1.0 PENGHARGAAN
Terlebih
dahulu kami ingin memberi penghargaan kepada Dr Rahilah kerana memberi tunjuk
ajar dalam menyiapkan penulisan ini. Kami semua sangat menghargai segala jasa
Dr dalam memberi didikan kepada kami sehingga dapat menyelesaikan tugasan ini.
Tampa bantuan penulisan ini tidak akan menjadi sempurna. Oleh itu, kami bertiga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Rahilah atas segala panduan yang
telah beliau berikan kepada kami.
Tidak lupa juga penghargaan ini
kepada keluarga bugis di Bayu Utama, Kelang, Selangor. Atas bantuan dan
kerjasama yang diberikan oleh mereka kami dapat menyelesaikan tugasan ini.
Segala budi dan jasa baik mereka kami amat menghargai. Dengan kerjasama mereka
kami mendapat banyak maklumat yang berguna untuk dijadikan sumber lisan kami.
Kami telah menggunakan banyak sumber yang diberikan oleh mereka sebagai rujukan
dalam penulisan kami.
Penghargaan ini juga diberikan
kepada penulis buku dan penerbit buku yang dijadikan rujukan oleh kami. Dengan
menggunakan buku hasil penulisan mereka ini kami boleh tambah sebagai bahan
tambahan dan juga sebagai satu perbandingan dengan sumber lisan yang kami
perolehi. Dengan itu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis
dan penerbit buku yang telah kami jadikan sebagai bahan rujukan.
Terakhir sekali kami mengucapkan
ribuan terima kasih ke atas kerjasama kumpulan kami. Dengan kerjasama dari
kumpulan kami kami dapat menghasilkan satu penulisan tentang budaya dan adat
Bugis di Selangor.
2.1 Latar belakang
Responden
Responden
pertama bernama Muhammad Ibrahim, berasal
dari kampong Papan Lestari, Blok
5 maros, pulau Sulawesi selatan. Beliau merupakan salah seorang pelajar
Universiti Kembangsaan Malaysia. Beliau masih mempunyai cerita mengenai adat
dan budaya yang diwarisi dari keluarganya. Beliau merupakan anak keturunan
bugis asli dan tidak mempunyai darah percampuran dengan keturunan kaum lain.
Walaupun beliau dilahirkan dalam zaman moden beliau masih mengamalkan budaya Bugis.
Responden kedua pula dari keluarga
Arny dan Mohd Saleh. Keluarga mereka ini berasal dari polewali Mandar, sulewesi
Selatan. Keluarga mereka dating ke Selangor atas dasar bekerja Suaminya Mohd
Saleh berkerja sebagai buruh di Kelang. Mereka tinggal di Bayu Utama, Kelang
Selangor bersama dengan keluarga yang berketurunan Bugis yang lain. Mereka
tinggal dalam kelompok kaum mereka.
Keluarga ketiga pula dari keluarga
Nahana Dalek berasal dari Bugis Enerekang, Sulawesi Selatan. Telah berkhawin
dengan orang tempatan. Beliau telah berkhawin dengan orang perak. Sekarang ini
beliau telah memperolihi status Warga Negara Malaysia. Beliau sudah mempunyai
anak seramai 5 orang hasil dari perkhawinan mereka.
3.0 PENDAHULUAN
Dalam
penulisan ini akan membincangkan
Perubahan masyarakat Bugis di
Malaysia. Penulisan ini akan memperinci perubahan yang berlaku dalam masyarakat
bugis di Selangor. Perubahan yang telah berlaku dalam masyarakat Bugis Selangor
berlaku hasil pertembungan budaya Bugis dengan budaya tempatan Selangor.
Pertembungan antara dua kebudayaan yang berbeza ini telah menyebabkan berlaku
Asimilasi kebudayaan. Orang Bugis cuba menyesuikan budaya hidup mereka dengan
budaya tempatan. Dalam proses penyesuian budaya ini terdapat banyak perubahan
yang berlaku dikalangan masyarakat Bugis di Selangor. Perubahan ini telah
menyebabkan terdapat banyak kebudayaan asal Bugis tidak diamalkan lagi. Boleh
dikatakan hampir separuh amalan tradisi Bugis di pulau Sulawesi sudah tidak diamalkan.
Dalam penulisan ini akan mempunyai
dua bahagian dimana bahagian pertama akan membincangkan tentang Bugis secara
umum dan bahagian kedua pula akan membicarakan tentang Bugis diselangor
berdasarkan penceritaan dari responden yang telah kami perolehi dari sesi
wawancara dan juga buku. Bahagian umum ini akan membicarakan tentang kehidupan
Bugis di seluruh dunia. Segala sejarah yang telah ditinggalkan oleh masyarakat
Bugis diseluruh dunia akan dibicarakan dalam bahagia ini. Manakala bahagian
Bugis di Selangor pula akan membicarakan tentamg Cara hidup mereka di Selangor
dan juga di tempat tinggal mereka Di Sulewesi Selatan.
Penulisan ini hasil dari pengamatan dan analisis
yang telah dilakukan melalui sumber yang diperolihi dari kaedah sejarah lisan
dan buku. Sumber yang di perolihi dari kaedah lisan dilakukan melalui temubual
yang telah dilakukan di kawasan tempat tinggal Orang Bugis di Bayu utama,
Kelang, Selangor. Pemilihan lokasi temuramah diadakan di Bayu Utama kerana
dikawasan itu mejoriti penduduknya adalah orang Bugis. Hampir 70% penduduknya
adalah orang Bugis. Dikalangan penduduk Bugis itu ada yang datang dari sulewesi
secara haram. Melalui cara penggunaan buku adalah dengan mengambil hasil
penulisan tentang Bugis. Buku-buku ini didapati di pepustakaan. Buku-buku yang
telah diperolihi itu dibandingkan dengan sumber lisan bagi memmastikan
kebenaran kedua-dua sumber ini.
4.0 PENGENALAN
Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi
selatan di Indonesia, dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami
hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17
menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur
dengan suku lain di Sumatra, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia dan Sabah,
Sarawak Etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu
dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani,
lanun yang digeruni dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi
kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai
Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Islam.[1]
Peta Pulau
Sulawesi Selatan
Kerajaan pertama Bugis mengikut La
Galigo ialah Wewang Nriwuk, Luwuk dan Tompoktikka. Luwuk mendapat kedudukan
istimewa kerana ianya dianggap sebagai ketua Bugis. Walaubagaimanapun, pada
abad ke 15, berlakunya perubahan didalam sosio-politik, ekonomi dan agama
disebabkan berlakunya migrasi penduduk dari persisiran pantai hingga ke tengah
hutan belantara membuka penempatan baru. Didalam bidang ekonomi, penanaman padi
sawah, pembuatan besi dan penggunaan kuda diperkenalkan. Dari segi agama, adat
membakar mayat di sesetengah tempat mula diamalkan. Pada akhir abad ke 15,
munculnya beberapa kerajaan baru menentang kerajaan Luwuk. Antaranya ialah Gowa
(Makassar), Bone dan Wajo’. Kematian Dewaraja, seorang raja Luwuk, menyebabkan
perebutan dinasti untuk memerintah Tana Ugi. Gowa bersekutu dengan Bone menawan
Luwuk dan sekaligus mempunyai pengaruh yang besar ke atas Sulawesi Selatan.
Sulawesi Selatan pada abad ke 16
mengalami suatu perubahan yang besar. Dalam tempoh masa ini, komuniti Bugis dan
Makassar berjaya diislamkan oleh Abdul Makmur, seorang Minangkabau. Manakala
pada pertengahan abad ke 16, Sulawesi Selatan dikuasai oleh Gowa dan Bone. Kerana
kedua-dua negeri ingin meluaskan kuasa mereka, maka tercetuslah peperangan
sesama mereka dan Bone dikalahkan. Sebagai membalas dendam, seorang putera Bone
bernama Arung Palakka bersekutu dengan Belanda untuk menyerang Makassar. Pada
tahun 1667-1777, Makassar jatuh ketangan Belanda dan ini menyebabkan migrasi Bugis
ke Sumatra dan Tanah Melayu.
5.0 SEJARAH BUGIS UMUM
5.1 Asal usul Bugis
suku bugis
adalah suku yang tergolong ke dalam suku melayu muda. termasuk sulawesi selatan setelah gelombang
migrasi pertama dari daratan asia dari yunan. perkataan ‘bugis’ berasal dari kata to ugi,
yang berarti orang bugis. “ugi” merujuk pada raja pertama kerajaan china tapi
yang terdapat di kawasan sulawesi selatan bertepat di kabupaten wajo iaitu la satumpugi.
ketika rakyat
la sattumpugi menamakan dirinya, mereka merujuk kepada raja mereka. mereka
menggelarkan dirinya sebagai to ugi atau pengikut dari la sattumpugi. la
sattumpugi adalah ayah dari we cudai
dan bersaudara dengan batara lattu,
ayahanda dari sawerigading.
sawerigading sendiri adalah suami dari we
cudai dan melahirkan beberapa anak termasuk la galigo yang membuat karya sastra terbesar didunia dengan
jumlah kurang lebih 9000 halaman.
suku
bugis adalah suku terbesar ketiga di indonesia
setelah suku jawa dan sunda. berasal dari sulawesi selatan dan sulawesi barat
dan tensebar pula di pelusuk sulawesi tenggara, sulawesi tengah,pulau
kalimantan, irian, jawa bali dan kepulauan riau, dan sampai ke negara singapura,
malaysia, berunai darussalam dan afrika selatan.
Pada tahun 1799, Belanda menguasai seluruh Sulawesi Selatan. Dalam
tempoh pemerintahan Belanda, pelbagai unsur-unsur baru diperkenalkan seperti
sistem cukai dan buruh paksa. Pendudukan Jepun pada tahun 1942 mengubah
pemikiran rakyat Sulawesi Selatan terhadap Belanda. Pada tahun 1945, selepas
pengunduran Jepun, Sukarno mengumumkan kemerdekaan Indonesia tanpa
pengiktirafan Belanda. Ini mencetuskan pertumpahan darah di Indonesia. Belanda
kemudiannya terpaksa berundur dari Indonesia selepas komuniti dunia mengiktiraf
kemerdekaan Indonesia.
Bugis memainkan peranan yang penting
dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak
langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu,
terutama sekali negeri Johor. Ianya bermula apabila Daeng Loklok ingin
memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau
Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau
Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil.
Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah,Raja Ali, anak
Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama.
Etnik Bugis mempunyai bahasa
tersendiri dikenali sebagai Bahasa Bugis (Juga dikenali sebagai Ugi).
Konsenan di dalam Ugi pula di kenali sebagai Lontara yang berdasarkan tulisan
Brahmi. La Galigo adalah epik terpanjang dunia. Ianya wujud sebelum epik
Mahabrata. La Galigo tidak boleh diterima sebagai teks sejarah kerana ianya
penuh dengan mitos dan peristiwa-peristiwa luar biasa. Walaubagaimanapun, ia
tetap memberi gambaran kepada sejarahwan mengenai kebudayaan Bugis sebelum abad
ke 14.
Ketika Daeng Chelak berada di Kuala
Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus menetap di
situ sahaja. Walau bagaimana pun Daeng Chelak telah menamakan salah seorang
daripada puteranya iaitu Raja Lumu datang ke Kuala Selangor.
Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak
pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745.
5.2 Sejarah bugis di
sabah
menurut Norden Bula Suku
Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di dalam kelompok ras berbilang
bangsa di negeri Sabah. Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur
Sabah iaitu di daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.
Dari
aspek sosial, suku kaum ini lebih terkenal dengan kerabat pangkat diraja
(keturunan diraja). mereka mementingkan soal status individu dan persaudaraan
sesama keluarga. Dari segi perkahwinan,suku kaum ini lebih suka menjalinkan
perkahwinan dengan keluarga terdekat dan perceraian pula merupakan hubungan
sosial yang amat tidak disukai oleh suku kaum ini kerana ia meruntuhkan
hubungan kekeluargaan dan bertentangan dengan nilai-nilai agama.
Pada
dasarnya, suku kaum ini kebanyakannya beragama Islam Dari segi aspek budaya,
suku kaum Bugis menggunakan dialek sendiri dikenali sebagai ‘Bahasa Ugi’ dan
mempunyai tulisan huruf Bugis yang dipanggil “aksara” Bugis. Aksara ini telah
wujud sejak abad ke-12 lagi sewaktu melebarnya pengaruh Hindu di Kepulauan
Indonesia.
Sejarah
kedatangan suku kaum Bugis di Sabah (Tawau khususnya) berkaitan dengan sejarah
penerokaan Tawau. Adalah dipercayai suku kaum ini telah meninggalkan Kepulauan
Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan
Borneo sejak abad ke-16 lagi.
Tahun
1840 dijadikan sebagai fakta kukuh untuk menyatakan tempat permulaan penerokaan
Tawau oleh suku kaum Bugis. Penempatan awal oleh suku kaum Bugis ini bermula di
kawasan yang dikenali sebagai Ranggu. Ini bermakna suku kaum Bugis sudah pun
menerokai kawasan Tawau dan menjadikan Ranggu sebagai salah satu destinasi
untuk berulang-alik ke Indonesia menjadi pedagang dan membawa masuk pekerja
buruh ke ladang-ladang milik kerajaan British ketika itu. Apapun, Ranggu
diasaskan oleh nenek Penghulu K.K. Salim di Kampung Sungai Imam, Bombalai.
