telah dilakukan tanpa mendapat nasihat dari majlis-majlis.

             Seseorang gabenor, biasanya dipilih melalui faktor perkahwinan, keturunan, atau susurgalur keluarga. Gabenor mempunyai kekuasaan untuk membuat keputusan dalam pelbagai keadaan di Bandar, melalui semua keputusan pertamanya Gabenor di kehendaki menghantar laporan kepada VOC yang beribu pejabat di Batavia untuk pengesahan. Sebagai ketua pentadbir Gabenor mempunyai pelbagai tugas. Tugas rasminya adalah di pelabuhan yang menjadi pusat pentadbiran.[20] Semasa penjajahan belanda dari tahun 1641 hingga 1824, Melaka mempunyai 32 pembesar Belanda. Gabenor dibantu oleh beberapa pegawai bawahannya, seperti Senior Mercharts ( pegawai berpengalaman), pedangang  (orang bangsawan atau orang kaya), beberapa orang Junior Mercharts bertugas sebagai menulis laporan urusniaga atau merekod kira-kira dan juga berperanan sebagai komonder kepada pasukan tentera.

Peranan Jenior dan Senior Merchant sangat penting didalam pentadbiran. Jenior dan Senior Merchant akan membantu pentadbiran menjalankan tugas-tugas Gabenor. Junior Merchant boleh dinaikkan pangkat daripada Senior Merchant dan Senior Merchant kepada Junior Merchert dan kemudian boleh dinaik pangkat menjadi Gebenor. Seperti Abraham Couperus, adalah seorang Junior Merchant yang kemudian naik pangkat menjadi Senior [21]Merchent dan akhirnya menjadi Gebenaor. Sebagaimana juga dengan faktor pertalian kekeluargaan dan persahabatan juga berperanan penting dalam menentukan pangkat seseorang pegawai. Perkahwinan antara pegawai VOC atau pun perkahwinan antara anak pegawai tinggi akan menjadikan peluang kenaikan pangkat lebih tinggi. kekuasaan seorang Gabenor ini lebih berkuasa di bandar kerana gabenor berkuasa penuh di pejabat pentadbiran. Dalam semua perkara Gebenor akan di bantu oleh Majlis yang mana perkara penting dirujuk majlis politik (politik council). Gebenor adalah ketua dalam Majlis Politik yang boleh memutuskan sesuatu perkara dalam Majlis Politik.

            Sementara Majlis Politik tertumpu kepada urusan pentadbiran dan  perkara-perkara politik. Majlis Keadilan pula berperanan dalam perkara-perkara rasmi,. Sebelum 1734, Gabenor juga adalah Pengerusi bagi majlis ini, walaupun kuasanya agak terhad. Selepas 1734 dia tidak lama berada di Majlis Keadilan tetapi menerima laporan bulanan mengikut prosedur. Majlis itu berterusan dalam sembilan ahli tetap yang kebiasaannya terdiri daripada pembantu VOC. Semasa 1737 ada senior mercht yang berlagak seperti seorang presiden. Telah menimbulkan Pertelagahan dengan penduduk bandar yang kemudian telah di selesaikan oleh majlis keadilan. Apabila pergaduhan yang melibatkan komuniti Asia, Majlis kebiasaannya menyerahkan tugas untuk menyelesaikan pergaduhan itu kepada pemimpin komoniti selagi mana boleh diselesaikan. Majlis Pengadilan akan menyelesaikan masalah itu jika tidak dapat diselesaikan oleh pemimpin komoniti tersebut.

Ketika British mengambil alih pentadbiran pada tahun 1794, mereka mengekalkan sistem pengadilan Belanda dan Majlis Keadilan Menyambung apa yang telah dilaksanakan oleh Belanda. selepas Melaka diambil alih dari Belanda pada tahun 1825, Undang-undang British hanyalah menciplak undang-undang yang sedia ada semasa penguasaan Belanda. Sepertimana yang digambarkan sebelum ini dimana terdapat banyak majlis yang ditugaskan untuk membantu dalam pentadbiran dan mereka akan menjalankan tugas secara langsung atau tidak langsung dibawah pentadbiran pejabat Gabenor.  

