Friday, 25 May 2012

BUGIS BANGSA PERANTAU


1.0 PENGHARGAAN
Terlebih dahulu kami ingin memberi penghargaan kepada Dr Rahilah kerana memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan penulisan ini. Kami semua sangat menghargai segala jasa Dr dalam memberi didikan kepada kami sehingga dapat menyelesaikan tugasan ini. Tampa bantuan penulisan ini tidak akan menjadi sempurna. Oleh itu, kami bertiga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Rahilah atas segala panduan yang telah beliau berikan kepada kami.

            Tidak lupa juga penghargaan ini kepada keluarga bugis di Bayu Utama, Kelang, Selangor. Atas bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh mereka kami dapat menyelesaikan tugasan ini. Segala budi dan jasa baik mereka kami amat menghargai. Dengan kerjasama mereka kami mendapat banyak maklumat yang berguna untuk dijadikan sumber lisan kami. Kami telah menggunakan banyak sumber yang diberikan oleh mereka sebagai rujukan dalam penulisan kami.

            Penghargaan ini juga diberikan kepada penulis buku dan penerbit buku yang dijadikan rujukan oleh kami. Dengan menggunakan buku hasil penulisan mereka ini kami boleh tambah sebagai bahan tambahan dan juga sebagai satu perbandingan dengan sumber lisan yang kami perolehi. Dengan itu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis dan penerbit buku yang telah kami jadikan sebagai bahan rujukan.

            Terakhir sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih ke atas kerjasama kumpulan kami. Dengan kerjasama dari kumpulan kami kami dapat menghasilkan satu penulisan tentang budaya dan adat Bugis di Selangor.



2.1 Latar belakang Responden
Responden pertama bernama Muhammad Ibrahim, berasal  dari  kampong Papan Lestari, Blok 5 maros, pulau Sulawesi selatan. Beliau merupakan salah seorang pelajar Universiti Kembangsaan Malaysia. Beliau masih mempunyai cerita mengenai adat dan budaya yang diwarisi dari keluarganya. Beliau merupakan anak keturunan bugis asli dan tidak mempunyai darah percampuran dengan keturunan kaum lain. Walaupun beliau dilahirkan dalam zaman moden beliau masih  mengamalkan budaya Bugis.

            Responden kedua pula dari keluarga Arny dan Mohd Saleh. Keluarga mereka ini berasal dari polewali Mandar, sulewesi Selatan. Keluarga mereka dating ke Selangor atas dasar bekerja Suaminya Mohd Saleh berkerja sebagai buruh di Kelang. Mereka tinggal di Bayu Utama, Kelang Selangor bersama dengan keluarga yang berketurunan Bugis yang lain. Mereka tinggal dalam kelompok kaum mereka.

            Keluarga ketiga pula dari keluarga Nahana Dalek berasal dari Bugis Enerekang, Sulawesi Selatan. Telah berkhawin dengan orang tempatan. Beliau telah berkhawin dengan orang perak. Sekarang ini beliau telah memperolihi status Warga Negara Malaysia. Beliau sudah mempunyai anak seramai 5 orang hasil dari perkhawinan mereka.