Kemudian
seorang lagi bangsa Bugis dari kerabat diraja Bone bernama Petta Senong menetap
di Sungai Imam, Bombalai. Usaha mereka ketika itu adalah sebagai orang upahan
kepada Kerajaan Sulu untuk menghapuskan sebanyak mungkin lanun-lanun yang
bergerak di perairan Laut Sulu, Borneo.
Kemudian,
beberapa kawasan baru terus diterokai oleh suku kaum Bugis dan kawasan yang
termasuk dalam tapak pembangunan Bandar Tawau. Antara suku kaum Bugis yang
terlibat dalam penerokaan bandar Tawau ialah Puang Ado, Daeng Mappata, Wak
Neke, Wak Gempe dan Haji Osman.
Konsep
siri masiri (malu, menjaga maruah) yang dikaitkan dengan kata-kata suku kaum
Bugis antara lainnya :
- “…aja mumaelo’ nabetta taue
makkalla ricappa’na lete’ngnge”.
Maksud terjemahannya : Janganlah
engkau mahu didahului orang menginjakkan kaki dihujung titian ( Janganlah
engkau mahu didahului orang lain untuk mengambil rezeki)
- “…naia riasengage’ to warrani
maperengnge narekko moloio roppo-roppo ri laommu, rewekko paimeng sappa laleng
molai”[2]
Maksud
terjemahannya : Yang disebut orang berani ialah yang kuat dan unggul bertahan,
Jikalau engkau menghadapi rintangan berat yang engkau tak dapat lalui atau
atasi, kembalilah memikirkan jalan atau cara untuk mengatasinya.
Bugis di
Kalimatan Barat
kedatangan orang Bugis di Kalimantan
Barat bermula dari kedatangan Daeng Mataku yang menikah dengan Ratu Malaya,
salah seorang anak Pangeran Agung dari Kerajaan Sukadana. Daeng Mataku ini
pernah membantu menyerang Istana Sultan Zainuddin; pada tahun 1710 atas suruhan
Pangeran Agung, saudara kandung Zainuddin. Kerana jasanya itu, Daeng Mataku
diangkat menjadi panglima. Keturunan Daeng Mataku kini tersebar di daerah
Sukadana dan sekitarnya.
Atas
permintaan Sultan Zainuddin untuk mengatasi perang saudara di kerajaannya,
kemudian datang pula Upu Daeng Manambon asal Luwuk bersama saudara-saudaranya,
Upu Daeng Merewah, Upu Daeng Perani, Upu Daeng Celak dan Upu Daeng Kemasi.
Mereka berhasil memenangi perang tersebut. Upu Daeng Manambon kemudian digelari
Pangeran Emas Surya Negara dan menikahi Puteri Kesumba, anak Sultan Zainuddin
dengan Utin Indrawati dari Kerajaan Mempawah. Daeng Menambon kemudian
menggantikan Panembahan Senggauk sebagai raja di Mempawah. Untuk mengenang
kedatangan Daeng Menambon ke Mempawah, hingga kini masyarakat Mempawah
mengadakan upacara robo’-robo’.
Dalam
perkembangannya, orang Bugis kini tersebar di seluruh wilayah Kalimantan Barat
dan bercampur dengan etnik lain yang ada, terutama Melayu. Di Ketapang mereka
menetap di Sungai Puteri, Satong, Siduk, Semanai, Melinsum, Sukadana, Rantau
Panjang dan Teluk Batang. Di Pontianak terdapat di Segedong, Teluk Pakedai,
Batu Ampar, Sungai Kakap dan beberapa kawasan di kota Pontianak.
Di
kota Pontianak ada dua kampung Bugis, iaitu Bugis Dalam dan Bugis Luar. Keduanya
terletak di kawasan Tanjung Hilir, bersebelahan dengan Kampung Arab dan Keraton
Kadariyah. Kampung Bugis tersebut sudah ada sejak zaman kesultanan Pontianak,
didirikan seorang Bugis kerabat keraton Pontianak, Syarif Acmad yang berkahwin
dengan Daeng Madiana, seorang gadis Bugis dari daerah Donggala. Pada masa ini
Kampung Bugis tidak lagi hanya dihuni oleh orang Bugis, tetapi juga penduduk
dari suku lain, seperti Melayu, Cina, Madura, Sunda, Jawa dan Dayak.
Orang
Bugis terkenal pekerja keras dan kuat, serta masih memegang teguh adat dan
tradisi mereka. Di Segedong misalnya, mereka masih melaksanakan upacara adat
ritual kelahiran, kematian dan adat lainnya.
5.3 Bugis di Pulau Serangan
Pulau Penyu
atau Pulau Serangan di sebelah selatan Pulau Bali bukan hanya hamparan pasir
putih dan panorama menarik sahaja. Namun sejarah tentang keturunan antara warga
berbeza suku. Di pulau ini ada suku yang Bugis beragama islam dan mejoriti suku
lain di pulau ini beragama Hindu. Mereka hidup bersama di dalam satu perkampungan
iaitu Kampung Bugis. Usman dan Ali, contoh dari warga Kampung Bali yang lahir
dari darah Sulawesi dan Bali. Ayah mereka Alkam berasal dari Sopeng, Sulawesi
Selatan dan ibunya, Made Rentik asli dari Pulau Serangan. Setelah menikah, Made
Rentik memeluk agama Islam dan mengganti namanya menjadi Aisyah.Usman dan Ali
merupakan contoh hasil perkawinan campuran antara suku Bugis dan suku Bali.
sejarahnya
kampung itu tetap disebut Kampung Bugis. dikatakan orang Bugis berlabuh di
Pulau Serangan pada abad 17 atau setelah Belanda menguasai Kerajaan Gowa.
Rombongan yang dipimpin Syekh Haji Mukmin meninggalkan Gowa kerana tidak setuju
dengan peraturan Pemerintah Belanda. Pada ketika itu Belanda sangat mementingkan
kehidupan maritim setempat. Menurut kenyataan M. Mansyur.
“Jadi ada
dua kelompok. Satu pro-Belanda satu lagi anti-Belanda. Kelompok anti-Belanda terdampar
di bahagian timur Pulau Serangan,”
Setibanya orang Bugis di Pulau
Serangan orang-orang Bugis mulai membangun perkampungan. Kedatangan mereka diketahui
oleh Raja Badung yang menguasai Pulau Serangan. Kelompok Syekh Haji Mukmin
diundang ke kerajaan dan dimintai keterangan maksud datang ke Pulau Serangan.
Raja Badung, Ida Cokorda Pemecutan XI membenarkan kedatangan orang bugis,
masyarakat Pulau Serangan sudah mempunya ikatan sejarah dan darah dengan
orang-orang Bugis. Raja Bandung Ida Cokorda telah berkata.
“Leluhur
kami ada menikah dengan seorang putri raja di Jawa. Ini bukan soal Bugis saja.
Maduranya ada, percapuran darah mereka. Walaubagaimanapun masa lalu, kita ada
hubungan erat dengan Bugis,”
Ida Cokorda menunjukkan lokasi di
luar Pulau Serangan, namun kerana asal usul orang Bugis merupakan suku yang tinggal
dekat dengan laut. Mereka memohon untuk pindah kembali ke Pulau Serangan.
Permohonan mereka dipersetujui.
orang-orang
bugis masih mewarisi dunia nelayan. Keluarga bugis di Kampung Bugis,juga ada
yang memilih kerja selain dari pelaut.ada dikalangan mereka berkerja dalam Industri hasil dari kepesatan pembangunan secara
perlahan-lahan mengubah pola hidup warga setempat.
Orang bugis
yang masih meneruskan warisan pekerjaan nenek moyang mereka melakukan aktiviti menyelam
di laut. Mereka menyelam dengan peralatan tradisional untuk memanah ikan.
Hampir segala jenis ikan boleh ditangkap dengan menggunakan kaedah tradisional
ini antara hasil yang diperolehi adalah ikan hias iaitu ikan yang dijadikan
perhiasan dalam akurium di rumah. Ikan tersebut dijual atau untuk kegunaan mereka
sendiri.
kehidupan
Kampung Bugis pulau Serangan yang berpegang teguh kepada agama islam dapat
dilihat pada masa azan magrib berkumadang. Setelah kumandangnya azan magrib,
seluruh penduduk bugis akan datang ke Masjid Assyuhada yang merupakan
satu-satunya masjid di Kampung Bugis. Untuk menunaikan solat magrib, anak-anak
berkumpul untuk belajar mengaji. Amalan ini diwarisi dari nenek moyang mereka
di Sulawesi Selatan.
Kecintaan
warga Kampung Bugis terhadap Islam, boleh dilihat sejarah nenek moyang, adat
istiadat Suku Bugis dari sebuah al-quran tua. Mereka memelihara al-quran tua itu
kerana kononnya dibawa oleh Syekh Haji Mukmin. Ayat-ayat suci yang ditulis
dalam lembaran kertas masih boleh dibaca dengan jelas. Kitab itu dibungkus
dengan kain tebal berwarna hijau agar tidak rosak.
5.4 Suku Bugis Di Samarinda
Berdirinya Kota
Samarinda, bermula dari kedatangan sekelompok suku Bugis Wajo dari Kerajaan
Gowa yang dipimpin oleh La Mahong Daeng Mangkona (bergelar Pua Ado yang
pertama), yang datang ke daerah Kerajaan Kutai akibat dari menentang perjanjian
Bongaja. Kerajaan Kutai menerima kedatangan kelompok Bugis Wajo di Samarinda
kerana mereka memerlukan rakyat yang ramai untuk membantu kerajaan Kutai dalam
menentang Belanda. Mereka diizinkan bermukim di hilir sungai iaitu di Samarinda
Seberang.
Orang-orang
Bugis Wajo ini mulai bermukim di Samarinda pada bulan Januari 1668. Pada tarikh
tahun inilah ditetapkan sebagai Hari Jadi Kota Samarinda, yaitu tanggal 21
Januari 1668.
Kemahiran orang Bugis Wajo adalah menenun kain. Mereka telah
menjadikan kemahiran mereka sebagai satu kerja. Mereka telah melibatkan diri
dalam industeri penenunan kain. Obyek wisata ini merupakan tempat memproses
pembuatan sarung tradisional Samarinda, yang berjarak 8 km dari pusat kota
Samarinda. Obyek tersebut telah dilengakapi sarana dan prasarana wisata. tenun sarung ini pada mulanya dibawa oleh
pendatang suku Bugis dari Sulawesi yang berdiam di sebelah Mahakam
(sekarang
menjadi Samarinda Seberang). Alat tenun yang digunakan para penenun kain adalah
alat tradisional dikenali sebagai
“Gedokan” atau penggunaan Alat Tenun Bukan Mesin. Produk yang dihasilkan untuk
1 helai sarung memakan masa tiga minggu.
5.5.0 Sejarah Bugis Di Tanah Melayu
5.5.1Salasilah
Keturunan BUGIS di Malaysia
Raja Kecil yang telah
menawan dan memerintah Johor-Riau-Lingga sabagai
Sultan Ke-12, pusat pemerintahan Raja Kecil berpusat di Siak, Sumatera pada tahun 1718. Raja Sulaiman[3] dan Bendahara Paduka Tun Abdul Jalil,[4]yang
berkampung di Kelang untuk
mendapatkan balik kerajaan Johor-Riau-Lingga dari Raja Kecil.
Sebaik
sahaja orang Bugis menerima persetujuan dari Raja Sulaiman, angkatan Bugis
Luwok datang dengan tujuh buah kapal menuju ke pusat kerajaan Johor-Riau di
Riau untuk menyerang. Kerajaan Johor-Riau peristiwa peperangan itu berlaku
dalam tahun Hijrah 1134. Sebagai ganjaran, Raja Sulaiman bersetuju untuk
melantik seorang Bugis Luwok menjadi Yang Dipertuan Muda di Riau, bagi mempertahankan agama
dan kerajaan Johor, Riau dan Lingga dari diserang dari luar dan dalam.
Namun demikian
perampasan balik kuasa oleh Raja Sulaiman dari kerajaan kecil hanya sementara
sahaja. Orang Raja Kecil telah Berjaya menawan semula pemerintahan Johor-Riau. Setelah
Riau berjaya ditawan, orang-orang Bugis Luwok balik ke Kelang untuk
mengumpulkan orang Bugis untuk menyerang kerajaan Johor-Riau yang telah dapat
menawan Riau kembali dari Raja Sulaiman iaitu raja bendahara. Sebaik sahaja
mendapat tahu penawanan semula Riau oleh Raja Kerajaan Johor-Riau-Lingga, Bugis
Luwok, dengan 30 buah kapal, menuju ke Riau untuk berperang sekali lagi. Di
dalam perjalanan, mereka menawan Linggi, sebuah daerah di Negeri Sembilan yang ketika itu dibawah kuasa
kerajaan Johor-Riau-Lingga. Setelah mendapat tahu tentang penaklukan itu,
pasukan raja kerajaan Johor-Riau-Lingga segera ke Linggi untuk menyerang balas.[5]
Pihak Bugis
Luwok telah berpecah dimana 20 buah daripada kapal meneruskan perjalanan menuju
ke Riau dan diketuai oleh tiga orang daripada mereka. Sultan Sulaiman telah datang dari Terengganu dan turut
serta memberi bantuan untuk menawan semula Riau. Dalam peperangan ini, mereka
telah berjaya merampas kembali tapak kerajaan Johor-Riau di Riau dimana
kemudiannya Sultan Sulaiman I mendirikan kerajaan baru Johor-Riau.