7.0 Masyarakat Melaka
Melaka pada tahun 1780 hingga 1830, menunjukkan semua gambaran strutur masyarakat yang tinggal dalam bandar semasa penjajah. Populasi penduduk Melaka semasa penguasaan Belanda di Melaka, masyarakat yang menjadi sebahagian kecil dalam demografi penduduk Melaka adalah dikalangan bangsa Eropah. Terutamanya bangsa Belanda dan sebahagian besar bangsa Asia. Masyarakat Asia yang terdiri daripada orang Melayu, China, Keling, moors dan hamba. walaubagaimanapun  terdapat juga dikalangan bangsa lain yang tinggal di Melaka. terdapat komoniti bangsa lain yang telah berhijrah dan menetap di Melaka semenjak sebelum  penguasaan Eropah. Dimana, semasa kegemilangan kerajaan Melayu Melaka dahulu telah ramai pedagang dari negara luar datang ke Melaka dan tinggal menetap di Melaka seperti orang Cina, Arab dan India telah mulai masuk dan menjadi sebahagian daripada masyarakat Melaka. [22]

Komuniti bangsa asing yang cukup besar telah membentuk satu komuniti yang berasingan dan membentuk sebahagian dalam masyarakat di tengah-tengah komuniti tempatan yang besar. Ini dapat dilihat dengan terjadinya perkahwinan dalaman antara migrasi asing dengan wanita tempatan. Yang dilihat dengan jelas dalam situasi ini ialah cina migrasi menghasilkan Cina peranakan atau bangsa baba dan dalam kes ini juga adanya india muslim dan Jawi Pekan. Cina Baba lebih menampakkan identiti lelaki tempatan manakala Jawi Pekan menjadi Muslim dan lebih mudah menyesuaikan diri dengan orang Melayu.

Menurut perspektif etnik, ramai orang Belanda berkerja sebagai pegawai  dalam perkidmatan sebagai VOC dan komuniti Belanda membentuk satu kumpulan komuniti mereka sendiri. Perbezaan di kalangan masyarakat Melaka bukan dibezakan berdasarkan kepada warna kulit dan rupa tetapi juga dilihat dari segi budaya dan pengamalan agama. Setiap komuniti etnik hidup dalam komuniti masing-masing dan mereka akan mengasingan diri mereka sendiri dari komuniti yang lainnya, kehidupan mereka mengikut kelompok masing-masing. yang mana, bahasa dalam berkomunikasi, pakaian tradisional dan adat resam serta pengamalan agama setiap etnit mempunyai keunikan mereka sendiri. Kehidupan secara berkelompok bukan wujud dari zaman Belanda. Tetapi, kehidupan masyarakat yang mengikut [23]komuniti masing-masing ini telah wujud semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Namun,  pada masa pemerintahan awal Belandal wujudnya kawasan yang dikenali dengan nama kaum masing masing. Dimana pada masa ini adanya nama kampung-kampung yang berasaskan kepada komuniti kaum yang tinggal dikawan tersebut antara kampung-kampung tersebuat ialah Kampung Melayu, Kampung Keling, Kampung Jawa dan Bukit Cina.
           
            Ketika zaman Belanda sebahagian kawasan mudah dikenalipasti bangsa mana yang tinggal dan menetap di kawasan itu, dimana sesuatu komuniti etenik hanya akan hidup dalam komoniti mereka sahaja. Walaubagaimanapun pembahagian itu telah dipengaruhi oleh pergerakan dan perpindahan samaada keluar atau masuk mengikut golongan tertentu, akan tetapi bergantung kepada setiap komuniti telah hidup dalam satu kumpulan daripada pengasingan. Masyarakat Melaka telah berkembang mingrasi yang lebih besar dimana datangnya dalam kumpulan kecil setiap masa telah mempengaruhi situasi ini dalam perpindahan yang baru dan kehidupan masyarakat mengikut kepelbagaian etnik. Komuniti utama telah dibuat oleh golongan Melanda yang tinggal dikawasan-kawasan simpanan di persisir pantai Melaka, orang-orang Belanda dan orang-orang Eropah yang lain telah ditemui lebih ramai di Herenstraat dan jonkerstraat dan kawasan perdana. Dan juga orang-orang portugis Eropah telah dikenali dengan kawasan-kawasan tenggkera dan bandar Hilir. Orang-orang Cina dan India, kedua-duanya keling dan moors ramai diantara mereka lebih tertumpu di bandar kerana mereka menjalankan urusan perniagaan. Manakala, kebanyakan orang Melayu tinggal di perkampungan yang lebih bergantung kepada penanaman sayuran dan perkebunan buah-buahan.