3.0 PENDAHULUAN
Dalam penulisan ini akan membincangkan  Perubahan masyarakat  Bugis di Malaysia. Penulisan ini akan memperinci perubahan yang berlaku dalam masyarakat bugis di Selangor. Perubahan yang telah berlaku dalam masyarakat Bugis Selangor berlaku hasil pertembungan budaya Bugis dengan budaya tempatan Selangor. Pertembungan antara dua kebudayaan yang berbeza ini telah menyebabkan berlaku Asimilasi kebudayaan. Orang Bugis cuba menyesuikan budaya hidup mereka dengan budaya tempatan. Dalam proses penyesuian budaya ini terdapat banyak perubahan yang berlaku dikalangan masyarakat Bugis di Selangor. Perubahan ini telah menyebabkan terdapat banyak kebudayaan asal Bugis tidak diamalkan lagi. Boleh dikatakan hampir separuh amalan tradisi Bugis di pulau Sulawesi sudah tidak diamalkan.
            Dalam penulisan ini akan mempunyai dua bahagian dimana bahagian pertama akan membincangkan tentang Bugis secara umum dan bahagian kedua pula akan membicarakan tentang Bugis diselangor berdasarkan penceritaan dari responden yang telah kami perolehi dari sesi wawancara dan juga buku. Bahagian umum ini akan membicarakan tentang kehidupan Bugis di seluruh dunia. Segala sejarah yang telah ditinggalkan oleh masyarakat Bugis diseluruh dunia akan dibicarakan dalam bahagia ini. Manakala bahagian Bugis di Selangor pula akan membicarakan tentamg Cara hidup mereka di Selangor dan juga di tempat tinggal mereka Di Sulewesi Selatan.
Penulisan ini hasil dari pengamatan dan analisis yang telah dilakukan melalui sumber yang diperolihi dari kaedah sejarah lisan dan buku. Sumber yang di perolihi dari kaedah lisan dilakukan melalui temubual yang telah dilakukan di kawasan tempat tinggal Orang Bugis di Bayu utama, Kelang, Selangor. Pemilihan lokasi temuramah diadakan di Bayu Utama kerana dikawasan itu mejoriti penduduknya adalah orang Bugis. Hampir 70% penduduknya adalah orang Bugis. Dikalangan penduduk Bugis itu ada yang datang dari sulewesi secara haram. Melalui cara penggunaan buku adalah dengan mengambil hasil penulisan tentang Bugis. Buku-buku ini didapati di pepustakaan. Buku-buku yang telah diperolihi itu dibandingkan dengan sumber lisan bagi memmastikan kebenaran kedua-dua sumber ini.


4.0 PENGENALAN
Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi selatan di Indonesia, dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatra, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak Etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Islam.[1]
Peta Pulau Sulawesi Selatan
Description: C:\Documents and Settings\Administrator\Desktop\Peta Sulawesi.PNG
            Kerajaan pertama Bugis mengikut La Galigo ialah Wewang Nriwuk, Luwuk dan Tompoktikka. Luwuk mendapat kedudukan istimewa kerana ianya dianggap sebagai ketua Bugis. Walaubagaimanapun, pada abad ke 15, berlakunya perubahan didalam sosio-politik, ekonomi dan agama disebabkan berlakunya migrasi penduduk dari persisiran pantai hingga ke tengah hutan belantara membuka penempatan baru. Didalam bidang ekonomi, penanaman padi sawah, pembuatan besi dan penggunaan kuda diperkenalkan. Dari segi agama, adat membakar mayat di sesetengah tempat mula diamalkan. Pada akhir abad ke 15, munculnya beberapa kerajaan baru menentang kerajaan Luwuk. Antaranya ialah Gowa (Makassar), Bone dan Wajo’. Kematian Dewaraja, seorang raja Luwuk, menyebabkan perebutan dinasti untuk memerintah Tana Ugi. Gowa bersekutu dengan Bone menawan Luwuk dan sekaligus mempunyai pengaruh yang besar ke atas Sulawesi Selatan.
            Sulawesi Selatan pada abad ke 16 mengalami suatu perubahan yang besar. Dalam tempoh masa ini, komuniti Bugis dan Makassar berjaya diislamkan oleh Abdul Makmur, seorang Minangkabau. Manakala pada pertengahan abad ke 16, Sulawesi Selatan dikuasai oleh Gowa dan Bone. Kerana kedua-dua negeri ingin meluaskan kuasa mereka, maka tercetuslah peperangan sesama mereka dan Bone dikalahkan. Sebagai membalas dendam, seorang putera Bone bernama Arung Palakka bersekutu dengan Belanda untuk menyerang Makassar. Pada tahun 1667-1777, Makassar jatuh ketangan Belanda dan ini menyebabkan migrasi Bugis ke Sumatra dan Tanah Melayu.