Setelah
mengetahui penawanan tapak kerajaan Johor-Riau di Riau, Raja Kecil, raja
kerajaan Johor-Riau-Lingga kembali ke Siak kerana baginda juga telah gagal
menawan semula Linggi dari tangan Raja Sulaiman. Pada tahun 1729, Bugis Luwok
sekali lagi menyerang raja kerajaan Johor-Riau-Lingga di Siak ketika Raja Kecil
ingin memindahkan alat kebesaran Diraja Johor-Riau-Lingga (sebuah meriam) ke
Siak. Setelah mengambil semula kebesaran Diraja tersebut, Sultan Sulaiman I
kemudiannya naik takhta Johor-Riau-Lingga sebagai Sultan Johor dengan membawa
gelaran "Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah" yang memerintah Johor,
Riau, dan Lingga.
Sultan
Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai
Yamtuan Muda Riau pertama dari Sapuloh. Kemudian adik perempuannya, Tengku Tengah,
pula dikahwinkan dengan Daeng Parani yang mana suaminya telah mangkat di Kedah semasa
menyerang raja kerajaan Johor-Riau Sultan A Jalil Rahmat Raja Kecil Shah
disana. Seorang lagi adik Sultan Sulaiman Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng Chelak (1722-1760).
Dalam tahun
1730-an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan raja kerajaan Siak mengacau
ketenteraman Kelang; negeri Melayu yang diserahkan kapada orang Bugis Luwok
sabagai upah membantu Sultan Sulaiman I mendapat kembali kerajaan Johor-Riau-Lingga.
Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan
angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan dan kemudiannya beliau
lari ke Siak. Semenjak itu, Daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke
Kuala Selangor.
Ketika Daeng
Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau
supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimanapun, Daeng Chelak telah
menamakan salah seorang daripada puteranya, iaitu Raja Lumu, datang ke Kuala
Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng
Chelak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745.
Raja Lumu
(1742-1778)
Daeng Lumu adalah punca kerajaan
awal di Kuala Selangor. Daeng Lumu dilantik menjadi Yang DiPertuan Kelang
pertama, dan Daeng Loklok dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela.
Sultan
Iskander Zulkernain (1752-1765), Raja Kerajaan Perak ke-15 pun
menyambut utusan dari Daeng Lumu di Kuala Bernam sebagai pertemuan dengan baginda.
Ketibaan Daeng Lumu disambut dengan penuh istiadat raja. Setelah semua ujian
itu tidak mendatangkan apa-apa bencana terhadap Daeng Lumu, baginda Sultan
Iskander Zulkernain pun mengesahkan perlantikan tersebut; setelah Sultan
Sulaiman I, Raja Kerajaan Johor-Riau-Lingga menolak permohonan Bugis Luwok
Diraja sabagai Raja Kelang. Pertabalan penuh sejarah itu dilakukan di Pulau Pangkor dalam tahun 1756. Selesai
sahaja pertabalan, Raja Lumu pulang ke Kuala Selangor.
Itulah Raja
Selangor yang pertama bersemayam di atas Bukit Selangor yang dikenal dengan
nama "Bukit Malawati". Menurut Tuffatul al Nafis karangan
Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau, disitu ketika Tengku Raja Selangor (Raja Lumu)
pergi bermain ke Pulau Pangkor, Raja Lumu
dijemput oleh Yang DiPertuan Perak untuk mengadap. Kemudian Raja Lumu pun
berangkat pulang ke Kuala Selangor.
Kemangkatan
Raja Lumu meninggalkan empat orang anak, iaitu Raja Ibrahim, Raja Nala, Raja
Punuh dan Raja Sharifah. Baginda juga telah melantik seorang Bugis bernama
Daeng Loklok bergelar Datuk Maharaja Lela Husain. Seorang daripada anak
perempuannya bernama Cik Long Halijah berkahwin dengan Raja Ibrahim, putera
Raja Lumu dan juga Raja Selangor Kedua.
Raja Lumu
mangkat dan dikebumikan di atas Bukit Selangor dan dinamakan "Marhum
Salleh". Baginda memerintah kerajaan Daeng Lumu adalah punca kerajaan awal
di Kuala Selangor. Daeng Lumu dilantik menjadi Yang DiPertuan Kelang Pertama,
Daeng Loklok dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela.
Kemangkatan
Raja Lumu meninggalkan empat orang anak, iaitu Raja Ibrahim, Raja Nala, Raja
Punuh dan Raja Sharifah. Baginda juga telah melantik seorang Bugis bernama
Daeng Loklok bergelar "Datuk Maharaja Lela Husain". Seorang daripada
anak perempuannya bernama Cik Long Halijah berkahwin dengan Raja Ibrahim,
putera Raja Lumu dan juga Raja Selangor kedua. Raja Lumu mangkat dan
dikebumikan di atas Bukit Selangor dan dinamakan "Marhum Salleh".
Baginda memerintah dari tahun 1743 (1756) hingga 1778.
Sultan
Ibrahim (1778-1826)
Raja Ibrahim, putera sulung Sultan
Salehuddin, dilantik menjadi Sultan Selangor kedua, adiknya Raja Nala dilantik
menjadi Raja Muda dan dua orang yang lain menjadi Orang Besar bergelar di
Selangor. Sultan Ibrahim dianggap seorang sultan yang berani berhati waja di
samping mempunyai pengalaman yang melalui percampurannya semasa dari
kanak-kanak lagi.
Bunga
peperangan dan perang kecil sentiasa berlaku antara orang Bugis dengan orang
Belanda sejak tahun 1740-an lagi. Api ini terus menyala selepas 14 Januari,
1784. Peperangan inilah yang mengakibatkan mangkatnya Raja Haji oleh Belanda,
kemudiannya dimakamkan di Teluk Ketapang digelar "Marhum Ketapang".
Kemangkatan
Raja Haji menimbulkan kemarahan Sultan Ibrahim menyebabkan selangor terlibat
secara langsung dari persengkitaan antara Belanda dengan Johor itu. Sebagai
persiapan berjaga-jaga dari serangan Belanda terhadap Selangor, Sultan Ibrahim
telah membina dua buah kota. Kota batu atas Bukit Selangor dan kota tanah di
atas Bukit Tanjung.Sangkaan ini tepat, pada 2 Ogos 1784, Belanda meyerang dan
menakluki kedua-duanya kota tadi. Sultan Ibrahim dengan orang-orangnya lari ke Ulu Selangor, lalu ke Pahang menemui
Bendahara Ab. Majid meminta bantuan.
5.5.2Sejarah kesultanan
Selangor
Sultan Muhamad 1778 –
1826
Sebagai
ganti Sultan Ibrahim ditabalkan Raja Muhammad iaitu Raja Muda. Walaupun baginda
bukan anak isteri pertama bergelar Sultan Muhammad bersemayam di Kuala
Selangor. Pentadbiran baginda yang lemah itu menyebabkan Kuala Selangor menjadi
sarang perompak. Buktinya peristiwa pembunuhan beramai-ramai terhadap Orang
Melayu oleh Cina di Lukut tidak diambil tindakan, sedangkan baginda sendiri
banyak berhutang kepada saudagar-saudagar di Melaka.
Perbuatan berhutang ini sehingga
melibatkan baginda sendiri hendak dicolek oleh saudagar-saudagar di Melaka.
Nasib baginda agak baik, menatu Raja Juma’at memberikan jaminanakan
melangsaikan segala hutang-hutang tersebut.Dari kelemahan baginda inilah yang
menyebabkan seorang keluarga Diraja Selangor bernama Raja Busu dengan
sewenang-wenangnya membuka Lukut kerana bijih timahnya tetapi tidak membayar
ufti kepada Sultan Muhammad.
Kelemahan-kelemahan baginda ini juga
membuka luas pintu perang saudara di Selangor. Baginda juga terlalu suka
memberikan sesuatu kawasan di bawahnya itu kepada menantu tidak kepada anak
lelaki baginda. Seperti mana yang terdapat Kuala Lumpur diserahkan kepada Raja
Abdullah, Klang pada mulanya diberikan kepada anak lelakinya, Raja Sulaiman,
tetapi apabila berlaku sesuatu Klang diserahkan pula kepada menantunya.
Sementara Lukut pula diserahkan kepada Raja Juma’at iaitu menantu baginda.
Sikap memberikan kuasa Selangor dari
anak kepada menantu ini menimbulkan perang saudara antara Raja Mahadi (anak
saudara) menentang beliau. Begitu juga berkuasa mentadbirkan negeri Selangor
sendiri juga diserahkan kepada Raja Ab. Samad suami Tengku Atfah, turut
membangkitkan peperangan saudara. Kuasa menantu ini lebih meluas dan menjadi
kemarahan rakyat, apabila pentadbiran Selangor diserahkan oleh Sultan Ab. Samad
kepada menantunya Tengku Kudin. Kesemua perang saudara ini secara tidak langsung
melibatkan Kuala Selangor.
Dari pergolakan ke pergolakan yang
lain menyebabkan Selangor dalam keadaan kacau-bilau. Akhirnya baginda mangkat
dalam keadaan negara yang tidak stabil pentadbirannya. Baginda dimakamkan di
tempat yang sama di atas Bukit Selangor.Dengan kemangkatan sultan Muhammad,
Sultan Selangor tidak lagi bersemayam di Jugra. Perpindahan tersebut berlaku
kerana pergeseran antara orang-orang besar di Kuala Selangor mengenai
penggantian sultan. Pemeterian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1927
Diantara Sultan Selangor, Perak, Negri
Sembilan dan Pahang.
Pergolakan antara Raja Muhammad,
putera Sultan Muhammad dengan Tengku Ampuan basik yang masih kecil dilantik
sebagai Raja Muda dan dipangku oleh Raja Juma’at (Lukut) berterusan kepada
perang saudara.Ketiga-tiga makam almarhum tersebut masih terdapat hingga ke
hari ini dan terpelihara dengan baik di atas Bukit Selangor bersama pusara yang
lain.
Setelah pentadbiran Selangor
berpindah ke Jugra, di Kuala Selangor hanya tinggal seorang wakil sultan untuk
memungut cukai di Sungai Selangor iaitu Raja Musa, putera Sultan Ab. Samad.
Apakala wakil sultan ini dihapuskan, Kuala Selangor hanya tinggal di bawah
pimpinan seorang pembesar daerah berjawatan Yang Dihormati Datuk Penggawa
Paduka Mahabijaya Permatang dan Kuala Selangor, iaitu salah seorang dari empat
orang besar Selangor.
Jawatan ini bermula pada tahun 1785
semasa Selangor diperintahkan oleh Sultan Ibrahim. Orang yang pertama tidak
diketahui tetapi nyata jawatan tersebut diteruskan hingga ke pemerintahan
Sultan Alauddin Sulaiman Syah yang bersemayam di Klang. Pada 20hb. Oktober,
1898, Sultan Sulaimantelah melantik seorang besar Penggawa Permatang iaitu :
1. Datuk
Haji Ahmad bin Baba, bergelar Datuk Penggawa Tua Permatang Paduka Mahabijaya.
2. Datuk Haji Mohd. Shah, digelar pada
tahun 1916.
3. Datuk Ismail bin Mohd. Shah, digelar
pada 13hb. Mei, 1948.
4. Datuk
Hj. Ibrahim bin Datuk Ismail, dilantik pada 13hb. Mei, 1958 bergelar Paduka
Mahabijaya Permatang dan Kuala Selangor.
Mengikut setengah pendapat, di Jeram
dahulunya ada seorang ketua bernama Datuk Mafak dikatakan mati tertembak peluru
emas, lepas itu digantikanoleh adiknya bernama Datuk Sulaiman. Dari keturunan
inilah yang digelar oleh Sultan Sulaiman sebagai Penggawa Permatang itu. Disebabkan
Permatang merupakan sebuah kampung Diraja Selangor, itulah sebabnya orang besar
daerah tersebut diminta berada atau disebut Penggawa Permatang.