            Walaubagaimanapun, sebagai Bandar merupakan satu pusat kosmopolitan dimana tempat ini akan menjalinkan interaksi diantara semua kumpulan etnik. Iaitu orang Melayu, Cina, Keling dan Moors di seluruh Melaka. Sementara itu setiap komuniti etnik sangat memerlukan Etnik lain dalam kehidupan mereka. kerana, setiap Etnik memerlukan etnik lain yang mana, Orang Melayu akan mendapatkan Barang-barang atau perkidmatan dari kedai-kedai Cina. Manakala, orang cina pula memerlukan hasil pertanian yang di keluarkan oleh orang Melayu. dorongan ini  selalunya telah menghubungkan antara etnik-etnik yang lain, tetapi dalam menjalankan kehidupan harian mereka, mereka lebih suka menjalani kehidupan dengan golongan Etnik masing-masing.

Manakala  Herenstraat dan jonkerstraat adalah dua kawasan utama yang dapat dikenal pasti dengan petempatan orang Belanda yang kaya. Selain itu, terdapat sedikit petempatan pedagang-pedagang asia yang kaya bertumpu disitu. Ciri-ciri bandar kosmopolitan juga dapat dilihat dari segi aktiviti komersel dimana bandar itu menjadi pusat dan pelabuhan pengumpulan, orang-orang dari pelbagai latar belakang tinggal bersama di kawasan ini. Bagaimanapun kepelbagaian budaya, agama dan adat resam telah wujud dikawasan petempatan ini. Kehidupan yang berlainan bangsa bercampuran dalam satu komuniti yang membentuk satu komuniti di bandar telah mewujudkan kolej Anglo Chinese, bangunan mission Chapel, kuel Cina utama dan dua masjid yang besar. [24]
             







8.0 Kesimpulan
Kedudukan geografi Melaka telah menjadikan Melaka sebuah pelabuhan yang strategik untuk menjalankan kegiatan perdagangan antara Timur dengan Barat. Tambahan pula, di sekitar pelabuhan Melaka iaitu di sekitar kawasan selat Melaka mengeluarkan banyak barang yang menjadi rebutan para pedagang dari timur dan Barat. Barang utama yang menjadi rebutan para pedagang seperti rempah-ratus, hasil hutan, herba dan biji timah banyak di hasilkan di kepulauan Melayu. Hal ini telah menimbulkan minat orang Eropah untuk menguasai perdagangan di Melaka. Dengan bermulanya penguasaan Portugis keatas Melaka pada tahun 1511. Melaka mula di kuasai oleh kuasa barat. Semasa kekuasaan Portugis keatas Melaka kegiatan perdagangan mula dilihat berlaku kemerosotan perdagangan di pelabuhan Melaka.

Kemudian Belanda pada tahun 1641 telah mengambilalih Melaka dari Portugis. Semasa penguasaan Belanda keatas Melaka Belanda telah mengamalkan dasar monopoli perdagangan. semua kegiatan perdagangkan di sekitar selat melaka di kawal oleh belanda di Melaka. Semua barang dagangan yang melalui kawasan selat melaka mesti terlebih dahulu singgah berdagang di pelabuhan Melaka. pelbagai peraturan yang dibuat oleh Belanda bagi memastikan kegiatan perdagangan di sekitar selat Melaka dapat dimonopoli olehnya. Manakala pentadbiran Belanda pula hanya mengguna atau meneruskan sistem pentadbiran yang telah dijalankan oleh Portugis sebelum ini.








