FAKTOR PENGLIBATAN KUASA-KUASA BESAR EROPAH DALAM PERANG DUNIA PERTAMA
1.0 PENDAHULUAN
Perang Dunia I berlaku pada 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918
dan bermula di Balkan. Peperangan bermula bila putera Archduke Franz Ferdinand
iaitu putera Austria-Hungary bersama isterinya dibunuh di Sarajevo, Bosnia oleh
pengganas Slav. Austria-Hangry menylahkan Serbia yang bertanggunjawab terhadap
pembunuhan itu, Dengan sokongan negara Jerman, Austria-Hungary memutuskan
menghukum Serbia.
Austria-Hungary menyerang Serbia pada 28 Julai 1914. Rusia membuat
penyediaan untuk menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis
pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan
secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium, sebuah negara yang
berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman.
Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan
tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman,
Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala
negara-negara yang menentangi mereka digelarkan "Tentera Bersekutu".
Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir
kesemuanya memihak kepada Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai
Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah jajahan Austria. Dan pada tahun
1917, Amerika Syarikat memasuki peperangan dengan memihak kepada Tentera
Bersekutu.
Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan
hampir-hampir memenangi peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasai
Luxemborg, Belgium, serta sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman
juga menang di Barisan Timur. Akan tetapi menjelang 1918, tentera Jerman telah
mengalami keletihan. Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan di
dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tentera Amerika Syarikat
baru tiba untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada musim panas 1918, tentera
Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di barat.
Negara Jerman menurunkan tandatangan perjanjian gencatan senjata pada 11
November.
Di bawah Perjanjian Versailles yang ditandatangani selepas Perang
Dunia I, negara Jerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada
wilayah Eropahnya. Poland diasaskan semula dan menerima Posen {sekarang digelar
Poznani), sebahagian Silesia serta sebahagian Prussia Barat. Alsace dan
bahagian Lorraine yang dikuasai oleh Jerman dipulangkan kepada negara Perancis.
Negara Perancis juga dapat menguasai kawasan Saar selama 15 tahun. Perjanjian
ini juga meletakkan Rhineland di bawah pendudukan Tentera Bersekutu selama 15
tahun. Bilangan tentera Jerman dikecilkan tidak melebihi 100,000 askar serta
dilarang mempunyai tentara udara. Jerman juga perlu membayar Tentera Bersekutu
pampasan perang yang sungguh besar.
Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia
I. Pihak Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5
juta. Peperangan tersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara
yang terlibat dan dikenali sebagai "peperangan untuk mengakhiri semua
peperangan" sehinggalah Perang Dunia II berlaku. Antara faktor yang
menyebabkan terletusnya perang dunia pertama adalah faktor ekonomi, persaingan
kekuatan tentera, penbentukan perikatan dan perebutan Bosnia Herzegovina.
2.0 PENGUASAAN EKONOMI
Persaingan ekonomi merupakan satu sebab utama berlakunya perang
dunia pertama. Perubahan ekonomi yang ketara berlaku di Jerman semasa canselor
Biscmark. Dimana selepas berjaya menyatukan Jerman, Biscmark mengamalkan dasar
berbaik-baik dengan kuasa eropah lain. Beliau lebih menupukan kepada pembangunkan
Jerman. Jerman ketika itu sibuk dengan perjuangan menentang gereja dan anggota
Sosial Demokrat, Censelor ini langsung tidak menghiraukan perebutan tanah
Wilayah jajahan. Biscmark ada mengatakan
”adalah
kurang bijak bagi negeri Jerman yang masih Muda mengejar tanah jajahan seperti
juga kaum bangsawan negeri Poland yang sudah tua memakai perhiasan sedangkan
baju mereka tidak cukup” [1]
Dasar yang memetingkan pembangunan Jerman melebihi dasar luarnya
telah membangunkan sektor perindustrian sehingga memunculkan diri sebagai salah
sebuah kuasa besar eropah baru. [2]
Bilangan penduduk
Jerman yang meningkat daripada 49 juta dalam tahun 1890 kepada 66 juta dalam
tahun 1913 telah menjadikan Jerman tempat kedua rakyat yang teramai selepas
Rusia telah membantu menyumbang tenaga buruh kepada industri. Tambahan pula
pembangunan pendidikan dan sosial yang semakin meningkat dibawah Biscmark telah
memajukan lagi pembangunan ekonomi Jerman sehingga pendapatan perkapital
masyarakat semakin bertambah dari masa ke semasa.[3] Pembangunan
yang berlaku dalam jangka masa singkat ini telah mengancam kedudukan kuasa
eropah lain terutamanya Great Britain yang semakin menghadapi kemerosotan dalam
pengeluaran barang industerinya ke tahap yang lebih rendah daripada sebelum
ini. Sebelum kebangkitan Jerman, Britain menguasai industeri arang batu,
tekstil, dan barangan besi, sejak menjelang perang dunia pertama relitif
pengeluaran Britain semakin berkurangan ke tahap membimbangkan.[4]
Ancaman kuasa
ekonomi baru Jerman semakin terasa oleh Britain dengan perkembangan industeri
baru seperti keluli, kimia, peralatan jentera dan barang elektrik yang mula
dikuasai oleh Jerman. Britain yang melihat perkembangan Jerman ini telah
merampas kekuatan mereka sebelum ini menguasai bidang industeri. Kemerosotan
Britain dalam sektor perindusterian dapat dilihat dalam perubahan kadar
pertumbuhan pengeluaran dari tahun 1820 hingga tahun 1840 ialah 4 peratus.