6.0 SEJARAH BUGIS DI SELANGOR
6.1 SEJARAH
PENGHIJRAHAN ORANG BUGIS KE SELANGOR
Salah
satu sebab utama kenapa wujudnya petempatan Bugis dipelbagai tempat atau Rantau
yang berhampiran dengan Sulawesi ialah kerana sifat semula jadi atau adat
keturunan bugis yang suka hidup merantau. orang bugis terkenal dengan budaya
merantaunya.[6]
Menurut Riwanto Tirtosudarmo kegiatan merantau dikaitkan
dengan kegiatan mencari rezeki. Yang mencerminkan kemampuan yang mereka
miliki untuk berpindah dan menyesuaikan dalam lingkungan baru.[7]
Kegiatan merantau keluar dari pulau Sulawesi merupakan satu kegiatan yang
menjadi amalan nenek moyang mereka. Malahan menjadi satu tradisi hidup orang
Bugis. Bagi orang bugis kegiatan merantau adalah penting dalam kehidupan
masyarakat Bugis. Kegiatan merantau ini telah menjadi sebati dengan kehidupan
mereka. Setiap anak-anak bugis di ditanam semangat untuk berlayar dan merantau
dengan cara menceritakan kepada mereka tentan kisah perantauan tokoh-tokoh
seperti Sawerigading, La GaligoKegiatan, La Ma Dukenlleng Arung Singkang,[8]
Sekh Yusuf[9](
menantu sultan Banten Tunilabu Ri Suriwa, dan lain-lain. Pada kebiasaannya
cerita merantau dan kepahlawanan akan dibaca pada maslis-majlis keramaian
seperti majlis perkhawinan. Para ibu bapa juga akan memainkan peranan dalam
mendidik anak mereka supaya menjadi seorang perantau. Mereka akam mendidik
anak-anak mereka dengan menyanyikan lagu-lagu Pelaut. Lagu ini akan dinyanyikan
oleh para ibu Bugis pada masa hendak mendodoi anak Tidur.[10]
merantau
telah menjadikan masyarakat Bugis banyak tinggal di pelbagai pulau, Negeri dan
rantau yang bertaburan di sekitar Pulau Sulawesi. Orang Bugis boleh dilihat
tinggal di pelbagai kawasan termasuk di pulau subawa, Lombok, Bali, Jawa,
Sumatera, Borneo dan semenanjung tanah Melayu. Di semenanjung Tanah Melayu
Selangor dan Johor merupakan tempat yang menjadi tumpuan utama masyarakat bugis
yang berhijrah dari pulau Sulawesi.
Penghijrahan
orang Bugis di Selangor juga dipengaruhi oleh beberapa sebab yang mendesak mereka
keluar dari pulau Sulawesi. Kekacauan politik dalam masyarakat bugis di Pulau
Sulawesi merupakan salah satu sebab selain dari budaya merantau. penghijrahan
orang bugis ke merata-rata tempat. Sebelum kedatangan Belanda ke tanah Bugis
kekacauan politik sudah berlaku, kekacauan politik telah berlaku akibat dari
perebutan kuasa antara pihak pembesar. Setiap pembesar merasakan diri mereka
kuat dan lebih layak dari orang lain. Setiap pembesar bugis berusaha untuk
mendapatkan kuasa. Dalam usaha pembesar merebut kuasa telah berlaku pelbagai
kekacauan politik di Tanah Bugis.[11]Keadaan
yang huru hara yang berlaku di Tanah Bugis ini telah melemahkan kegiatan
Ekonomi orang Bugis. Keadaan yang huru hara ini telah mendorong orang Bugis
keluar dari tanah Bugis untuk mencari penghidupan baru di tempat baru.
6.2 kehidupan orang
Bugis di Bayu Utama, Kelang, Selangor
Menurut
Nahana Dalek orang orang bugis mempunyai satu budaya yang tidak dapat di buang
oleh orang bugis sehingga sekaran. Budaya tersebut dikenakli sebagai merantau.
Budaya merantau merupakan satu budaya yang masih diamalkan oleh masyarakat
bugis sehingga ke hari ini. Masyarakat bugis melakukan aktiviti merantau pada
zaman dahulu untuk melakukjan aktiviti berdagang, mencari tempat tinggal baru,
mencari pengalaman dan sebagainya. Malahan pada masa dahulu ada orang tua-tua
Bugis mengatakan terdapat pelayar Bugis yang telah sampai ke Afrika dengan
menggunakan Kapal pinisi[12].
Kapal pinisi
pada zaman moden ini konsep merantau ini berubah,
pada zaman sekarang mereka merantau untuk mencari rezeki di tempat orang.
Selangor merupakan salah satu tempat yang menjadi distinasi mereka. Mereka akan
berkerja di Selangor dalam pelbagai bidang ada yang berkerja di bidang
Profesional. Manakala, mejoriti pekerjaan yang dilakukan oleh orang Bugis di
Selangor sebagai buruh kasar.
Hasil dari kegiatan merantau untuk tujuan mencari
rezki ini telah wujud petempatan bugis di Selangor. Malahan ada yang berkahwin
dengan orang tempatan. Perkawinan dengan orang tempatan ini telah mewujudkan
satu perkembangan keluarga Bugis di Selangor. Seperti Nahana Dalek berkahwin
dengan orang tempatan dan telah mendapat kewarganegaraan secara tidak langsung
telah menambah bilangan Orang Bugis di Selangor. Pertambahan bilangan Orang
Bugis di Selangor juga boleh berlaku dengan pendatang haram.
Kedatangan orang bugis ke Selangor ada yang datang
mencari rezeki dengan secara haram. Mereka juga ada yang telah tinggal di
selama 12 tahun tampa mendapat pengesah. Ada yang telah mati pasportnya.
Seperti Arnya tinggal di di Bayu Utama, Kelang untuk menemani suaminya yang
berkerja di Selangor telah mati pasportnya tetapi beliau telah tinggal di
Selangor.
Kehidupan orang bugis di Selangor
hidup secara berkelompok, jika dilihat kehidupan mereka di rumah-rumah flat
Bayu utama, kelang mejoriti penduduknya adalah dari suku bugis. Menurut Dalek hampir
70 peratus penduduknya adalah dari suku Bugis.[13]
Kehidupan harian mereka sangat Unit. Orang Bugis hidup dalam satu ikatan
persaudaraan yang kuat. Jika dilihat semasa temuramah diadakan mereka keluar
masuk dalam rumah responden seolah-olah rumah mereka sendiri. Malahan yang
menjadi satu kelainan dari cara hidup orang melayu lain. Dimana, setiap rumah
di kawasan flat milik Bugis pintu rumah sentiasa terbuka dan anak-anak jiran tetangganya mereka keluar masuk bermain
di rumah tersebut. Keadaan ini
menunjukkan perhubungan antara satu keluarga Bugis dengan keluarga Bugis lain
mempunyai ikatan tradisi yang kuat.
Orang Bugis walaupun Hidup di dalam Negara orang
mereka masih ada sifat semula jadi mereka iaitu gigih dan mempunyai semangat
berdikari. Dari semangat inilah mereka berusaha untuk membangun ekonomi suku
mereka. Mereka tidak perlu pertolongan dari suku lain. Mereka gigih dalam
menjayaka kegiatan ekonomi mereka. Jika dilihat Kegiatan ekonomi di sekitar
Bayu utama dimonopoli oleh Orang Bugis. Kegiatan perniagaan contohnya, pasar
malam boleh dikatakan hampir kesemua peniaganya terdiri dari orang Bugis.[14]
6.3 Kehidupan social
Kehidupan
social masyarakat Bugis mempunyai cara dan tradisi mereka tersendiri. Dalam
setiap kehidupan pelbagai masyarakat mempunyai adat dan budaya yang mempengaruhi kehidup sosial
mereka, dalam masyarakat bugis mempunyai kehidupan social yang banyak di
pengaruhi oleh adat, pantang larang, cara perkahwinan, dan Hirarki social
mereka tersendiri.
Makanan
Makanan
Tradisi utama Masyarakat Bugis adalah Nasu Buku iaitu sejenis nasik sup. Nasu
Buku bermaksud Masak tulang. Nasu Buku ini biasanya dimakan dengan serunding.
Makanan ini masih menjadi makanan Orang Bugis di Selangor mereka masih membuat
makanan Tradisi ini untuk di Buat jamuan untuk tujuan majlis keramaiaan dan
juga adakala di buat untuk makanan seharian.
Pisang ombong juga menjadi salah
satu makanan tradisional bigis. Pisang Ombong ini dibuat dari pisang yang telah
dihancurkan. Pisang yang telah di hancurka itu akan di bungkus dengan
menggunakan daun pisang. Yang istimewanya makanan ini adalah makanan diraja.
Jika masa dahulu makanan ini hanya khas di sediakan untuk raja sahaja. Rakyat
biasa yang tidak boleh makan makanan ini.
Selaindaripada makan tradisional,
orang Bugis juga mempunyai adat yang Tersendiri dalam cara makan. Setiap
masyarakat Bugis tidak di benarkan makan pada waktu senja dan antara mangrib
dengan Isyak. Menurut Farisal Larangan ini mempunyai maksud Tersurat. Menurut
pendapat beliau kemeungkinan besar larangan ini dibuat kerana pada masa itu
tidak sesuai untuk makan kerana orang Bugis biasanya terdiri dari orang Islam. Jadi
tidak sesuai untuk makan pada masa itu. Pada masa itu adalah waktu umat islam
mendirikan solat. Menurut Arnya pula orang Bugis biasanya solat secara
berjemaah. Jadi jika makan pada waktu itu Solat secara berjemaah akan
tertinggal. Malahan menurut Arny lagi, orang Bugis terdiri dari petani jadi
pada waktu itu mereka baru pulang dari sawa. Mereka akan berhenti rehat sekejap
dan solat dahulu kemudian baru menjamu makan.
Menurut Arny
amalan adat tidak makan waktu senja dan antara solat magrib dengan Isyak ini
sudah tidak lagi di amalkan oleh orang bugis zaman sekarang samaada di Selangor
atau di Sulawesi. Amalan lama ini sudah dianggap oleh generasi baru sebagai
kuno, kolot, tradisional dan sudah tidak boleh dipakai lagi. Golongan muda
sekarang sudah menganggap waktu makan sekarang sudah tidak mempunyai masa yang
tetap kerana sebab pekerjaan mereka ada yang kerja malam perlu makan makan pada
waktu magrib kerana pada belah malam mereka akan memulakan kerja.[15]
Menurut Ibrahim yang mendengar
nasihat dari atuknya ketika makan tidak boleh buang nasik takut nanti nasik
dalam perut akan menjadi cacing.[16]
Adat ini sebenarnya berbentuk satu nasihat dengan cara menakutkan kanak-kanak
yang selalu membuang makanan. Selain itu, nasihat dalam adat ini untuk mengelak
dari berlaku pembaziran makanan. Dalam Nasihat ini juga dapat dilihat cara yang
halus digunakan oleh orang tua Bugis dalam menasihati orang Bugis supaya tidak
melakukan perbuatan yang tidak baik terhadap makanan.
Segala adat dalam makan yang ada
dalam masyarakat bugis adalah bertujuan menasihati orang Bugis supaya makan
dengan cara sopan dan tidak melakukan pembaziran. Dalam adat ini orang tua
Bugis telah mengada-adakan pelbagai ancaman yang akan menakutkan masyarakat
bugis. Pada hal sebenarnya terdapat nasihat yang tersembunyi disebalik mitos
yang diada-adakan itu. Dengan cara ini telah memberikesan yang besar kepada
kehidupan orang bugis.
Pantang Larang
Dalam
kehidupan orang Bugis pantang larang dalam kehidupan dalah penting. Pantang
larang merupakan satu garis panduan dalam kehidupan orang Bugis. Pantang larang
akan menghalang orang Bugis melakukan sesuatu yang di anggap oleh orang bugis
sebagi sesuatu yang tidak wajar. Pantang larang ini diwujudkan oleh orang
tua-tua Bugis di Sulewesi Selatan dan di perturunkan dari satu generasi
kegenerasi sehinggakan tradisi ini masih diamalkan di kalangan Orang Bugis.
Pantang larang ini akan di bawa kemana sahaja dalam kehidupan orang Bugis tidak
kira dimana mereka berada termasuklah orang Bugis yang tinggal di Selangor.
Menurut farizal ada pantang larang
menghalang orang mengandung dan juga orang ramai tidak boleh keluar pada waktu
senjua kerana pada masa ini syaitan berkeliaran. Menurut beliau jika kita
melanggar patang ini kita mudah terkena sihir. Pada waktu ini sihir yang di
hantar oleh orang yang dengki dengan kita mudah mengenai kita. Malahan rasukan
syaitan juga mudah terkena. Syaitan mudah merasuk mereka yang berkeliaran
diluar rumah. Malahan menurut orang tua-tua Bugis pada waktu ini kanak-kanak
dan juga orang dewa perlu berada dirumah dan menutup setiap pintu rumah supaya
syitan tidak boleh masuk. Menurut Farisal adat ini tidak dilupai oleh
masyarakat Bugis yang tinggal di Selangor mereka masih mengamalkan adat ini.[17]
Menurut Muhammad Ibrahim Pula ada
atuknya menasihati beliau supaya tidak bermain diwaktu tengah hari. Hal ini
kerana kanak-kanak di tegah bermain tengah hari
disebabkan ada Palakan iaitu
sejenis hantu yang akan menghisap otak kanak-kanak. Atuknya juga ada melarang
beliau bermain di waktu senja kerana pada masa ini Langga iaitu hantu tinggi akan muncul pada waktu itu. Langga akan makan kanak-kanak yang
berkeliaran pada waktu senja. Menurut Muhammad Ibrahim sebenarnya larangan
orang tua Bugis ini sebenarnya bukan tujuan untuk menakutkan kanak-kanak dan
mempunyai unsur tahyul tetapi sebaliknya dengan cara ini kanak-kanak mudah
menerima nasihat orang tua. Yang sebenarnya tidak wujud semua benda-benda itu.