5.0 SEJARAH BUGIS UMUM
5.1 Asal usul Bugis
suku bugis adalah suku yang tergolong ke dalam suku melayu muda. termasuk sulawesi selatan setelah gelombang migrasi pertama dari daratan asia dari yunan. perkataan ‘bugis’ berasal dari kata to ugi, yang berarti orang bugis. “ugi” merujuk pada raja pertama kerajaan china tapi yang terdapat di kawasan sulawesi selatan bertepat di kabupaten wajo iaitu la satumpugi.
 ketika rakyat la sattumpugi menamakan dirinya, mereka merujuk kepada raja mereka. mereka menggelarkan dirinya sebagai to ugi atau pengikut dari la sattumpugi. la sattumpugi adalah ayah dari we cudai dan bersaudara dengan batara lattu, ayahanda dari sawerigading. sawerigading sendiri adalah suami dari we cudai dan melahirkan beberapa anak termasuk la galigo yang membuat karya sastra terbesar didunia dengan jumlah kurang lebih 9000 halaman.
suku bugis adalah suku terbesar ketiga di indonesia setelah suku jawa dan sunda. berasal dari sulawesi selatan dan sulawesi barat dan tensebar pula di pelusuk sulawesi tenggara, sulawesi tengah,pulau kalimantan, irian, jawa bali dan kepulauan riau, dan sampai ke negara singapura, malaysia, berunai darussalam dan afrika selatan.
Pada tahun 1799, Belanda menguasai seluruh Sulawesi Selatan. Dalam tempoh pemerintahan Belanda, pelbagai unsur-unsur baru diperkenalkan seperti sistem cukai dan buruh paksa. Pendudukan Jepun pada tahun 1942 mengubah pemikiran rakyat Sulawesi Selatan terhadap Belanda. Pada tahun 1945, selepas pengunduran Jepun, Sukarno mengumumkan kemerdekaan Indonesia tanpa pengiktirafan Belanda. Ini mencetuskan pertumpahan darah di Indonesia. Belanda kemudiannya terpaksa berundur dari Indonesia selepas komuniti dunia mengiktiraf kemerdekaan Indonesia.
            Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ianya bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah,Raja Ali, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama.
            Etnik Bugis mempunyai bahasa tersendiri dikenali sebagai Bahasa Bugis (Juga dikenali sebagai Ugi). Konsenan di dalam Ugi pula di kenali sebagai Lontara yang berdasarkan tulisan Brahmi. La Galigo adalah epik terpanjang dunia. Ianya wujud sebelum epik Mahabrata. La Galigo tidak boleh diterima sebagai teks sejarah kerana ianya penuh dengan mitos dan peristiwa-peristiwa luar biasa. Walaubagaimanapun, ia tetap memberi gambaran kepada sejarahwan mengenai kebudayaan Bugis sebelum abad ke 14.

            Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimana pun Daeng Chelak telah menamakan salah seorang daripada puteranya iaitu Raja Lumu datang ke Kuala Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745.