Kadar pertumbuhan ini kemudiannya berkurangan menjadi 3 peratus antara tahun 1840 sehingga 1870.
Keadaan menjadi semakin teruk antara tahun 1875 hingga 1894 yang mencapai kadar
pertumbuhan 1.5 peratus sahaja. Keadaan ini telah memburukkan kedudukan Britain
yang akhirnya berjaya disaingi oleh Kuasa Jerman.[5]
Hasil pengeluaran
barangan di kalangan kuasa-kuasa besar yang baru muncul seperti Jerman dan
Amerika Syarikat telah mengancam kuasa-kuasa besar lama seperti Geat Britain,
Rusia, Perancis dan Itali dalam perebutan mendapat pasaran untuk barang-barang
kilang mereka. Bagi kuasa Jerman persaingan pasaran tidak mengancam kedudukan
ekonomi mereka kerana mereka mempunyai pengeluaraan yang cekap. Jerman sudah
mempunyai tenaga kerja mahir yang ramai telah dihasilkan sistem persekolahan
Jerman bagi memajukan sektor ekonomi secara moden dengan sekala yang lebih
besar. Intitusi pendidikan seperti Politeknik dan universiti telah melahirkan
ramai pekerja mahir, jurutera terlatih, pengurus dan ahli-ahli kimia telah
membantu perkembangan kilang-kilang, perusahaan dan firma-firma.[6] Dalam
bidang pertanian, Jerman turut mendahului teknologinya dari kuasa besar eropah
lain. Petani Jerman munggunakan baja kimia dan menggunakan teknologi pertanian
moden telah menjamin hasil pengeluaran yang lebih besar.[7]
Perkembangan teknologi dalam pengeluaran perindusterian dan pertanian telah
memberi keyakinan kepada Jerman menghadapi persaingan barang perindusterian
dari kuasa besar eropah lama kerana mereka berjaya mengeluarkan barangan dengan harga yang murah kerana
mempunyai pengetahuan dalam teknologi yang mengurangkan kos keluaran. Keadaan
ini telah mengancam perngeluaran negara-negara besar eropah lain yang semakin
merosot pengeluarannya akibat dari pelbagai masalahan dalaman.
Persaingan pasaran
dalam sistem ekonomi eropah yang mengenakan sistem tarif semakin menekan
kuasa-kuasa eropah lama. Sistem tarif akan melemahkan negara yang tidak
mempunyai daya keluaran yang kuat dalam memasuki pasaran negara yang
mengamalkan sistem tarif. Tarif digunakan setiap negara eropah bagi melindungi
perusahaan tempatan seperti Jerman, Britain, Rusia dan Amereka telah
menggunakan sistem ini bagi persaingan barangan dari negara-negara eropah lain.
tarif ini berbentuk cukai yang dikenakan keatas barang dari negara lain yang
hendak memasuki sesebuah negara tersebut. Pengenaan tarif terhadap barang dari
luar ini dapat meningkatkan harga barang keluaran negara tersebut di negara
yang mereka masuki dan secara tidak langsung harga barang tempatan lebih murah.[8]
Oleh itu, mana-mana negara yang tidak mempunyai kemajuan dalam pengeluaran yang
membolehkan barang mereka dijual dengan harga murah selepas dikenakan tarif
akan menghadapi masalah untuk masuk kepasaran dan bersain dengan barang
tempatan. Kekuatan Jerman dalam teknik pengeluaran ini telah mengancam dan
menimbulkan kemarahan dikalangan kuasa-kuasa besar lain dalam merebut pasaran.
Persaingan dalam menperdagangkan barang keluaran dapat dilihat
persaingan Perancis dengan Jerman dalam pasaran Rusia. Dimana para saudagar
Jerman banyak membolot sebahagian besar perdagangan import. Pada tahun 1880,
Jerman telah mengatasi Perancis dalam persaingan pasaran eksport di eropah.
Menjelang tahun 1911, pencapaian Jerman menghampiri dua kali ganda. Keadaan ini
menunjukkan keadaan persaingan mendapatkan pasaran di eropah bertambah hebat
sejak kemunculan gergasi ekonomi baru Jerman. Sebelum ini persaingan pasaran
tidak begitu mengancam pasaran eropah, dimana kuasa pengeluar yang kuat sebelum
ini hanyalah Britain, tetapi sekarang sudah berubah dengan penambahan kuasa
baru ekonomi Jerman.[9]
Ekonomi merupakan penyebab awal kepada babak-babak awal perang
dunia pertama. Perebutan dan persaingan ekonomi yang semakin kuat berlaku
setelah Jerman dan Amerika syarikat bertambah kuat dan muncul sebagai salah
sebuah kuasa besar eropah telah menggugat kuasa besar lama. Pertumbuhan ekonomi
yang meningkat secara mendadak ini telah menimbulkan konflik diantara
kuasa-kuasa besar. Pertumbuhan ekonomi yang mendadak Jerman dilihat oleh
kuasa-kuasa besar lain sebagai satu ancaman yang paling besar kepada kedudukan
ekonomi eropah. Kedudukan ekonomi yang kuat dan perubahan politik Jerman telah
menggalakkan perkembangan teknologi ketenteraan. Perkembangan ini menambahkan
lagi kebimbangan kuasa-kuasa besar lain terhadap Jerman. Pergeseran inilah
mewujudkan beberapa koflik kecil diantara kuasa-kuasa besar dan berlanjutan
sehingga ke perang dunia pertama.