Perkahwinan
Dalam
adat perkahwinan orang Bugis ada kelainan sedikit dengan orang melayu. Orang melayu
mempunyai dat merisik kemudian bertunang dan akhir sekali baru berkahwin.
Tetapi menurut Muhammad Ibrahim adat Bugis pula berbeza mereka lebih
mengutamakan perkahwinan dari pertunangan dan merisik kerana bagi mereka
perkahahwinan merupakan satu ikatan yang mengesahkan perhubungan antara lelaki
dan perempuan mengikut islam. Pertunangan dan merisik ini hanya sebagai simbol
atau pengesahan untuk berkahwin dalam pada masa yang ditetapkan. Bagi orang
bugis pertunangan yang paling lama pun dalam masa 2 minggu.[18]
Menurut orang Bugis pertunangan
dalam tempoh masa yang lama akan memberi kesan yang buruk kepada keluarga
pengantin. Tempoh pertunangan yang lama boleh menimbulkan syak wasangka dan
Fitnah. Perhubungan yang diikat melalui pertunangan masih tidak menghalalkan
lelaki dan perempuan untuk berhubung secara terus keadaan ini boleh menimbulkan
fitnah oleh orang ramai.
Pakaian pengantin bugis dikenali
sebagi baju Bodo atau took. Baju ini berlengan pendek dan berkain nipis. Baju
ini akan dilengkapkan dengan kain sarung sutra. Pakaian ini akan dikenakan
kepada pengantin semasa bersanding. Pakaian ini menjadi kepastian kepada orang
bugis semasa Kahwin.
Baju
Bodo
Pemakaian
baju ini masih ada yang menggunakannya di Selangor, tetapi sudah ramai golongan
muda Bugis sekarang sudah tidak memakai lagi pakaian ini. Golongan muda Bugis
sekarang ini lebih suka memakai pakaian pengantin bercorak barat.
Adat menyarung sarung sebanyak tujuh
kali dilakukan kepada pengantin. Adat ini akan dilakukan dengan mengambil kain
sarung kemudian si pakai kepada penganting sebanyak tujuh kali. Setiap sarung
yang dipakaikan itu berlainan orang. Bagi melihat lebih jelas bagai mana cara
adat ini dilakukan boleh lihat gambar di bahagian bawah.
Adat menyarung sarung
sebanyak tujuh kali
Menurut
Nahana Dalek semasa perkahwinan mereka di Sulawesi mereka di kenakan adat ini.[19]
Tetapi di Selangor sudah kurang orang Bugis menggunakan adat ini. Hanya orang
Bugis yang betul-betul masih mengamalkan adat Bugis sahaja masih menggunakan
adat ini.
Dalam adat persandingan juga sangat
berbeza dengan masyarakat melayu. Mereka akan melakukan persandingan selama
satu hari. Penganting tidak dibenarkan pergi kemana-mana selama pada hari
persandingan itu. Mereka hanya dibenarkan duduk diatas pelamin sehingga sehari.
Mereka hanya boleh makan, minum dan sebagainya sebanyak tiga kali dimana semasa
mereka menukar pakaian. Dimana penganting akan memakai 3 pakaian yang berlainan
semasa bersanding. Penganting akan melakukan penukaran pakaian antara pukul 9
hingga pukul 1, pukul 2 hingga pukul 4 , dan pukul 4 hingga pukul 7. Menurut
Nahana Dalek diselangor sudah tidak lagi mengamalkan adat ini. Orang bugis
sekarang lebih kepada menggunakan adat bersanding yang biasa digunakan oleh
orang melayu Selangor.
Adat Persandingan Orang
Bugis
Dalam majlis perkahwinan makan utama
yang menjadi hidangan ialah songkolot iaitu
pulut yang ada 4 jenis warna iaitu putih, mereh, kuning dan hitam. Pulut ini jika dilihat dalam masyarakat melayu
sebagai pulut kuning yang diberikan semasa perkahwinan. Dalam majlis
perkahwinan orang bugis makan yang di hidangkan terlebih dahulu adalah kuih.
Kuih dihidangkan dengan bayak. Para tetamu akan makan kuih dahulu sebelum
dihidang nasik. Tetapi adat ini tidak lagi di amalkan dalam majlis perkahwinan
di kebanyakan orang bugis yang telah lama menetap di Selangor terutamanya yang
telah bercampur darah suku Bugis dengan keturunan suku lain.
Persiapan perkahwinan orang bugis
sangat unit. Dalam melakukan majlis perkahwinan dapat dilihat sikap tolong
menolong dan kerja sama yang tinggi dikalangan masyarakat Bugis. Setiap
masyarakat bugis yang tinggal berjirang dan keluarga pengantin akan bertanggungjawab
untuk membuat persediaan majlis itu. 1 minggu sebelum majlis perkahwinan itu
dilakukan semua orang kampung dan waris pengantin akan mengadakan gotong-royong
membuat persiapan perkahwinan. mereka akan berkerjasama membantu membuat
persiapan seperti membuat bangsal, dapur, tempat persandingan dan sebagainya.
Adat ini menjadi satu kepastian dalam setiap majlis perkahwinan. adat ini jika
dilihat di Bayu Utama sudah kurang diamalkan tetapi masih ada diamalkan di
setengah kampung. Ada sesetengah keluarga Bugis yang kaya lebih suka
menggunakan kidmat catering.
Cara jemputan perkahwinan orang
bugis pula banyak menggunakan jeputan dari mulut ke mulut. Mereka suka
melakukan jemputan dengan cara tradisional ini dari menggunakan kad jemputan
kahwin. Mereka hanya menggunakan kad jemputan perkahwinan kepada orang bukan
dari suku mereka. Kepada kawan-kawan mereka yang bukan suku mereka biasanya
akan mendapat kad jemputan kahwin. Kad jemputan kahwin juga diberikan kepada
mereka yang berada jauh dari kampung halaman mereka. Cara jemputan kahwin ini
masih kekal diamalkan oleh masyarakat Bugis di Selangor.
Adat berinai
di lakukan kepada kedua-dua mempelai yang akan berkahwin. Adat Berinai ini juga
di dikalangan masyarakat bugis sebagai adat mapaci. Dalam persediaan melakukan adat berinai ini,
akan dilakukan oleh orang muda yang belum berkahwin. Bagi mempelai lelaki akan
diinaikan oleh lelaki dan mempelai perempuan akan diinai oleh mempelai
perempuan. Setelah selesai menginai pengantin perempuan, rombongan gadis muda
pula akan bersiap untuk berkunjung ke rumah mempelai lelaki. Tujuannya adalah
untuk menghantar lebihan inai daripada bakal isteri kepada mempelai lelaki.
Adat ini dipercayai sebagai satu sibul yang menunjukkan kedua-dua pihak dapat
hidup lebih harmoni. [20]
Upacara mapachi (berinai)
Terdapat satu lagi majlis yang cukup
menarik sebelum pengantin perempuan memakai inai, iaitu adat memakai bedak.
Majlis ini dianggap penting untuk melicinkan kulit dan menambahkan lagi seri
wajah pengantin perempuan. Bedak tersebut digelar bedak ke?cek yang bermaksud
sejuk. Bedak ini dibuat sendiri dengan menggunakan beras dan diadun dengan
pelbagai bahan termasuk kunyit dan ditumbuk dengan lesung. Terdapat juga
pengantin perempuan yang memakai bedak ini seminggu sebelum bersanding untuk
melicinkan kulit. Semasa upacara memakai bedak, pengantin perempuan hanya
berkemban dan berbaring manakala bedak akan disapu ke seluruh tubuh dan
dibiarkan hingga kering. Kemudian barulah pengantin itu diinai. Lebihan bedak
pengantin akan disapukan pula pada wanita yang belum berkahwin. Suasana ini riuh
rendah kerana ada yang dikejar kerana enggan disapukan bedak lebihan pengantin.
[21]
Menurut Arnya majlis perkahwinan
merupakan satu majlis yang meriah. Majlis perkahwinan lebih meriah dari suasan
hari raya. Pada majlis hari raya mereka tidak ada tubangkan lembu tetapi pada
majlis kahwi mereka akan menumbangkan seekor lembu untuk majlis ini. Malahan,
kemeriahan hari perkahwinan ditambah lagi dengan kepulangan keluarga dari
pelbagai pelusuk perantauan untuk menyambut hari perkahwinan.
6.4
HIRARKI KEHIDUPAN SOSIAL
Masyarakat
Bugis mempunyai kelas-kelas kasta yang tersendiri. Kasta-kasta ini wujud dengan
kuat di zaman silam tetapi telah sedikit cair di zaman moden ini. Di Malaysia
kasta-kasta ini tidak begitu wujud di dalam masyarakat Melayu Bugis yang sudah
bermustautin di Malaysia. Ini boleh dilihat apabila antara lain beberapa
perkataan yang menunjukkan kasta dan darjat seperti ‘andi’ dan ‘daeng’ telah
digunakan oleh sesiapa sahaja sebagai nama tanpa sebarang rasa sensitif.
Kasta yang paling tinggi adalah kasta keturunan
diraja yang digelar ‘Andi’. ‘Andi’ akan diberikan hanya kepada sesiapa yang
lahir dari keturunan diraja sahaja. Apabila berlaku perkahwinan campur, gelaran
itu tidak boleh lagi diturunkan kepada generasi seterusnya.
Kasta yang seterusnya adalah kasta orang-orang
kenamaan yang mereka gelar ‘Daeng’. Di antara panduan yang digunakan untuk
mengenali orang Bugis di Malaysia adalah berpandukan nama Daeng yang terdapat
di pangkal nama. Perkataan Daeng itu bukanlah nama orang pada peringkat awal
sejarah Bugis tetapi sebaliknya ia adalah gelaran yang diberikan kepada
golongan bangsawan atau orang-orang yang dihormati di dalam masyarakat Bugis.
Perubahan sedikit sebanyak berlaku di dalam masyarakat Bugis di Malaysia
apabila orang-orang Bugis mula menamakan keturunan dan anak-anak mereka dengan
‘Daeng’.[22]
Kasta seterusnya adalah rakyat biasa selain dari
kedua-dua kasta di atas. Mereka ini membentuk majoriti masyarakat Bugis. Dengan
kemajuan yang ada, lapisan di kasta ini juga telah mencapai tahap sosial yang
tinggi di dalam masyarakat. Ini secara umumnya menunjukkan sedikit sebanyak
perubahan telah berlaku di dalam masyarakat moden Bugis terutamanya yang
menetap di Malaysia.
Jika di Makasar perbezaan kelas ini masih boleh
dilihat di dalam beberapa keraian. Di antara yang ketara boleh diihat adalah di
dalam majlis perkahwinan. Di dalam majlis perkahwinan akan dipagar satu kawasan
khas dengan menggunakan buluh kuning. Kawasan itu adalah bagi golongan ‘Andi’.
Rakyat biasa tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan berpagar tersebut.[23]
Tetapi ini tidak juga menggambarkan satu perbezaan taraf yang membawa kepada perbezaan
dari sudut pemberian hak di dalam kehidupan. Ini kerana apabila rakyat biasa
yang memasuki kawasan khas tersebut, tidak ada hukuman yang akan dikenakan.
Sebaliknya orang ramai hanya akan melabelkannya sebagai orang yang tidak tahu
adat atau orang tidak sedar darjat diri.[24]
Selain dari itu masyarakat Bugis juga memandang
tinggi dan menghormati ketua-ketua suku mereka. Di antara kelebihan yang
diberikan kepada ketua-ketua suku ini adalah mereka berhak untuk memegang lontara. Lontaramerujuk kepada satu dokumen dari kulit binatang yang dicatit
di dalamnya pedoman hidup, petua, catatan ilmu perbomohan, catatan sejarah dan
lain-lain. Orang-orang tua akan menulis pedoman yang diambil dari pengalaman
kehidupan mereka. Setiap peristiwa yang berulang sebanyak 40 kali secara
konsisten akan dijadikan sebagai satu panduan dan dicatatkan di dalam lontara. Lontaraadalah rahsia dan tidak boleh dibuka dengan mudah. Ia hanya
akan dibuka untuk tujuan-tujuan tertentu seperti untuk menyelesaikan
perbalahan. Setiap kali dibuka, tujuh ekor lembu akan dikorbankan sebagai
syarat untuk membukanya. Penyimpan lontara
ini dianggap mulia kerana mereka memandang lontara
ini sebagai harga diri suku mereka. Bahkan tidak banyak lontara yang berjaya diambil oleh kerajaan untuk disimpan sebagai
bahan sejarah.[25]
Di dalam masyarakat Melayu Bugis juga terdapat satu
adat ‘balas budi’. Dari sisi pandang sekali lalu ia seolah-olah seperti satu
bentuk perhambaan moden. Tetapi orang Bugis tidak melihatnya sebagai satu
perhambaan dan penghinaan.