5.2 Sejarah bugis di sabah
menurut Norden Bula Suku Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di dalam kelompok ras berbilang bangsa di negeri Sabah. Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur Sabah iaitu di daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.
            Dari aspek sosial, suku kaum ini lebih terkenal dengan kerabat pangkat diraja (keturunan diraja). mereka mementingkan soal status individu dan persaudaraan sesama keluarga. Dari segi perkahwinan,suku kaum ini lebih suka menjalinkan perkahwinan dengan keluarga terdekat dan perceraian pula merupakan hubungan sosial yang amat tidak disukai oleh suku kaum ini kerana ia meruntuhkan hubungan kekeluargaan dan bertentangan dengan nilai-nilai agama.
            Pada dasarnya, suku kaum ini kebanyakannya beragama Islam Dari segi aspek budaya, suku kaum Bugis menggunakan dialek sendiri dikenali sebagai ‘Bahasa Ugi’ dan mempunyai tulisan huruf Bugis yang dipanggil “aksara” Bugis. Aksara ini telah wujud sejak abad ke-12 lagi sewaktu melebarnya pengaruh Hindu di Kepulauan Indonesia.
            Sejarah kedatangan suku kaum Bugis di Sabah (Tawau khususnya) berkaitan dengan sejarah penerokaan Tawau. Adalah dipercayai suku kaum ini telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16 lagi.
            Tahun 1840 dijadikan sebagai fakta kukuh untuk menyatakan tempat permulaan penerokaan Tawau oleh suku kaum Bugis. Penempatan awal oleh suku kaum Bugis ini bermula di kawasan yang dikenali sebagai Ranggu. Ini bermakna suku kaum Bugis sudah pun menerokai kawasan Tawau dan menjadikan Ranggu sebagai salah satu destinasi untuk berulang-alik ke Indonesia menjadi pedagang dan membawa masuk pekerja buruh ke ladang-ladang milik kerajaan British ketika itu. Apapun, Ranggu diasaskan oleh nenek Penghulu K.K. Salim di Kampung Sungai Imam, Bombalai.
            Kemudian seorang lagi bangsa Bugis dari kerabat diraja Bone bernama Petta Senong menetap di Sungai Imam, Bombalai. Usaha mereka ketika itu adalah sebagai orang upahan kepada Kerajaan Sulu untuk menghapuskan sebanyak mungkin lanun-lanun yang bergerak di perairan Laut Sulu, Borneo.
            Kemudian, beberapa kawasan baru terus diterokai oleh suku kaum Bugis dan kawasan yang termasuk dalam tapak pembangunan Bandar Tawau. Antara suku kaum Bugis yang terlibat dalam penerokaan bandar Tawau ialah Puang Ado, Daeng Mappata, Wak Neke, Wak Gempe dan Haji Osman.
            Konsep siri masiri (malu, menjaga maruah) yang dikaitkan dengan kata-kata suku kaum Bugis antara lainnya :
- “…aja mumaelo’ nabetta taue makkalla ricappa’na lete’ngnge”.
Maksud terjemahannya : Janganlah engkau mahu didahului orang menginjakkan kaki dihujung titian ( Janganlah engkau mahu didahului orang lain untuk mengambil rezeki)