3.0 PERSAINGAN ANGKATAN LAUT DAN DARAT.
Perkembangan kekuatan angkatan laut dan Darat yang cepat telah
mengugat kedudukan kuasa-kuasa besar eropah lain terutamanya Britain. Sebelum
ini kekuatan tentera yang paling kuat pada tahun 1815 terletak ditangana Britain
yang menjadi sebuah kuasa tentera yang agung. Perkembangan baru ini telah
mencurigai Britain terhadap Jerman dan mengesyaki Jerman cuba merancang perang
di eropah.[10]
Pertambahan Kekuatan ketenteraan Jerman
pada tahun 1898 dilihat bergerak dan berkembang dengan pantas sehingga dapat
mengalahkan dan hampir mengimbangi kuasa-kuasa besar lain. Jerman pada masa ini
sudah berjaya menjadikan kekuatan tenteranya berada diatas dari kekuatan
tentera perancis, Rusia dan Itali serta hampir setanding dengan kekuatan
tentera Britain. Perkembangan ini telah meletakkan kekuatan tentera Jerman
berada dalam tangga kedua selepas Britain dalam kekuatan tentera dikalangan negara-negara
kuasa besar dunia.
Menjelang perang dunia pertama angkatan tentera laut(Hing Seas
fleet) Jerman mempunyai tiga belas buah kapal perang jenis Dread-naught,
enam belas jenis lama, dan lema buah kruiser perang. Kekuatan angkatan yang
sangat besar ini memaksa Admiralti Britain mengundurkan hampir kesemua Skuadron
kapal induknya dari pengkalan di luar negeri menuju ke laut utara secara
beransur-ansur. Pembinaan kekuatan ketenteraan Jerman bukan sahaja berkembang
dari segi perkapalan perang sahaja, malahan perkembangan dalam pembinaan
kekutan dalaman ketenteraan dengan pertambahan kegiatan menambah jumlah marian,
peralatan optik, kawalan persenjataan, dan latihan pada tengah malam. Keadaan
ini menunjukkan Jeman sudah bersedia untuk untuk menjadi salah sebuah kuasa-kuasa
besar di kalangan negara eropah lain. Pertambahan belanjawan dalam sektor
ketenteraan laut yang semakin meningkat sehingga meletus perang dunia pertama
telah meberi peluang kepada angkatan laut Tirpitz meningkatkan saiz tenteranya.
[11]
Kekuatan tentera darat Jerman juga meningkat apa bila berlakunya
ketegangan antarabangsa pada tahun 1911 dan 1912 yang telah memaksa Berlin
mengambil keputusan memperbesarkan kekuatan daratnya, perubahan yang pantas ini
telah mengejutkan kuasa-kuasa besar dunia lain. Antara tahun 1910 sehingga
1914, perbelanjaan tentera darat meningkat dari $204 juta kepada $442 juta.
Perbelanjaan tentera Jerman ini telah melintasi perbelanjaan kuasa eropah lain
seperti Perancis yang hanya meningkat sedikit sahaja iaitu dari $188 juta
kepada $197 juta dan jumlah ini memakan 89 peratus daripada belianya yang
berkelayakan dalam kerahan tentera berbanding Jerman yang hanya melibatkan 53
peratus sahaja untuk mencapai tahap pembesaran tersebut. Manakala perbelanjaan
ketenteraan dari segi pendapatan negara pula Jerman hanya menggunakan sebanyak
4.6 peratus jika dibandingkan dengan Rusia yang telah menggunakan pendapatan
negaranya sebanyak 6.3 peratus.[12]
Keadaan ini jelas menggambarkan kekuatan tentera Jerman lebih menyerlah dari
negara lain dengan sokongan kekuatan ekonominya yang mantap.
Kekuatan tentera
Jerman juga dapat menggerakkan dan melengkapkan berjuta-juta anggota tentera simpanannya
dengan cekap disebabkan sistem latihan dan pendidikan yang lebih baik dari
negara eropah lain. Sistem ini telah berjaya menyusun pergerakan tenteranya
dalam operasi-operasi di barisan hadapan. Keteraturan tentera ini tidak
terdapat dalam sistem ketenteraan Perancis dan Rusia. Kakitangan turus Am
Perancis berpendapat bahawa anggota tentera simpanannya hanya boleh digunakan
di belakang barisan perang. Manakala Rusia bukan sahaja tidak memiliki senjata
yang cukup, kasut but dan pakaian seragam untuk memperlengkapkan berjuta-juta
tentera simpanannya tetapi tidak mempunyai pegawai untuk menyelia mereka.[13]
Dari segi kualiti pendidikan dikalangan tentera Juga menunjukkan tentera Jerman
lebih berkualiti apabila kadar buta huruf dikalangan tentera Jerman hanya
1/1000 berbanding Itali 330/100, Austria-Hungary 220/1000 dan 68/1000 di
perancis.[14]
Perkembangan baru ini telah membentuk satu lagi kuasa tentera baru eropah
selepas Britain.