Melalui adat ini satu keluarga akan berkhidmat
kepada satu keluarga yang lain. Mereka akan berkhidmat secara percuma tanpa
sebarang upah kecuali akan disediakan keperluan-keperluan asas. Khidmat ini
akan terus berjalan sehingga ke generasi seterusnya dengan erti anak-anak
keluarga itu akan juga memberi khidmat kepada anak-anak keluarga tuan tadi. Ia
akan terus begitu untuk beberapa generasi.
Masyarakat Bugis tidak menganggapnya sebagai
perhambaan kerana beberapa unsur yang membezakannya dengan perhambaan. Di
antaranya adalah latar belakang kepada adat ini adalah konsep balas budi.
Budaya ini bermula biasanya kepada dua orang yang pernah mempunyai sejarah
termakan budi. Apabila seseorang menolong seorang yang lain, orang yang
ditolong merasa terhutang budi lalu memberikan bakti seumur hidup kepada orang
yang menolongnya. Bakti ini kemudiannya diturunkan kepada generasi seterusnya.
Di antara yang membezakannya dengan perhambaan lagi
adalah kerana keluarga yang memberikan khidmat itu sebenarnya bebas untuk
menguruskan kehidupannya sendiri. Beliau duduk berasingan dari tuannya. Beliau
juga boleh meminta untuk tidak lagi memberikan khidmat kepada keluarga tuan.
Dengan sedikit perbincangan beliau boleh keluar dan tidak terikat dengan adat
ini. Tetapi kebanyakan mereka memang tidak mahu membebaskan diri mereka kerana
perasaan termakan budi tadi begitu kuat di dalam diri mereka. Adat ini sukar
untuk dihapuskan kerana pegangan masyarakat Bugis yang agak kuat dengan adat
ini.[26]
6.5
TOKOH KEPAHLAWANAN BUGIS
Orang
Bugis terkenal dengan sifat kepahlawanan dan kecekapan mengendalikan kapal di
lautan. Mereka mampu belayar jauh dengan menggunakan kapal-kapal kecil buatan
tangan. Sehingga hari ini sifat itu masih lagi menjadi kebanggaan masyarakat
Melayu Bugis samada yang berada di Sulawesi atau pun yang sudah menetap di
Malaysia.[27]
Ini sebenarnya amat tepat dengan
ungkapan yang pernah diucapkan oleh Dr. Ch. Pelras yang mengutip tulisan Tome
Pires:
“….kepulauan Makassar terdapat kira-kira empat atau
lima hari pelayaran lewat pulau yang baru kita sebut (Borneo), di tengah jalan
kalau kita dari Malaka ke Maluku … Pulau itu berdagang dengan Malaka; Jawa,
Brunei, negeri Siam dan juga dengan Pahang dan negeri Siam. Tidak ada bangsa
yang lebih menyerupai orang Siam kecuali mereka …. Mereka kafir, gagah dan suka
berperang. Di situ banyak bahan makanan. Orang dari pulau itu adalah perampok
paling hebat di seluruh dunia, kekuatannya sangat besar dan perahunya banyak.
Mereka berlayar untuk merampok dari negeri mereka ke Pegu, ke Maluku dan Banda,
dan di semua pulau di sekitar Jawa … Mereka berlayar keliling pulau Sumatera.
Pada umumnya mereka disebut Bajau atau Selat. Barang rampasan mereka bawa ke
Jumaia dekat Pahang, tempat mereka berjualan dan mengadakan pasar
terus-menerus.”[28]
Masyarakat Bugis menyanjung dua orang tokoh pahlawan
Bugis zaman silam iaitu Arung Palakka dan Sultan Hasanuddin.
Arung Palakka adalah seorang pembesar dan pahlawan
dari Kesultanan Bone. Beliau telah berjuang membawa kemerdekaan Bone dari
kesultanan Gowa. Beliau telah bekerjasama dengan Belanda untuk menjatuhkan
Makassar. Kehebatan Arung Palakka antara lain diihat melalui kejayaan membawa
Bugis menjadi kuasa laut yang besar pada kurun ke 17 Masihi. Walau pun orang
Bugis berbangga dengan kehebatan sejarah Arung Palakka tetapi mereka kurang
menyenangi sikap Arung Palakka yang bekerjasama dengan pemerintah Belanda.
Arung Palakka lahir di lamatta, mario-ri wawo,
soppeng , 15 september 1634. beliau merupakan sultan bone dari tahun 1972-1696,
anak dari Lapottobunna, Arung Tanah Tengnga dengan We Tan-ri Suwi, Datu
Mario-ri Wawo, anak dari La tan-ri Ruwa Paduka sri sultan adam, arumpone bone.
Arung Palakka meninggal di bontoala, kerajaan gowa sekarang kabupaten Gowa pada
tanggal 6 april 1969 di makamkan di bontobiraeng. Beliau meninggal dalam usia
61 tahun.
Semasa masih menjadi pangeran, beliau memimpin
kerajaannya dalam meraih kemerdekaan dari kesultanan gowa pada tahun 1660-an.
beliau bekerjasama dengan belanda dalam merebut kota makassar. Palakka telah
membentuk satu pasukan tentera maritim yang besar dikalangan orang bugis dan
mendominasi kawasan tersebut selama hampir seabad. Arung Palakka bergelar “La
Tan-ri tatta To urong To-ri SompaE Petta MalampE’E Gemme’na Daeng Serang To’
Appatunru Paduka Sri Sultan Sa’admuddin, [MatinroE-ri Bontoawala], Arung Bone.
Beliau perkahwinan pertama beliau dengan Arung Kaju
kemudian bercerai. Dan berkahwin pula kali kedua dengan sira Daeng Talele
karaeng ballajawa pada 16 may 1668 dan bercerai pada 26 januari 1671.
perkahwinan ketiga kalinya di soppeng, 20 julai 1673 dengan We tan-ri pau adda
sange datu ri watu [matinroe_ri madello] datu soppeng, anak perempuan dari La
tan-ri bali beowe II, datu ri soppeng. Perkahwinan yang ke empat pada 14
september 1684, dengan Daeng marannu, karaeng laikang dan meninggal pada 6 mei
1720 dari keluarga karaeng bontomanopo
muhammad, dan anak dari pekampi daeng mangempa karaeng bontomanonu, gowa.
Beliau menggantikan ibunya sebagai datu Mario_ri
Wawo ke 15. Kemudian mendapatkan gelaran arung palakka sebagai hadiah
membebaskan rakyatnya dari penjajahan makassar. Beliau diakui oleh belanda
sebagai arung pattiru, palette, dan palakka di bone dan dautu mario-ri wawo di
soppeng, bantaeng, dan bontoala, 1670.
Tokoh yang lebih mendapat tempat di dalam hati orang
Bugis adalah Sultan Hasanuddin. Beliau adalah raja kesultanan Gowa pada kurun
ke 17 Masihi. Beliau digelar ‘ayam jantan dari Timur’. Kemungkinan beliau lebih
mendapat tempat di dalam hati masyarakat Bugis pada hari ini kerana beliau
melawan Belanda demi mempertahankan kerajaan Gowa.[29]
Keistimewaan Sultan Hasanuddin di kalangan masyarakat Bugis hari ini dapat
dilihat antaranya apabila kerajaan menamakan lapangan terbang dan sebuah
universiti di Sulawesi dengan nama beliau.
Selain itu masyarakat Bugis di
Malaysia juga merasakan bahawa mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan
kesultanan Selangor. Mereka mendakwa bahawa kerajaan Selangor adalah berasal
dari keturunan kesultanan Bugis. Selain dari itu mereka juga mendakwa Perdana
Menteri Malaysia hari ini, Datuk Seri Najib juga adalah keturunan Bugis.[30]
Sultan
Hasanudin
Sultan hasanudin
merupakan seorang sultan yang paling di segani oleh masyarakat bugis kerana
kepahlawanannya melawan belanda. Sultan hasanudin merupakan raja Gowa yang
ke-16. Nama asal sultan hasanudian ialah Bakir Daeng Mattawang Kareng Bonto
Mangepe. Kegigihan dan kepahlawanan Sultan Hasanudin sengga diberi gelaran
sebagai ayam jantan di ufuk Timur.
Sultan
Hasanudin
Pada masa pemerintahan ayahdanya orang Belanda telah
menduduki tempat perdagangan di
kepulauan Maluku. Keadaan ini telah member satu ancam kepada kerajaan Gowa pada
masa itu. Peperangan antara kerajaan Gowa dengan orang Belanda berlaku pada
tahun 1660. Belanda dibantu oleh Arang Palakan dari kerajaan bone. Pertempuran
itu berakhir dengan satu perjanjian damai pada tahun 1666.[31]
sultan hasanudin kembali berperang dengan orang
belanda setelah perjanjian itu dilanggari oleh pihak belanda. Sultan hasanudin
menyerang kapal-kapal belanda. Peperang sengit itu berlaku dengan kerajaan Bone
diketuai oleh sultan Hasanudin dan Belanda dipimpin oleh Cornelis Spleeman.
Pasukan belanda diperkuatkan dengan bantuan yang diberikan oleh arun palakka.
Pertempuran itu berakhir dengan diadakan satu perjanjian yang dikenali sebagai
perjanjian Bogaya pada 18 november 1667.
Namun demikian Perjanjian bogaya itu sangat
merugikan kerajaan Gowa. Hal ini menyebabkan sultan hasanudin tidak menyetujui
perjanjian yang dibuat dalam perjanjian bogaya. Sultan salahudin telah
melakukan peperangan semula dengan pihak belanda. Tetapi kekuatan belanda sudah
menjadi kuat hasil dari pergabungan antara kerajaan bone yang diketuai oleh
Arun Palakka dengan orang belanda.
Pada 29 jun 1665 sultan hasanutin telah mengundur
diri dari tahta kerajaan Gowa. Setelah banting pertahanan Gowa di Soba Opu pada
12 jun 1669 telah Berjaya ditebusi oleh orang belanda.walaupun sultan Hasanudin
telah kalah dengan belanda, beliau masih tidak mahu menyerah kalah. beliau meninggal dunia pada
umur 39 tahun.
Arung
Palakka
Arung
Palakka merupakan salah seorang Pahlawan Bugis yang paling di segani dikalangan
masyarakat bugis. Arung Palakka dilahirkan dalam sekitar tahun 1635 di desa
Lantta, daerah Mario Wawo Soppeng.. Arung Palakka adalah waris kepada kerajaan
Bone yang menjadi musuh utama Kerajaan Gowa.[32]
Arun Palakka merupakan sekutu kepada orang belanda dalam menjajah Sulawesi
selatan. Arung Palakka berkerjasama dengan Comelis Janszoom Speelman dan Kapten
Jonker merupakan antara orang dari pihak belanda yang berkerjasama dengan
beliau.
Ketika beliau berusia belasan tahun
kerajaan Bone diserang oleh kerajaan Gowa. Dalam peperangan yang sengit itu
kerajaan Bone ditawan oleh kerajaan Gowa. Kerajaan Gowa Berjaya mengalahkan
Kerajaan Bone. Sejak bereumur 11 tahun lagi Arung Palakka telah ditawan di
istana Gowa. Orang suruhan Kareng Pattinggalong iaitu seorang tokoh penting
dalam kerajaan Gowa. Dibawah didikan Kareng Pattinggalong Arung Palakka telah
menjadi pangerang setelah umurnya mencapai dewasa.
Biarpun Arung Palakka mendapat
keistemewaan di Istana Gowa dan mempunyai hubungan yang baik dengan orang-orang
kerajaan Gowa. Beliau masih mempunyai pegangan adat siri. Siri telah
mengingatkannya sebagai seorang putera raja Bone yang telah ditawan dan melihat
rakyatnya hidup dalam penderitaan. Awal tahun 1660 semangat dari adat siri
telah membuat-buat dalam diri Arung Palakka setelah melihat 10 000 orang
termasuk orang tua dan orang muda dibawa ke mangkassar atas perintah sultan
Hasanudin melalui orang suruhanya iaitu
kareng Karunrung dan Regent.
Orang yang dibawa ke mankassar
sebagai buruh paksaan untuk menggali parit di sepanjang pantai Mankassasebagai
kubu pertahanan kerajaan Gowa. Parit yang digali itu juga bertujuan untuk
dijadikan sempadang diantara kerajaan Gowa dengan Pa’nakkukang yang telah
dikuasai oleh VOC.
Ramai rakyat Bone dan Soppeng hidup
menderit. Semua bangsawan Bone dan Sompeng diperintah keluar dari istana dan
melakukan kerja sebagai buruh paksa. Penghinaan yang dilakukan oleh kerajaan
gowa ini telah membuat orang bone dan somppeng bangkit menyemarakkan semangat
siri. Oleh itu, pemberotakan oleh orang bone dan somppeng mula dirancang.
Arung
palakka adalah salah seorang yang merangcang pemberotakan itu. Tetapi
pemberotakan itu tidak Berjaya. Pemberotakan itu Berjaya dipatahkan oleh
kerajaan Gowa. Akibat dari kekalahan itu Arung Palakka telah membawa para
pengikutnya lari dari Pulau Sulawesi selatan. Beliau telah membawa pengikutnya
berhijrah ke Bentavia. Di bantavia Arung palakka di bantu oleh VOC. Walaupun
Arung Palakka telah melarikan diri dari Bone tetapi beliau masih tidak mahu
menyerah kalah pada kerajaan Gowa. Beliau tidak berputus asa dalam mencari
jalan untuk mengalahkan kerajaan Gowa dan Membebaskan Bone.