- “…naia riasengage’ to warrani maperengnge narekko moloio roppo-roppo ri laommu, rewekko paimeng sappa laleng molai”[2]
            Maksud terjemahannya : Yang disebut orang berani ialah yang kuat dan unggul bertahan, Jikalau engkau menghadapi rintangan berat yang engkau tak dapat lalui atau atasi, kembalilah memikirkan jalan atau cara untuk mengatasinya.
Bugis di Kalimatan Barat
kedatangan orang Bugis di Kalimantan Barat bermula dari kedatangan Daeng Mataku yang menikah dengan Ratu Malaya, salah seorang anak Pangeran Agung dari Kerajaan Sukadana. Daeng Mataku ini pernah membantu menyerang Istana Sultan Zainuddin; pada tahun 1710 atas suruhan Pangeran Agung, saudara kandung Zainuddin. Kerana jasanya itu, Daeng Mataku diangkat menjadi panglima. Keturunan Daeng Mataku kini tersebar di daerah Sukadana dan sekitarnya.
            Atas permintaan Sultan Zainuddin untuk mengatasi perang saudara di kerajaannya, kemudian datang pula Upu Daeng Manambon asal Luwuk bersama saudara-saudaranya, Upu Daeng Merewah, Upu Daeng Perani, Upu Daeng Celak dan Upu Daeng Kemasi. Mereka berhasil memenangi perang tersebut. Upu Daeng Manambon kemudian digelari Pangeran Emas Surya Negara dan menikahi Puteri Kesumba, anak Sultan Zainuddin dengan Utin Indrawati dari Kerajaan Mempawah. Daeng Menambon kemudian menggantikan Panembahan Senggauk sebagai raja di Mempawah. Untuk mengenang kedatangan Daeng Menambon ke Mempawah, hingga kini masyarakat Mempawah mengadakan upacara robo’-robo’.
            Dalam perkembangannya, orang Bugis kini tersebar di seluruh wilayah Kalimantan Barat dan bercampur dengan etnik lain yang ada, terutama Melayu. Di Ketapang mereka menetap di Sungai Puteri, Satong, Siduk, Semanai, Melinsum, Sukadana, Rantau Panjang dan Teluk Batang. Di Pontianak terdapat di Segedong, Teluk Pakedai, Batu Ampar, Sungai Kakap dan beberapa kawasan di kota Pontianak.
            Di kota Pontianak ada dua kampung Bugis, iaitu Bugis Dalam dan Bugis Luar. Keduanya terletak di kawasan Tanjung Hilir, bersebelahan dengan Kampung Arab dan Keraton Kadariyah. Kampung Bugis tersebut sudah ada sejak zaman kesultanan Pontianak, didirikan seorang Bugis kerabat keraton Pontianak, Syarif Acmad yang berkahwin dengan Daeng Madiana, seorang gadis Bugis dari daerah Donggala. Pada masa ini Kampung Bugis tidak lagi hanya dihuni oleh orang Bugis, tetapi juga penduduk dari suku lain, seperti Melayu, Cina, Madura, Sunda, Jawa dan Dayak.
            Orang Bugis terkenal pekerja keras dan kuat, serta masih memegang teguh adat dan tradisi mereka. Di Segedong misalnya, mereka masih melaksanakan upacara adat ritual kelahiran, kematian dan adat lainnya.