4.0 PEMBENTUKAN PERIKATAN
pembentukan perikatan antara kuasa-kuasa di eropah turut berperanan
mencetus perang dunia pertama. Pembentukan perikatan Antara Jerman-Austria-Hangry
telah lama terjalin membentuk satu kuasa yang kuat di eropah. Perikatan ini
telah mengikat kuasa ketenteraan kedua-dua negara, yang mana Jeraman bersedia
untuk membantu Austria-Hangry ketika diserang oleh Rusia. Menjelang tahun 1882,
Berlin telah memperluaskan kuasanya dengan mengadakan satu perjanjian dengan
Rom bagi menghadapi serangan Perancis
dan dalam tahun berikutnya, Jerman dan Austria-Hangry telah mengemukakan satu
lagi perikatan rahsia untuk membantu Rumania menentang pencerobohan Rusia. Penganjurkan
diplomasi ini menegaskan bahawa Biscmark lebih mengutamakan matlamat bertahan
dan jangka pendek bagi menenangkan sahabat-sahabat yang mengentar di Vienna,
Rom dan Bucharest. Tujuan utama Jerman adalah untuk mengasingkan Perancis dari
segi diplomatik dan bersiap sedia berundur jika Rusia menakluki Balkan.
Walaupun perjanjian rahsia ini tidak di ketahuai umum, tetapi membimbangkan
pihak Rusia dan Perancis tentang pengasingan mereka dan mengesaki bahawa dalam
yang berpengaruh di Berlin telah membentuk satu gabungan yang kuat untuk
menghancurkan mereka dalam peperangan.[15]
Sungguhpun Rusia
merasai ancaman Biscmark ke atas St.Petersburg dirasai, tetapi perjanjian yang
dikenali persetiaan jaminan semula 1887 menghalang perpecahan rasmi Jerman
dengan Rusia, namun terdapat sesuatu yang tidak betul dan mendesak dalam hal
ini, iaitu usaha menipu dan helah oleh censelor Jerman itu untuk menghalang
gerakan yang mantap kearah perikatan Perancis-Rusia pada penghujung tahun1880.
Aspirasi perancis untuk mendapatkan semua Alasce-Lorraine dan Rusia meluaskan
wilayahnya di eropah timur terhalang disebabkan kebimbangan terhadap Jerman.
Tiada lagi kuasa eropah lain yang perlu diberi perhatian mereka. Ini memberi
faedah-faedah bersama yang melibatkan pemberian pinjaman dan peralatan senjata
perancis kepada Rusia dan bantuan ketenteraan Rusia kepada Perancis. Perbezaan
Ideologi antara borjuis Perancis dengan rejim Tsar yang bersifat reaksoner
memperlahankan gerakan ini buat seketika, persaraan Biscmark pada 1890 dan
pergerakan kerajaan Wilhem II yang lebih mengancam pula menyelesaikan isu
tersebut. Menjelang 1894, perikatan bertiga yang mengandungi Jerman,
Austria-Hungry dan Itali telah di bentuk.[16]
Kebimbangan negara-negara eropah lain terhadap kekuatan perikatan
bertiga semakin kemuncak, terutamanya kuasa Jerman dalam dasar luarnya yang
baru dibentuk oleh Bulow. Kebimbangan
Britain dan Perancis bertambah bila censelor Bulow dan Maharaja Wilhem II
mengumumkan kemunculan “abad Jerman”. Menjelang 1902-1903, kedudukan angkatan
laut dengan susunan dan barisan yang menggambarkan bahawa angkatan ini dibina
untuk menandingi kekuatan laut Britain. Keadaan ancaman ini telah memaksa
Admiralti Britain bertindak membuat satu gerakan balas. Selain itu,
tindak-tanduk Jerman dengan Austria-Hungry menimbulkan keraguan kepada Perancis.
Kedua-dua kuasa besar ini memerhati dengan marah terhadap dasar luar Bulow yang
telah menyebabkan berlakunya perang timur jauh pada tahun 1904.[17]
Disebabkan ancaman
politik baru di eropah, Britain telah mengambil langkah membentuk satu
perikatan dengan kuasa eropah lain bagi menentang ancaman kekuatan ketenteraan
Jerman. Langkah pertama yang dilakukan oleh Britain adalah dengan memulihkan
perhubungannya dengan Amerika Syarikat. Britain telah mengadakan perundingan
menegenai isu terusan segenting, sepadang Alaska, penangkapan anjing laut dan
sebagainya melalui usaha memulihkan hubuingan baik Inggeris-Amerika.