Setelah menjadi pelarian perang di
bentavia beliau mendapat peluang untuk menawan semula Bone. Dimana orang Voc
yang kagum dengan kepahlawanan yang ditunjukkan oleh pengikut Arung Palakka
yang digelar sebagai Toangke iaitu. VOC telah menganjurkan kerjasama antara VOC
dengan Arung Palakka untuk menyerang kerajaan Gowa yang menguasai Bone. Tujuan
VOC adalah untuk menghabuskan ancaman kepada kegiatan perdagangannya. VOC telah
menganggap kerajaan Gowa mengancam aktiviti perdagangan orang belanda.
Melalui kerjasama yang dijalinkan
itu Arung palakka telah Berjaya menguasai semula Bone. Arung palakka Berjaya
memerintah Bone selama 30 tahun. Sepanjang pemerintahannya ramai rakyat dang
Pembesar Bone tidak setuju dengan beliau kerana beliau berkerjasama dengan VOC.
Hal ini telah mengakibatkan pembesar dan pengikutnya lari dari kerajaan Bone
dan berhijra ke kawasan lain.
6.6
BAHASA DAN TULISAN
Orang
Bugis mempunyai satu bentuk tulisan yang dipanggil aksara lontara. Tulisan ini adalah tulisan tradisional masyarakat Bugis
yang sudah pun wujud sebelum dari kedatangan Islam. Ia mempunyai beberapa aksara yang bentuknya
seolah-olah adalah simbol-simbol tertentu. Tulisan ini digunakan dahulu untuk
berutus surat, mencatit aktiviti harian dan mencatit apa-apa pedoman dan petua
di atas lontara.
Tulisan ini masih diajar kepada
kanak-kanak Bugis di sekolah-sekolah rendah. Walau pun penggunaannya tidak lagi
seluas dahulu, tetapi masih ada generasi sekarang yang memahaminya.[33]
Lontara Bugis merupakan sebuah huruf yang digunakan
oleh masyarakat bugis klasik. Karangan buku epos la galigo di tulis menggunakan
huruf lontara. Huruf lontara tidak hanya digunakan oleh masyarakat bugis tetapi
huruf lontara juga digunakan oleh masyarakat makassar dan masyarakat luwu.
Pada masa dahulu kala para penyair-penyair bugis
mencurahkan fikiran dan perasaannya di atas daun lontara dan dihiasi dengan
huruf-huruf yang begitu cantik sehingga tersusun kata yang apik diatas daun
lontara dan karya-karya itu bernama I La Galigo.
Bila sobat ingin belajar lontara
makassar ini saya ada gambar dari beranda sebelah (Makassar Terkini) mengenai
Belajar Bahasa Lontara Makassar.
Pada zaman sekarang ini masyarakat
bugis di Makassar sendiri sudah ada tidak memahami lontara. Keadaan ini
menunjukkan bahawa nilai budaya bahasa Lontara sudah lenyap oleh arus
pembudayaan moden yang dibawa oleh barat. Orang muda Bugis di Selangor
kebanyakan tidak tahu menggunakan bahasa dan tulisan Lontar Lagi. Kebanyakan
mereka lebih main menggunakan Bahasa tempatan dan menggunakan huruf moden. Di sulawesi
selatan ada 3 betuk macam huruf yang pernah dipakai secara bersamaan oleh orang
Bugis disana.
1.
Huruf Lontar
2.
Huruf Jangang-Jangang
3.
Huruf Serang
Sementara
bila ditempatkan dalam kebudayaan bugis, Lontar mempunyai dua pengertian yang
terkandung didalamnya iaitu Lontaraq sebagai sejarah dan ilmu pengetahuan dan Lontaraq
sebagai tulisan
Kata lontar berasal dari Bahasa
Bugis yang berarti daun lontar. Kenapa disebuat sebagai lontar ? kerana pada awalnya
tulisan tersebut di tuliskan diatas daun lontar. Daun lontar ini dijangka dalam
lebarnya 1 cm dan panjangnya bergantung kepada cerita yang dituliskan.
Tiap-tiap daun lontar disambungkan dengan memakai benang lalu digulung pada
sempitan kayu, yang bentuknya mirip gulungan pita kaset. Cara membacanya dari
kiri kekanan. Aksara lontar biasa juga disebut dengan aksara sulapaq eppaq. karekter huruf bugis ini diambil dari Aksara
Pallawa
Memang terdapat beberapa variasi bantuk huruf bugis
di sulawesi selatan, tetapi itu tidaklah berarti bahawa isi dasar dari huruf
bugis ini hilang, dan itu kebiasaan dalam setiap aksara di dunia ini. Hanya ada
perubahan dan penambahan sedikit yang sama sekali tidak menyimpang dari bentuk asal
dari aksara tersebut. Variasi itu disebabkan antara lain adalah Penyesuaian
antara bahasa dan bunyian yang diwakilinya dan Penyesuaian antara bentuk huruf
dan sarana yang digunakan.
Penggunaan tulisan lontar ini meluas sehingga
digunakan untuk mentafsir al-Quran. Tafsir Al-Quran dalam bahasa bugis lontar
ini di susun oleh Abdul Muin Yusuf
Pimpinan Pondok Pesantren Al-Urwatul Wutsqaa Benteng Sidrap, Sulawesi Selatan.
Tafsir tersebut dihasilkan dalam tempoh masa yang lama iaitu memakan masa selama
9 Tahun. Penulisan bermula dari tahun 1985 sehingga 1994.
Penulisan tafsir Al-Quran dalam bahasa Bugis ini
juga dikira sangat lengkap. Jika dilihat pada umumnya terjemahan Al-Quran yang
kita baca hanya ditfsirkan dari tiap kata dalam kalimat Al-Quran, maka dalam
tafsir Al-Quran yang disusun oleh KH. Abdul Muin Yusuf lengkap dengan
penjelasan tiap ayatnya, sebab-sebab turunnya ayat tersebut, dan hadist yang
berhubungan dengan ayat tersebut. Kerana sangat detil memberikan penjelasan
tiap pada setiap ayat, maka tiap satu hasil cetakan tafsir Al-Quran bahasa
Bugis tersebut hanya mampu memuat tiga juz. Jadi untuk tiga puluh juz dalam
Al-Quran, dicetak menjadi satu set. Satu set tafsir Al-Quran bahasa Bugis
tersebut terdiri dari sebelas jilid.
Selepas kedatangan Islam, masyarakat
Bugis mula menggunakan tulisan Jawi sama seperti rantau Melayu lain. Tulisan
Jawi ini adalah hasil dari kesan kedatangan Islam. Sama seperti rantau Melayu
lain, huruf-huruf yang digunakan adalah huruf-huruf Arab dengan tambahan
beberapa huruf yang tidak terdapat di dalam tulisan Arab sebagai penyempurna
kepada tulisan Jawi bagi kegunaan Bahasa Bugis. Mungkin sedikit berbeza dengan
Malaysia, huruf-huruf Jawi Bugis tidak mempunyai titik. Ini sama seperti
huruf-huruf Arab yang asal. Tulisan Jawi yang tidak bertitik ini mungkin
menyebabkan kitab-kitab yang ditulis dengan tulisan Jawi digelar ‘kitab
gondol’.[34]
Kesan dari penjajahan dan arus
modernisme yang menimpa rantau Melayu, masyarakat Bugis juga akhirnya terpaksa
menggunakan tulisan rumi. Tulisan rumi menjadi tulisan utama bagi mereka sama
seperti kaum lain di rantau Melayu.
6.7 AGAMA DAN
KEPERCAYAAN
Dalam
semua keluarga responden yang kami temu bual itu beragama Islam mereka menganut
agama Islam sebagai kepercayaan mereka. Menurut Faisal keluargamereka adalah
islam dari keturunan nenek moyang mereka. Menurut beliau lagi, majority orang
Bugis adalah penganut islam. Sepengatahuan beliau agama islam menjadi anutan
kepada orang Bugis dari pada dahulu lagi. Nenek moyang mereka menerima islam setelah
kedatangan islam yang dibawa oleh orang islam dari Negara arab. Nenek moyang
mereka sebelum ini mengamalkan kepercayaan animesme. Kepercayaan agama Hindu
buddha[35]
yang di bawa oleh orang india tidak dapat mempengaruhi kepercayaan orang Bugis.
Dalam keluarga Bugis mereka sangat
patuh kepada agama. Perkara ini dapat dilihat dalam kehidupan harian keluarga Arny.
Keluarga Arny akan melarang ahli keluarganya dari melakukan sebarang kerja
semasa masuknya waktu solat. Pada waktu solat jumaat pula mereka tidak
dibenarkan melakukan sebarang aktiviti sebelum solat jumaat. Kecuali berlaku
perkara kecemasan. Hal ini menunjukkan orang Bugis sangat menjaga agamanya.
Mereka juga dilihat sangat patuh dalam menunaikan suruhan agama supaya
mengutamakan solat dari kerja.
Tetapi walaupun orang bugis ini
beragama islam masih ada juga pengaruh hindu didalam pengamalan gaya hidup
orang islam dimana dapat dilihat dalam terdapat unsure Hindu dalam upacara
berdoa. Semasa mereka berdoa mereka perasapkan kemian. Tujuan kemian itu
dibakar adalah kerana dengan asap itu doa mudah dikabulkan. Asap kemian akan
menjadi penghantar doa.
Kepercayaan animism yang dating dari
nenek moyang mereka masih kuat mempengaruhi sesetengah orang bugis. Menurut
Faisal orang bugis percaya kepada benda-benda yang dianggap keramat.
Benda-benda yang dianggap pelik atau berlainan dari kebiasaan akan dianggap
keramat. Benda-benda seperti pokok besar, keris, batu dan sebagainya dianggap
keramat. Ada yang menjadikan objek tersebut sebagai bahan sembahan mereka,
walaupun mereka itu sudah memeluk agama Islam.[36]
Kepercayaan tentang roh nenek moyang
yang dating dari pengaruh animism ini juga masih kuat melekat pada sesetengah
kehidupan orang Bugis. Orang Bugis masih mempercayai roh nenek Moyang mereka
boleh mempengaruhi hidup mereka. Dimana orang yang masih mempercayai tentang
roh nenek moyang ini akan mengadakan satu upacara kepada nenek moyang mereka.
Menurut kepercayaan ini roh nenek Moyang mereka akan dating mencari dan
menganggu kehidupan anak cucu mereka jika tidak melakukan upaca kepada roh
nenek moyang mereka.
Kepercayaan animism ini ada pantang
larangnya. Dimana menurut atuk Mohammad Ibrahim, orang Bugis tidak boleh
kencing atas tebu kerana diatas tebu itu ada sejenis burung yang tinggal
disitu. Burung tersebut digelar sebagai burung emas. Sudah ada cerita bahawa
kononnya ada orang Bugis kencing atas tebu. Akibat dari perbuatan itu seluruh
tebu yang ada di kampung itu menjadi tawar.[37]
Orang bugis walaupun telah menganut
islam tetapi pengaruh dari kepercayaan lama masih menjadi pegangan dalam hidup
mereka. Mereka cuba mengsesuaikan kepercayaan lama dengan agama islam. Hasil
dari percubaan menyesuaikan kepercayaan lama dengan islam ini timbullah
pelbagai upacara yang bercampur dengan amalan agama islam.
6.8 Adat
Siri Bugis
Siri
menurut Dr Mattulada siri merupakan satu adat yang menjadi tulang belakang
kepada orang bugis. Jika seseorang dari keturunan bugis di kianati oleh orang
mereka tidak akan segang silu menuntuk kembali hak yang telah dikianati oleh
orang itu. Mereka akan melakukan kekerasan dalam menuntuk hak mereka. Mereka
akan menggunakan pelbagai kekerasan untuk menuntut kembali hak mereka.[38]
Budaya siri‘ yang seharusnya dipegang teguh dan
ditegakkan dalam nilai–nilai positif, kini sudah pudar. Dalam kehidupan orang Bugis
diselangor, siri‘ merupakan unsur yang asas dalam diri mereka. Tidak ada satu
nilai pun yang paling berharga untuk dibela dan dipertahankan di muka bumi
selain siri‘.
Bagi Manusia Bugis, siri‘ adalah jiwa mereka, harga
diri mereka, dan martabat mereka. Sebab itu, untuk menegakkan dan membela siri‘
yang dianggap tercemar atau dicemarkan oleh orang lain, maka manusia Bugis
bersedia mengorbankan apa saja, termasuk jiwanya yang paling berharga demi
tegaknya siri‘ dalam kehidupan mereka
Di zaman ini, siri‘ tidak lagi dianggap sebagai
sesuatu yang berharga dan harus dipertahankan. Pada pengamalannya siri‘
dijadikan suatu alasan dalam melakukan tindakan–tindakan yang kerasan, dan tidak
bertanggung jawab. sebenarnya nilai siri‘ adalah nilai unit masyarakat bugis,
budaya siri‘ harus dipertahankan pada sebagai satu adat dan ajaran agama Islam
dalam mengamalkannya.