5.3 Bugis di Pulau Serangan
Pulau Penyu atau Pulau Serangan di sebelah selatan Pulau Bali bukan hanya hamparan pasir putih dan panorama menarik sahaja. Namun sejarah tentang keturunan antara warga berbeza suku. Di pulau ini ada suku yang Bugis beragama islam dan mejoriti suku lain di pulau ini beragama Hindu. Mereka hidup bersama di dalam satu perkampungan iaitu Kampung Bugis. Usman dan Ali, contoh dari warga Kampung Bali yang lahir dari darah Sulawesi dan Bali. Ayah mereka Alkam berasal dari Sopeng, Sulawesi Selatan dan ibunya, Made Rentik asli dari Pulau Serangan. Setelah menikah, Made Rentik memeluk agama Islam dan mengganti namanya menjadi Aisyah.Usman dan Ali merupakan contoh hasil perkawinan campuran antara suku Bugis dan suku Bali.
sejarahnya kampung itu tetap disebut Kampung Bugis. dikatakan orang Bugis berlabuh di Pulau Serangan pada abad 17 atau setelah Belanda menguasai Kerajaan Gowa. Rombongan yang dipimpin Syekh Haji Mukmin meninggalkan Gowa kerana tidak setuju dengan peraturan Pemerintah Belanda. Pada ketika itu Belanda sangat mementingkan kehidupan maritim setempat. Menurut kenyataan M. Mansyur.
“Jadi ada dua kelompok. Satu pro-Belanda satu lagi anti-Belanda. Kelompok anti-Belanda terdampar di bahagian timur Pulau Serangan,”
Setibanya orang Bugis di Pulau Serangan orang-orang Bugis mulai membangun perkampungan. Kedatangan mereka diketahui oleh Raja Badung yang menguasai Pulau Serangan. Kelompok Syekh Haji Mukmin diundang ke kerajaan dan dimintai keterangan maksud datang ke Pulau Serangan. Raja Badung, Ida Cokorda Pemecutan XI membenarkan kedatangan orang bugis, masyarakat Pulau Serangan sudah mempunya ikatan sejarah dan darah dengan orang-orang Bugis. Raja Bandung Ida Cokorda telah berkata.
“Leluhur kami ada menikah dengan seorang putri raja di Jawa. Ini bukan soal Bugis saja. Maduranya ada, percapuran darah mereka. Walaubagaimanapun masa lalu, kita ada hubungan erat dengan Bugis,”
Ida Cokorda menunjukkan lokasi di luar Pulau Serangan, namun kerana asal usul orang Bugis merupakan suku yang tinggal dekat dengan laut. Mereka memohon untuk pindah kembali ke Pulau Serangan. Permohonan mereka dipersetujui.
            orang-orang bugis masih mewarisi dunia nelayan. Keluarga bugis di Kampung Bugis,juga ada yang memilih kerja selain dari pelaut.ada dikalangan mereka berkerja dalam  Industri hasil dari kepesatan pembangunan secara perlahan-lahan mengubah pola hidup warga setempat.       
Orang bugis yang masih meneruskan warisan pekerjaan nenek moyang mereka melakukan aktiviti menyelam di laut. Mereka menyelam dengan peralatan tradisional untuk memanah ikan. Hampir segala jenis ikan boleh ditangkap dengan menggunakan kaedah tradisional ini antara hasil yang diperolehi adalah ikan hias iaitu ikan yang dijadikan perhiasan dalam akurium di rumah. Ikan tersebut dijual atau untuk kegunaan mereka sendiri.
            kehidupan Kampung Bugis pulau Serangan yang berpegang teguh kepada agama islam dapat dilihat pada masa azan magrib berkumadang. Setelah kumandangnya azan magrib, seluruh penduduk bugis akan datang ke Masjid Assyuhada yang merupakan satu-satunya masjid di Kampung Bugis. Untuk menunaikan solat magrib, anak-anak berkumpul untuk belajar mengaji. Amalan ini diwarisi dari nenek moyang mereka di Sulawesi Selatan.
            Kecintaan warga Kampung Bugis terhadap Islam, boleh dilihat sejarah nenek moyang, adat istiadat Suku Bugis dari sebuah al-quran tua. Mereka memelihara al-quran tua itu kerana kononnya dibawa oleh Syekh Haji Mukmin. Ayat-ayat suci yang ditulis dalam lembaran kertas masih boleh dibaca dengan jelas. Kitab itu dibungkus dengan kain tebal berwarna hijau agar tidak rosak.