Perundingan ini dilakukan bagi mengeluarkan Britain daripada kedudukan
stratigik yang sukar dipertahankan di hemisfera barat.[18]
Bagi menguatkan
Britain di timur jauh, perikatan Britain-Jepun dimenterai pada 1902. [19]
Perikatan ini telah menjamin antara kedua-dua kuasa ini mengekalkan kekuasaan
mereka di timur jauh. Perhubungan ini telah membentuk satu persetujuan saling
membantu, dimana ketika Jepun mengambil keputusan menyerang Rusia pada tahun
1904 berhubung isu masa hadapan Korea dan Mancuria, Britain telah menjamin akan
membantu Jepun jika terdapat kuasa ketiga memasuki pertarungan itu.[20] Dengan perhubungan ini Britain dapat
meringankan beban ketenterannya di China. Sokongan ketenteraan Jepun di timur
jauh membolehkan Britain menumpukan kekuatan ketenteraan di eropah bagi
menghadapi kemungkinan peperangnya dengan kuasa Jerman dan Austria-Hungry. Bagi
tujuan itu, Britain telah mengambil tindakan dengan memanggil kembali angkatan
tentera lautnya yang berkawal di China pulang mempertahankan laut timur yang diancam
oleh kekuatan tentera laut Jerman yang semakin bertambah besar. [21]
Seterusnya British
menupukan perhatiannya di eropah dengan membentuk satu perikatan dengan
Perancis dan Itali. Langkah pertama bagi membentuk perikatan adalah
menyelesaikan permusuhan Inggeris-Perancis bagi meningkatkan keselamatan di
sekitar perairan Britain. Perikatan Inggeris-Perancis dapat dipulehkan setelah
berlakunya perjanjian Inggeris-Jepun yang melibatkan perang Jepun-Rusia. Dimana
Britain telah berjanji akan menolong Jepun sekiranya wujud pihak ketiga yang
membantu Rusia dan sekutu Rusia adalah Perancis yang telah bersetuju akan
melakukan tindakan yang sama seperti perjanjian yang telah dibuat oleh
Inggeris-Jepun. Keadaan ini menyebabkan wujud kerjasama antara perancis dan
Britain bagi mengelak daripada terseret secara terbuka dalam konflik tersebut.
Tindakan menyebabkan Paris dan London menamatkan isu perebutan tanah jajahan
dan merangka entente(pakatan) pada April 1904. Permusuhan Inggeris-Perancis
yang memakan masa bertahun-tahun lamanya yang bermula dari pendudukan Britain
di Mesir pada tahun 1882, akhirnya tamat.[22]
Pembentukan perikatan
Inggeris-Perancis telah mempengaruhi kuasa Itali yang mempunyai persisir pantai
yang terdedah kepada serangan dan tidak sanggup ditempatkan dalam kumpulan yang
menentang gabungan Inggeris-Perancis dalam apa hal, menjelang tahun-tahun awal
abad ke dua puluh, pihak Itali dan perancis mempunyai alasan-alasan yang
munasabah yang melibatkan kewangan dan Afrika Utara untuk memperbaiki hubungan
mereka. Walaubagaimanapun sekiranya Itali terseret keluar daripada perikatan
bertiga, bermakna itu akan mempengaruhi pergeserannya dengan Austria-Hangry
yang mulai timbul.[23]
Dengan terbentuknya dua bolk perikatan ini, timbulnya curiga-mencurigai antara
kedua-dua kuasa berikat itu sehingga terjadinya perang dunia.
5.0 PEREBUTAN BOSNIA HERZEGOVINA
Bosnia Herzegovina adalah negeri di semenanjung Balkan yang menjadi
rebutan diantara dua pengaruh kuasa besar iaitu, Rusia dan Austria-Hangry.
Kedua-dua kuasa ini sangat memerlukan Bosnia Herzegovena, Rusia memerlukan
Bosnia Herzegovina untuk menjadi satelit kepada kuasa besar itu, tambahan pula
mereka adalah satu bangsa yang sama. manakala Austria-Hangry pula memerlukan Bosnia
bagi mengelak penularan ideal Pan Slav merebak jauh kedalam empayarnya.
Persetujuan kuasa-kuasa besar memberi kuasa kepada kerajaan Austria-Hangry
semasa persidangan Berlin 1978[24]
bagi memperkenalkan reformasi di Bosnia Harzegovina telah memberi peluang
kepada Austria-Hangry mengorak langkah yang seterusnya kearah mengukuhkan
kedudukannya di Bosnia. Setelah Bosnia berada dalam pentadbiran sementara
Austria-Hangry selama 30 tahun, Austria-Hangry mulai berindak menuntut hak
milik kekal sebagai sebahagian daripada empayarnya. [25]
Tuntutan yang dibuat oleh Austria-Hangry atas alasan kekuasaannya keatas Bosnia
telah di iktiraf oleh kuasa-kuasa Besar dalam perjanjian Berlin 1878. Tetapi
pada hakikatnya tindakan Austry-Hangry didorong oleh faktor lain seperti Penularan
Ideaal Pan Slav di dalam Empayar Austri-Hangry,[26]
Gerakan Turki Muda, Jun 1908, kelemahan Rusia dan persediaannya mengambil
Bosnia.