Oleh kerana itulah merupakan siri menjadikan manusia
Bugis yang bersungguh-sungguh mempertahankan adatnya. Orang bugis ialah manusia
yang patuh kepada prinsip nilai–nilai
adat dan ajaran agama Islam di dalam menjalankan kehidupannya, serta sifat adat
istiada yang kuat melekat pada pribadi mereka.
Mereka
yang mampu memegang teguh prinsip–prinsip tersebut adalah cerminan dari seorang
manusia Bugis yang turun dari dunia atas (to manurung) untuk memberikan
keteladan dalam membawa norma dan aturan sosial di bumi.
6.9 Rumah Bugis
Seni bina rumah bugis mempunyai keunikan tersendiri.
Seni bina rumah Bugis sangat berbeza dengan rumah melayu. Bentuk rumahnya
memanjang kebelakang, dan ditambah
bahagian utama dan bahagian depan. Orang bugis memanggil Legor-legor berikut adalah struktur bahagian rumah.
1.
Tiang utama
( alliri ). Biasanya terdiri dari 4 batang tiang pada setiap barisnya.
jumlahnya bergantung jumlah ruangan yang akan dibuat. tetapi pada umumnya,
terdiri dari 3 / 4 baris alliri. Jadijumlahnya adalah 12 batang alliri.
2.
Fadongko’, iaitu bahagian yang berfungsi
sebagai penyambung dari alliri di setiap barisnya.
3.
Fattoppo, iaitu bahagian yang berfungsi
sebagai pengait paling atas dari alliri paling tengah setiap barisnya.
orang bugis suka dengan struktur
rumah yang memiliki kolong kerana
pada masa orang bugis, sebelum islam masuk ke tanah bugis. orang bugis memiliki
kepercayaan bahwa alam semesta ini terdiri atas 3 bahagian, bahagian atas ( botting langit ), bahagian tengah (
alang tengah ) dan bagian bawagh ( paratiwi
). Mungkin itulah yang menjadi minat orang bugis terutama yang tinggal di kampung, mereka lebih
suka dengan struktur rumah yang tinggi.
Bahagian – bahagian dalam rumah
bugis seperti berikut :
1. Rakkeang,
adalah bagian diatas langit – langit. Dahulu biasanya digunakan untuk menyimpan
padi yang baru di tuai.
2. Ale Bola, adalah bagian tengah rumah. dimana kita tinggal. Pada bahagian ale bola ini, ada satu tempat yang bernama pusat rumah ( posi’ bola ).
3. Awa bola, adalah bagian di bawah rumah, antara lantai rumah dengan tanah.
2. Ale Bola, adalah bagian tengah rumah. dimana kita tinggal. Pada bahagian ale bola ini, ada satu tempat yang bernama pusat rumah ( posi’ bola ).
3. Awa bola, adalah bagian di bawah rumah, antara lantai rumah dengan tanah.
Yang lebih menarik sebenarnya dari
rumah bugis ini adalah bahagian bahawa
rumahnya dimana orang dapat berdiri.
Tambahan pula seni binanya menjadi ke unikan dimana pembinaannya tampa
menggunakan sepucuk paku. Satu lagi kelainan rumah ini adalah boleh diangkat
dan dipindahkan kemana sahaja.
7.0 Kesimpulannya
Orang
Bugis merupakan satu suku dari keturunan melayu yang tinggal di pulau Sulawesi
Selatan. Orang bugis terkenal dengan pelbagai adat yang dari nenek moyang
mereka. Adat tradisional merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat bugis.
Adat merupakan tulang belakang kepada masyarakat Bugis.
Orang bugis turut terkenal dengan
kepahlawanan mereka. Antara tokoh Bugis yang menjadi terkenal Ialah Arung
Palakka, Sultan Hasanudin, Raja Ali Haji dan Lain-lain lagi. Ketokohan orang
bugis terbukti dengan penguasaan politik dikawasan nusantara. Kebanyakan sultan
di Nusantara berasal dari keturunan Bugis. Malahan Sultan Selangor juga berasal dari keturunan Bugis.
Orang bugis juga mempunyai satu kebudayaan
tersendiri. Orang bugis mempunyai satu ke budayaan yang menjadikan mereka seorang pelayar yang terkenal
diseluruh dunia iaitu budaya merantau. Budaya Merantau telah membawa orang
bugis ke seluruh Dunia. Orang Bugis hanya menggunakan Kapal yang dikenali
sebagai kapal pinisi. Kapal ini telah membawa orang bugis berlayar kesetiap
pelosok dunia.
Kebudayaan merantau telah berubah pada zaman moden.
konsep merantau telah menjadi satu cara untuk memcari rezki. Mereka telah berhijrah
dari pulau Sulawesi ke merata-rata Negara. Ada yang menetap di tempat yang
mereka cari rezki. Malahan, ada yang berkahwin dengan orang tempatan dan terus
menetap di situ. Negeri Selangor merupakan salah satu distinasi mereka.
Seperti di Selangor terdapat satu tempat yang
menjadi perkampungan mereka iaitu di Bayu Utama, Kelang. Walaupun mereka
tinggal berjauhan dengan Kelompok suku mereka yang tinggal jauh di Sulawesi
selatan. tetapi, Adat dan budaya bugis masih dipegang kuat oleh mereka. Mahupun
begitu, terdapat juga perubahan budaya bugis di Selangor. Perubahan ini berlaku
di sebabkan orang bugis ingin menyesuikan budaya mereka dengan budaya tempatan.
Proses penyesuain ini secara tidak langsung telah menghapuskan setengah dari
amalan tradisi mereka.
Bibliogrfi
Abdulrahman
Wahib, Kumpulan Kolum dan Artikal,
Selama Era Lengser, yongjakarta.2002.
A.
Z. Abidin, La Ma’dukelleng Precursor of South Sulawesi Unification Against
the Dutch V. O. C, Prisma, 1981.
Andi
Zainal Abidin, Persepsi Orang Bugis Tentang Hukum Negara & Dunia Luar,
offset Alumni, 1983,
Bandung
Daniealn
Perret, Sejarah Johor-Riau-Lingga sehingga 1914, 1986, kementerian kebudayaan, kesenian
dan Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur
M.
C. Ricklefs, A History Modern Indonesia,
Stanford Uneversity Press, California, 1981
Marwari
Djoened poesponegor & Nugroho Notosusanto, Sejarah Nesional Indonesia iii: Zaman pertumbuhan
dan Perkembangan kerajaan Islam di Indonesia, Balai Pustaka, Jakarta.
Nordin Bula,
Petikkan Kertas ProjekPenyelidikan“Penglibatan Politik Suku Kaum Bugis Satu Kes Kajian di N.46 Merotai,
Tawau”.
Prof.
Dr H Abu Hamid, Pesan-pesan Moral Pelaut Bugis, Pustaka Refleksi, Makassar,
Riwanto Tirtosudarmo, Mencari
Indonesia: demografi-politik pasca-Soeharto,
Zarial, Pahlawan Indonesia, media Pusendo, Jakarta. 2008.
INFORMAN
Mohd
Saleh. 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di
Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.
Mohammad
Ibrahim. 2010. Menyusuli Keluarga Bugis
di Selangor, bangi. Temubual, 15 oktober.
Nahana
Dalek 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di
Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.
Arny.
2010. Menyusuli Keluarga Bugis di
Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.
Farisal,
2010. Menyusuli Keluarga Bugis di
Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.
Perkahwinan Keturunan
Bangsawan Bugis(Keturunan Andi)
Upacara Persediaan
Berinai
Tulisan Lontaran
Pakaian Tradisional
Tarian Bugis
Burasak
Burasak
Tugu Peringatan Kepahlawanan
Arung Palakka
Setem yang menggunakan
Gambar Sultan Hasanudin
Gambar Dalam Makam
Sultan Hasanudin
Raja Haji
Gambar di Luar Makam
Sultan Hasanudin
Senjata Bugis
Pakaian Perang Bugis
Gambar semasa Sesi
Temubual Keluarga Bugis di Bayu Utama
Gambar semasa Sesi
Temubual Keluarga Bugis di Bayu Utama
Gambar semasa Sesi
Temubual Keluarga Bugis di Bayu Utama
[1] Marwari Djoened poesponegor & Nugroho Notosusanto, Sejarah
Nesional Indonesia iii: Zaman pertumbuhan dan Perkembangan kerajaan Islam di
Indonesia, Balai Pustaka, Jakarta, 2008, hlm 113-115.
[2]Nordin Bula, Petikkan Kertas ProjekPenyelidikan“Penglibatan Politik Suku Kaum
Bugis Satu Kes Kajian di N.46 Merotai, Tawau”.
[4] Bendahara Paduka Tun Abdul Jalil iaitu sultan berketurunan Wangsa Bendahara yang pertama, telah menggunakan
orang-orang Bugis dari Luwok, Makassar kecil
[5] Daniealn Perret,
Sejarah Johor-Riau-Lingga sehingga 1914, 1986, kementerian kebudayaan, kesenian
dan Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur, hlm 273.
[6] Menurut Muhammad Ibrahim, dalam masyarakat bugis merantau ini
dikaitkan dengan kegiatan Perdagangan Pelayaran dan Mengembara. Kegiatan
perlayaran Bugis ini telah menjadi satu kegiatan yang penting bagi kehidupan
orang Bugis. Orang bugis terkenal keseluruh dunia dengan kegiatan
perlayarannya. Menurut Muhammad lagi, ada orang mengatakan pelayar bugis pernah
sampai ke Afrika dengan menggunakan
kapal Finhihx.
[7] Riwanto Tirtosudarmo, Mencari
Indonesia: demografi-politik pasca-Soeharto,
[8] A. Z. Abidin, La
Ma’dukelleng Precursor of South Sulawesi Unification Against the Dutch V. O. C,
Prisma, 1981 hlm 29-46.
[9] Menurut cerita rakyat
di Sulawesi Selatan, terutama Gowa, Tuanta Salamaka, yang merupakan putera nabi
Khidir, yang mempunyai kesaktian luar biasa.
[10] Andi Zainal Abidin,
Persepsi Orang Bugis Tentang Hukum Negara & Dunia Luar, offset Alumni,
1983, Bandung, hlm 31-32.
[11] Kemuncak
permusuhan antara Gowa dengan Bone dan meningkatnya ketegangan antara VOC
dengan Gowa telah menyebabkan terjadinya perang Makassar. Pergolakan politik
akibat daripada Perang Makassar tersebut telah menjadi faktor pendorong
penghijrahan orang Bugis ke luar dari Sulawesi Selatan. Pada pertengahan abad
ke-17, Gowa menjadi salah satu kerajaan terkuat dan terbesar dalam sejarah
Nusantara. Begitu tersohornya kekuatan dan kejayaan Gowa sehingga orang-orang
di Indonesia Timur sukar mempercayai bahawa VOC berani menentang kekuasaan
kerajaan Gowa. Namun kerjasama yang tidak disangka-sangka antara VOC dengan
orang-orang Bugis yang merupakan musuh Gowa, mengakibatkan kerajaan Gowa tumpas
di tangan pakatan bersekutu. Pada tahun 1669, Sombaopu, iaitu benteng ibu kota
kerajaan Gowa yang sangat kuat dan yang menjadi simbol kemegahan kerajaan Gowa,
jatuh ke tangan musuh. Setelah tumpasnya Gowa, pemimpin baru yang menerajui
tampuk kekuasaan di Sulawesi Selatan ialah Arung Palaka iaitu pahlawan Bugis
Bone-Soppeng berjaya mendominasi kekuasaan wilayah Sulawesi. Kesan pergolakan
di Sulawesi Selatan yang melibatkan pihak Belanda dengan kerajaan tempatan ini
telah memberi implikasi terhadap migrasi besar-besaran dalam masyarakat Bugis
pada akhir abad ke-17
[12] Nahana Dalek, Bayu
Utama, Kelang, Selangor.
[17] Farizal, 2010.
Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.
[28]Prof. Dr H Abu Hamid, Pesan-pesan Moral Pelaut Bugis, Pustaka
Refleksi, Makassar, 2007, hlm 46
[31] Zarial, Pahlawan Indonesia, media Pusendo, Jakarta. 2008.Hlm,.22-23
[32] M. C. Ricklefs, A History Modern Indonesia, Stanford Uneversity Press, California, 1981.
Hlm 78.
[33]Farizal telah menulis aksara lontara dan menunjukkannya kepada kami
[35] Menurut Mohd Saleh, agama hindu hanya Berjaya mempengaruhi orang
pulau Jawa. Orang pulau jawa telah menerima agama Hindu Buddha sebagai pegangan
kepercayaan mereka. Bagi Arny Hindu Buddha tidak dapat mempengaruhi kepercayaan
orang Bugis kerana orang Bugis lebih mempercayaai agama Islam. Pengaruh Hindu
Buddha ini masih di amalkan oleh orang Jawa.
[38] Abdulrahman Wahib, Kumpulan
Kolum dan Artikal, Selama Era Lengser, yongjakarta.2002. hlm 49.
No comments:
Post a Comment