5.4 Suku Bugis Di Samarinda

Berdirinya Kota Samarinda, bermula dari kedatangan sekelompok suku Bugis Wajo dari Kerajaan Gowa yang dipimpin oleh La Mahong Daeng Mangkona (bergelar Pua Ado yang pertama), yang datang ke daerah Kerajaan Kutai akibat dari menentang perjanjian Bongaja. Kerajaan Kutai menerima kedatangan kelompok Bugis Wajo di Samarinda kerana mereka memerlukan rakyat yang ramai untuk membantu kerajaan Kutai dalam menentang Belanda. Mereka diizinkan bermukim di hilir sungai iaitu di Samarinda Seberang.
Orang-orang Bugis Wajo ini mulai bermukim di Samarinda pada bulan Januari 1668. Pada tarikh tahun inilah ditetapkan sebagai Hari Jadi Kota Samarinda, yaitu tanggal 21 Januari 1668.
Kemahiran orang Bugis Wajo adalah menenun kain. Mereka telah menjadikan kemahiran mereka sebagai satu kerja. Mereka telah melibatkan diri dalam industeri penenunan kain. Obyek wisata ini merupakan tempat memproses pembuatan sarung tradisional Samarinda, yang berjarak 8 km dari pusat kota Samarinda. Obyek tersebut telah dilengakapi sarana dan prasarana wisata.  tenun sarung ini pada mulanya dibawa oleh pendatang suku Bugis dari Sulawesi yang berdiam di sebelah Mahakam
Description: http://www.samarinda.go.id/tempat-wisata-di-samarinda?q=image/view/9757
(sekarang menjadi Samarinda Seberang). Alat tenun yang digunakan para penenun kain adalah  alat tradisional dikenali sebagai “Gedokan” atau penggunaan Alat Tenun Bukan Mesin. Produk yang dihasilkan untuk 1 helai sarung memakan masa tiga minggu.
5.5.0 Sejarah Bugis Di Tanah Melayu
5.5.1Salasilah Keturunan BUGIS di Malaysia
Raja Kecil yang telah menawan dan memerintah Johor-Riau-Lingga sabagai Sultan Ke-12, pusat pemerintahan Raja Kecil berpusat di Siak, Sumatera pada tahun 1718. Raja Sulaiman[3] dan Bendahara Paduka Tun Abdul Jalil,[4]yang berkampung di Kelang untuk mendapatkan balik kerajaan Johor-Riau-Lingga dari Raja Kecil.
Sebaik sahaja orang Bugis menerima persetujuan dari Raja Sulaiman, angkatan Bugis Luwok datang dengan tujuh buah kapal menuju ke pusat kerajaan Johor-Riau di Riau untuk menyerang. Kerajaan Johor-Riau peristiwa peperangan itu berlaku dalam tahun Hijrah 1134. Sebagai ganjaran, Raja Sulaiman bersetuju untuk melantik seorang Bugis Luwok menjadi Yang Dipertuan Muda di Riau, bagi mempertahankan agama dan kerajaan Johor, Riau dan Lingga dari diserang dari luar dan dalam.
Namun demikian perampasan balik kuasa oleh Raja Sulaiman dari kerajaan kecil hanya sementara sahaja. Orang Raja Kecil telah Berjaya menawan semula pemerintahan Johor-Riau. Setelah Riau berjaya ditawan, orang-orang Bugis Luwok balik ke Kelang untuk mengumpulkan orang Bugis untuk menyerang kerajaan Johor-Riau yang telah dapat menawan Riau kembali dari Raja Sulaiman iaitu raja bendahara. Sebaik sahaja mendapat tahu penawanan semula Riau oleh Raja Kerajaan Johor-Riau-Lingga, Bugis Luwok, dengan 30 buah kapal, menuju ke Riau untuk berperang sekali lagi. Di dalam perjalanan, mereka menawan Linggi, sebuah daerah di Negeri Sembilan yang ketika itu dibawah kuasa kerajaan Johor-Riau-Lingga. Setelah mendapat tahu tentang penaklukan itu, pasukan raja kerajaan Johor-Riau-Lingga segera ke Linggi untuk menyerang balas.[5]
Pihak Bugis Luwok telah berpecah dimana 20 buah daripada kapal meneruskan perjalanan menuju ke Riau dan diketuai oleh tiga orang daripada mereka. Sultan Sulaiman  telah datang dari Terengganu dan turut serta memberi bantuan untuk menawan semula Riau. Dalam peperangan ini, mereka telah berjaya merampas kembali tapak kerajaan Johor-Riau di Riau dimana kemudiannya Sultan Sulaiman I mendirikan kerajaan baru Johor-Riau.
Setelah mengetahui penawanan tapak kerajaan Johor-Riau di Riau, Raja Kecil, raja kerajaan Johor-Riau-Lingga kembali ke Siak kerana baginda juga telah gagal menawan semula Linggi dari tangan Raja Sulaiman. Pada tahun 1729, Bugis Luwok sekali lagi menyerang raja kerajaan Johor-Riau-Lingga di Siak ketika Raja Kecil ingin memindahkan alat kebesaran Diraja Johor-Riau-Lingga (sebuah meriam) ke Siak. Setelah mengambil semula kebesaran Diraja tersebut, Sultan Sulaiman I kemudiannya naik takhta Johor-Riau-Lingga sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran "Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah" yang memerintah Johor, Riau, dan Lingga.
Sultan Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau pertama dari Sapuloh. Kemudian adik perempuannya, Tengku Tengah, pula dikahwinkan dengan Daeng Parani yang mana suaminya telah mangkat di Kedah semasa menyerang raja kerajaan Johor-Riau Sultan A Jalil Rahmat Raja Kecil Shah disana. Seorang lagi adik Sultan Sulaiman Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng Chelak (1722-1760).
Dalam tahun 1730-an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan raja kerajaan Siak mengacau ketenteraman Kelang; negeri Melayu yang diserahkan kapada orang Bugis Luwok sabagai upah membantu Sultan Sulaiman I mendapat kembali kerajaan Johor-Riau-Lingga. Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan dan kemudiannya beliau lari ke Siak. Semenjak itu, Daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor.
Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimanapun, Daeng Chelak telah menamakan salah seorang daripada puteranya, iaitu Raja Lumu, datang ke Kuala Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745.