Pengistiharan
Bosnia Herzigovena sebagai sebahagian dari Austry-Hangry telah menimbulkan
ketidak puasan hati kepada Rusia dan Serbia yang mempunyai kepentingan keatas
Bosnia mulai merancang untuk mengambil Bosnia dari Austria-Hangry. Persoalan
utama yang menjadi perebutan Bosnia
adalah bangsa Slav, dimana rakyat Bosnia adakah bangsa yang sama dengan Rusia
dan Serbia. Persoalan bangsa ini telah membawa kepada pergerakan Pan Slav yang
mahu membentuk Serbia Raya. Serbia sudah lama bercita-cita untuk menjadi
sebagai sebuah negara penaug kepada seluruh negara yang berbangsa Slav di teluk
Balkan terutamanya Bosnia Herzegovina.[27]
Semangat nasionalisme bangsa Slav di serap masuk ke dalam Bosnia, Crotian dan
Austria-Hangry sendiri. Sintiment anti Austry-Hangry disebarkan bagi
membolehkaan Serbia merampas kembali Bosnia Harzigovena sebagai sebuah Wilayah
Serbia seperti mana sebelum di takluki empayar Utmaniah.[28]
Pembunuhan Putera
Mahkota Austry-Hangry iaitu Archduke Frerdinand dan permaisurinya Sophea di
Serejevo merupakan kemuncak dari konflik yang timbul antara Austria-Hangry
dengan Serbia. Putera dan permaisuri telah diserang dan dibunuh dengan kejam
pada 28 jun 1914 di Serejavo ketika mengadakan lawatan rasmi selama 3 hari di
Bosnia harzigvena. Semasa mereka mengadakan lawatan ke pusat bandar Serejavo
mereka telah diserang dengan melemparkan bom kedalam kereta tetapi mereka
terselamat. Disebabkan peristiwa tersebut beliau telah dinasihatkan supaya
membatalkan lawatannya, tetapi beliaau tetap meneruskan perjalanan ke pusat
bandar dan berucap di kalayak ramai yang sedang menyambut kedatangan beliau.
Setelah selesai berucap beliau membuat keputusan untuk mengadakan lawatan ke
hospital bagi melawat mangsa-mangsa yang tercedera. Sekali lagi beliau
dinasihati supaya membatalkan niatnya itu, tetapi putera mahkota masih berkeras
untuk mengadakan lawatan tersebut. Ketika perjalanan ke hospital mereka
didatangi oleh seorang pemuda dari arah yang bertentangan dan mengacu pistol ke
arah putera mahkota dan akhirnya menambak mati putera dan permaisuri dalaam
masa yang sama.[29]
Austry-Hangry
mendakwa Serbia sebagai negara yang bertanggunjawab terhadap pembunuhan Putera
Mahkota mereka. Mereka mendakwa pembunuhan itu dilakukan oleh kumpulan Black
Hand yang disokong oleh kerajaan Serbia. Ini dibuktikan bila terdapat
penaung-penaung kepada gerakan ini terdiri daripada pegawai-pegawai tertinggi
tentera Serbia. Perdana Menteri Austry-Hangry, Count Julius Andrassy pada 23
Julai 1914 telah menentapkan 10 tuntutan kepada kerajaan Serbia.[30]
Semua tuntutan itu perlu diterima dan dijawab oleh kerajaan Serbia dalam tempoh
masa 48 Jam dari tempoh masa surat itu dihantar. Kerajaan Serbia telah diberi
kata dua sama ada serbia menerima kesemua tuntutan ataupun berperang.[31] Namun
begitu Serbia enggan menerima tuntutan yang dibuat oleh Austria-Hangry terutama
artikel 4 dan 5. Tuntutan itu juga sangat memalukan kepada sesebuah negara yang
merdeka seperti Serbia. Penolakan terhadap tuntutan ini juga dibuat atas sebab
Serbia sudah bersedia untuk berperang dengan Austria-Hangry kerana yakin dengan
bantuan yang akan diberikan daripada Rusia.[32]
Bagi mengelak
peperangan berlaku pada 26 Julai 1914, Britain telah mengajak Jerman, Itali,
dan Perancis ke meja rundingan berhubung krisis tersebut.dalam perundingan
tersebut Grey telah meminta Jerman untuk memujuk Vienna menarik balik kata dua
terhadap Serbia, Tetapi permintaan itu tidak diterima oleh Jerman kerana ini
boleh menjatuh maruah Austria-Hangry.[33]
Ketika rundingan antara kuasa besar berlaku pada 26 Julai 1914, Rusia telah
bersiap sedia untuk menggerakkan tenteranya. Perkembangan ini telah
membimbangkan kuasa-kuasa besar lain terutamanya Jerman. Ini kerana campurtangan
Rusia dalam perang antara Serbia dengan Austria-Hangry akan menarik Jerman
terlibat sama kerana Jerman merupakan sekutu kuat kepada Jerman. Bagi mengelak
perkara yang tidak diingini berlaku Jerman telah meminta Britain mengemukan
perdamaian antara Austri-Hangry dengan Rusia. Sir Edward Gery telah membwa St.