Bibliografi
 Abdul Latiff Abu Bakar. 1997. Sejarah di Selat Melaka. Melaka: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka.

Ahmad Jelani Halimi, 2006. Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka Abad ke-15 hingga abad ke-18. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

B. Harrison. 1966. Asia Tenggara: Satu Sejarah Ringkas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dampier W, 1931. Voyages and Discoveries. London: Argonaut Press.

Meilink-Roelofsz, M. A. O. 1969, Asian Trade and European Influence in the Indonesian Archipelago Between 1500 and About 1630. The Hague: Martinus Nijhoff.

Nik Hassan Shuhaimi. 1995. Sejarah Malaysia Pra-kesultanan Melaka: Abad 12-14 Masehi. Koleksi Persidangan. Kuala Lumpur: Majlis Polemik Sejarah Malaysia.

Nordin Hussin, 2007.Trade and Sosiety in the straits of Melaka Ducth Melaka and English Penang, 1780-1830. Singapore: NIAS Press.

 Nordin Hussin, 2008. Akademika keluaran ke-73: Geograpy and Trande; Importance of the Straits of Malacca to World Trade, Asia and the Malay World 1700-1800. Bangi: Universiti kebangsaan Malaysia.
Zainal Abidin B. ABD Wahid, 1971. Sejarah Malaysia Sa-pintas Lalu. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka., hlm 58.


[1] Nik Hassan Shuhaimi. 1995. Sejarah Malaysia Pra-kesultanan Melaka: Abad 12-14 Masehi. Koleksi Persidangan. Kuala Lumpur: Majlis Polemik Sejarah Malaysia.
[2] B. Harrison. 1966. Asia Tenggara: Satu Sejarah Ringkas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 70.
[3] Abdul Latiff Abu Bakar. 1997. Sejarah di Selat Melaka. Melaka. Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka. Hlm 67.
[4] Ibid., hlm 66.
[5] Ahmad Jelani Halimi, 2006. Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka Abad ke-15 hingga abad ke-18. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 70.
[6] Terdapat juga pedagang asing seperti pedagang Cina dan India, menjalankan kegiatan perdagangan secara runcit dengan memasuki kawasan pedalaman. Meilink-Roelofsz, M. A. O. 1969, Asian Trade and European Influence in the Indonesian Archipelago Between 1500 and About 1630. The Hague: Martinus Nijhoff, hlm. 146.
[7]   Ahmad Jelani Halimi, 2006. Hlm 46-47.
[8] Nordin Hussin, 2007.Trade and Sosiety in the straits of Melaka Ducth Melaka and English Penang, 1780-1830. Singapore: NIAS Press. Hlm 22.
[9] Ahmad Jelani Halimi,. 2006. Hlm 101.
[10] ibid,. Hlm 102.
[11] Nordin Hussin, 2007. Hlm 21.
[12] Ahmad Jelani Halimi, 2006. Hlm 69.
[13] Zainal Abidin B. ABD Wahid, 1971. Sejara Malaysia Sa-pintas Lalu. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka., hlm 58.
[14] Dampier W, 1931. Voyages and Discoveries. London: Argonaut Press, hlm 12.
[15]  Ahmad Jelani Halimi., hlm 71
[16]Nordin Hussin, 2007. Hlm21.
[17] Nordin Hussin, 2008. Akademika keluaran ke-73: Geograpy and Trande; Importance of the Straits of Malacca to World Trade, Asia and the Malay World 1700-1800. Hlm 7.
[18] Ibid,. Hlm 8.
[19] Ibid,.hlm 8
[20] Norden hussen, 2007,Hlm 197
[21] Ibid,.hlm 198.
[22] Ibid,.hlm 271.
[23] Ibid,.hlm 272.
[24] Ibid,.hlm 273.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih.Maklumat amat berguna.Adakah maklumat yang lebih teliti tentang pengenalan pelabuhan Melaka?

    ReplyDelete