Petersburg dan Vienna ke meja rundingan. Namun perundingan ini juga menghadapi
kegagalan apabila tuntutan yang dibuat oleh Rusia keatas Austria-Hangry
mencabar Maruah Austri-Hangry.[34]
Pada 28 Julai 1914
Austry-Hangry telah mengambil tindakan setelah tempoh 48 jam yang diberikan
olehnya untuk Serbia menjawab telah tamat, maka Austria-Hangry telah mengambil
langkah untuk menyerang Serbia. Tindakan Austria-hangry itu mendapat riaksi
dari Rusia yang turut melibatkan diri dalam peperangan tersebut dengan membantu
sekutunya Serbia. Perkembangan ini membimbangkan Jerman kerana Austria-Hangry
yang merupakan sekutu kuatnya diserang dari dua penjuru. bagi mengatasi keadaan
ini Jerman meminta bantuan Britain untuk mengatasi konflik ini. Britain telah
mengeluarkan ketetapan bahawa Austria-Hangry tidak boleh memusnahkan integriti
Serbia dan perlu menarik diri dari Serbia setelah menakluki Belgrade dan
sempadan Serbia. Jerman telah berjanji untuk memujuk Austriaa-hangry untuk
menerima cadangan itu.[35]
Cadangan yang
dibuat oleh Britain itu disambut baik oleh maharaja Rusia dan menerima
ketetapan yang telah dibuat itu, Austria-Hangry pula berjanji tidak akan
menceroboh kemerdekaan Serbia. Maka pada 31 Julai 1914, Austria-Hangry
mengadakan perundingan bagi mencapai
perdamaian dengan Rusia, namun perundingan ini tidak membuah hasil kerana Rusia
menuntut macam-macam tututan yang menggugat kuasa Austria-Hangry. Selain itu,
semasa Jerman sedang mengadakan perundingan dengan Austria-Hangry, Rusia telah
menggerakkan tenteranya melalui sempadan Jerman. Ini bermakna persediaan Rusia
untuk berperang Dengan Jermaan dan Rusia sudah kuat.[36] Pada
31 Julai 1914 Austria-Hangry sendiri telah meminta bantuan Britain untuk menyelesaikan
konflik yang berlaku, namun Britain berdiam diri.
Kedudukan tentera
Rusia disempadan Jerman telah menambah ketengangan, Jerman telah memberi amaran
agar Rusia menarik tenteranya balik dari sempadan, namun Jerman gagal mendesak
Rusia mengundurkan tenteranya, Akhirnya Jerman mengambil tindakan
mengistiharkan perang keatas Rusia pada 2 ogos 1914. Bagi mengelak penglibatan
kuasa Britain dalam perang tersebut, Jerman menjamin tidak akan menceroboh
Belgium. Namun keadaan berubah setelah Perancis yang mempunyai perikatan dengan
Rusia mencapuri perang dengan menghulur bantuan kepada Serbia dan Rusia. [37]
Britain selaku
kuasa terkuat di eropah tidak senang dengan peperangan ini dan merasa malu jika
tidak terlibat dalam perang ini. Oleh itu, Britain cuba mencari peluang untuk
menyatakan sokongannya kepada Perancis, Rusia dan Serbia. Sehingga semasa
Jerman memasuki Belgium kerana terpaksa bagi membuka jalan untuk menyerang
Perancis. Britain ketika itu telah menggunakan alasan pencerobohan Jerman
keatas kuasa berkercuali Belgium untuk menyertai perang bagi menyokong
sekutunya dengan menyerang Jerman.
Itali pula mencari
peluang dan kepentingan dalam perang ini dengan meminta dari Austry-Hangry
Wilayah jika mereka memenangi perang tersebut, tetapi Austria-Hangry tidak
bersetuju. Lantas Jerman telah memberi sokongan kepada Britain kerana Britain
berjanji akan memberikan konsensi kepada Itali di menditerranean. Britain juga
berjanji akan memberikan beberapa wilayah di teluk Balkan. Pada mei 1915 Itali
telah mengistiharkan perang keatas Austria-Hangry. Akhirnya perang ini
mempunyai dua kuasa iaitu kuasa persekutu yang mewakili Perancis, Britain,
Rusia dan Serbia, manakala kuasa Pusat pula melibatkan Austria-Hangry, Jerman
dan Turki Uthmaniah. Peperangan ini berlangsung selama 4 tahun antara tahun
1914-1918. [38]
6.0 KESIMPULANNYA
Sebelum berlakunya perang dunia pertama, sudah terdapat beberapa
konflik kecil yang timbul antara negara-negara kuasa besar eropah. Konflik
antara kuasa-kuasa eropah sentiasa ada bila mana terdapat kuasa yang dianggap
mengancamkan kedudukan mereka, mereka akan cuba menjatuhkan kuasa tersebut.
Dalam konflik-koflik kecil di eropah ini Persoalan utama yang menjadi punca
kepada permasalahan adalah melibat ekonomi dan politik. Kedua-dua faktor ini
sangat berpengaruh dalam menentukan perubahan polisi sesebuah kuasa eropah
terhadap dasar luar mereka bagi mengatasi masalah yang timbul.
Peristiwa pembunuhan putera dan permaisuri Austria-Hangry adalah
satu sebab akhir sahaja kepada perletusan perang dunia pertama. Sebelum ini
kuasa-kuasa eropah sudah lama bersedia dan memendam untuk mencetuskan peperangan
bagi mendapatkan kepentingan yang dihajatkan oleh setiap negara eropah terhadap
kepentingan mereka dirantau itu. Setiap kuasa besar eropah mempunyai
kepentingan masing-masing untuk mendapatkan wilayah tertentu bagi mendapatkan
keperluan yang dapat digunakan untuk mengatasi kuasa-kuasa eropah lain dari
menajadi ancaman kepada mereka. Secara keseluruhannya perang dunia pertama
berlaku disebabkan faktor persaingan kuasa-kuasa besar eropah untuk
menghapuskan ancaman mereka dan memperkuatkan kedudukan mereka di eropah.
Rujukan
Anthony Wood, 1964,
Europe
1815-1960, England: Longman Group UK Limited.
Azlizan Mat Enh, Konflik di Bosnia Herzegovena dan Reaksi
Kuasa-kuasa Besar 1875-1918, Tesis Dr. Fal, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi. C. P. F Luhulima, 1992, Eropah Sebagai kekuatan Dunia: Lintasan
Sejarah dan Tentang Masa
Depan, Jakarta: Penerbit Pt, Gramidia
Pustaka Utama.
Jamieson,
Alan, Europe in conflict : a history of Europe, 1870-1945, Hutchinson, London, 1967
Martin Gilbert,
1969, The European Powers 1900-45, Britain: Oxfort.
Paul Kennedy, 1994, Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar:
perubahan Ekonomi dan Konfik
Ketenteraan dari Tahun 1500 ke 2000, Terj Nor Long & Abdul Razak Ator, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Templet Smith, 1970, Studies in War and Piece, Western Printing Services, London.
W. N. Weech(pnyt.). Sejarah Dunia, 1981, Terj Abdul karim
Abdullah, Jilid 2, Kuala Lumpur:
Dewan bahasa dan Pustaka.
[1] W. N.
Weech(pnyt.). Sejarah Dunia, 1981, Terj Abdul karim Abdullah, Jilid 2,
Dewan bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, hlm 560
[3]
Paul Kennedy, Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar: perubahan Ekonomi
dan Konfik
Ketenteraan dari Tahun 1500 ke 2000, 1994, Terj Nor Long & Abdul Razak
Ator, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur hlm 277.
[4]
Ibid., Op. Ct.
[5]
Paul Kennedy, Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar: perubahan Ekonomi
dan Konfik
Ketenteraan dari Tahun 1500 ke 2000., hlm 302.
[6]
Ibid., hlm 277.
[7]
Ibid., hlm 278.
[8] Paul
Kennedy, Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar: perubahan Ekonomi dan
Konflik
Ketenteraan dari Tahun 1500 ke 2000., hlm 2078.
[9]
Ibid., 294.
[10]
Ibid., hlm 300.
[11] Ibid., 280.
[12]
Ibid., hlm 280-281.
[13]
Ibid., hlm 281.
[14] Ibid., hlm 277.
[15] Ibid.,
hlm 288.
[16] Martin
Gilbert, The European Powers
1900-45, Oxfort, Britaain, 1969, Hlm 38-67.
[17]
Ibid., hlm 336.
[18] Ibid., hlm 334.
[19]
Ibid., hlm 335.
[20] Britain dikira berkecuali dengan
baik kepada Jepun jika Jepun menentang hanya satu musuh, tetapi perlu memberi bantuan
ketenteraan jika Jepun memerangi lebih dari satu musuh; begitu juga dengan
persetujuan Perancis untuk membantu Rusia. Kecuali jika London dan peris
bersetuju tidak terbabit, oleh itu, persehabatan mereka yang baru terjalin
terjejas.
[21]
Ibid., hlm 335-336.
[22]
Ibid., hlm 336.
[23] Ibid., hlm 335.
[24]
Azlizan Mat Enh, Konflik di Bosnia Herzegovena dan Reaksi
Kuasa-kuasa Besar 1875-1918, Tesis Dr. Fal, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi., hlm 160.
[25]
Ibid., hlm 158.
[26]
Ibid., hlm op. Ct.
[27] Ibid., hlm 257.
[28]
Ibid., hlm 257-258.
[29]
Ibid., hlm 260.
[30] Ibid., hlm 364-265.
[31]
Ibid., hlm 266.
[32]
Ibid., hlm 267.
[33]
Anthony Wood, Europe
1815-1960, Longman Group UK Limited, England. 1964, Hlm
342.
[34]
Ibid., hlm 278-280.
[35] Ibid., hlm 280-281.
[36] C. P. F
Luhulima, Eropah Sebagai
kekuatan Dunia: Lintasan Sejarah dan Tentang Masa Depan,
Penerbit Pt, Gramidia Pustaka Utama, Jakarta, 1992, Hlm 130.
[37] Jamieson, Alan, Europe in
conflict : a history of Europe, 1870-1945, Hutchinson, London, 1967, hlm 45.
[38]
Ibid., hlm 49.
terima kasih buat blogger entry macam ni lah yang kami suka ada rujukan yang sahih dan kukuh daripada buku senang kami hendak membuat rujukan di perpustakaan universiti kami. terima kasih lagi sekali buat tuan blogger kerana tidak lokek / kedekut ilmu tuan :)
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi mengenai PD 1. agak sukar bagi saya memahami sejarah PD 1 kerana saya harus mencari pelbagai rujukan tambahan saya bagi menambahkan pemahaman saya mengenai PD 1. thanks again. :D
ReplyDelete