Raja Lumu (1742-1778)
Daeng Lumu adalah punca kerajaan awal di Kuala Selangor. Daeng Lumu dilantik menjadi Yang DiPertuan Kelang pertama, dan Daeng Loklok dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela.
Sultan Iskander Zulkernain (1752-1765), Raja Kerajaan Perak ke-15 pun menyambut utusan dari Daeng Lumu di Kuala Bernam sebagai pertemuan dengan baginda. Ketibaan Daeng Lumu disambut dengan penuh istiadat raja. Setelah semua ujian itu tidak mendatangkan apa-apa bencana terhadap Daeng Lumu, baginda Sultan Iskander Zulkernain pun mengesahkan perlantikan tersebut; setelah Sultan Sulaiman I, Raja Kerajaan Johor-Riau-Lingga menolak permohonan Bugis Luwok Diraja sabagai Raja Kelang. Pertabalan penuh sejarah itu dilakukan di Pulau Pangkor dalam tahun 1756. Selesai sahaja pertabalan, Raja Lumu pulang ke Kuala Selangor.
Itulah Raja Selangor yang pertama bersemayam di atas Bukit Selangor yang dikenal dengan nama "Bukit Malawati". Menurut Tuffatul al Nafis karangan Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau, disitu ketika Tengku Raja Selangor (Raja Lumu) pergi bermain ke Pulau Pangkor, Raja Lumu dijemput oleh Yang DiPertuan Perak untuk mengadap. Kemudian Raja Lumu pun berangkat pulang ke Kuala Selangor.
Kemangkatan Raja Lumu meninggalkan empat orang anak, iaitu Raja Ibrahim, Raja Nala, Raja Punuh dan Raja Sharifah. Baginda juga telah melantik seorang Bugis bernama Daeng Loklok bergelar Datuk Maharaja Lela Husain. Seorang daripada anak perempuannya bernama Cik Long Halijah berkahwin dengan Raja Ibrahim, putera Raja Lumu dan juga Raja Selangor Kedua.
Raja Lumu mangkat dan dikebumikan di atas Bukit Selangor dan dinamakan "Marhum Salleh". Baginda memerintah kerajaan Daeng Lumu adalah punca kerajaan awal di Kuala Selangor. Daeng Lumu dilantik menjadi Yang DiPertuan Kelang Pertama, Daeng Loklok dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela.
Kemangkatan Raja Lumu meninggalkan empat orang anak, iaitu Raja Ibrahim, Raja Nala, Raja Punuh dan Raja Sharifah. Baginda juga telah melantik seorang Bugis bernama Daeng Loklok bergelar "Datuk Maharaja Lela Husain". Seorang daripada anak perempuannya bernama Cik Long Halijah berkahwin dengan Raja Ibrahim, putera Raja Lumu dan juga Raja Selangor kedua. Raja Lumu mangkat dan dikebumikan di atas Bukit Selangor dan dinamakan "Marhum Salleh". Baginda memerintah dari tahun 1743 (1756) hingga 1778.

Sultan Ibrahim (1778-1826)
Raja Ibrahim, putera sulung Sultan Salehuddin, dilantik menjadi Sultan Selangor kedua, adiknya Raja Nala dilantik menjadi Raja Muda dan dua orang yang lain menjadi Orang Besar bergelar di Selangor. Sultan Ibrahim dianggap seorang sultan yang berani berhati waja di samping mempunyai pengalaman yang melalui percampurannya semasa dari kanak-kanak lagi.
Bunga peperangan dan perang kecil sentiasa berlaku antara orang Bugis dengan orang Belanda sejak tahun 1740-an lagi. Api ini terus menyala selepas 14 Januari, 1784. Peperangan inilah yang mengakibatkan mangkatnya Raja Haji oleh Belanda, kemudiannya dimakamkan di Teluk Ketapang digelar "Marhum Ketapang".
Kemangkatan Raja Haji menimbulkan kemarahan Sultan Ibrahim menyebabkan selangor terlibat secara langsung dari persengkitaan antara Belanda dengan Johor itu. Sebagai persiapan berjaga-jaga dari serangan Belanda terhadap Selangor, Sultan Ibrahim telah membina dua buah kota. Kota batu atas Bukit Selangor dan kota tanah di atas Bukit Tanjung.Sangkaan ini tepat, pada 2 Ogos 1784, Belanda meyerang dan menakluki kedua-duanya kota tadi. Sultan Ibrahim dengan orang-orangnya lari ke Ulu Selangor, lalu ke Pahang menemui Bendahara Ab. Majid meminta bantuan.

5.5.2Sejarah kesultanan Selangor
Sultan Muhamad 1778 – 1826
Sebagai ganti Sultan Ibrahim ditabalkan Raja Muhammad iaitu Raja Muda. Walaupun baginda bukan anak isteri pertama bergelar Sultan Muhammad bersemayam di Kuala Selangor. Pentadbiran baginda yang lemah itu menyebabkan Kuala Selangor menjadi sarang perompak. Buktinya peristiwa pembunuhan beramai-ramai terhadap Orang Melayu oleh Cina di Lukut tidak diambil tindakan, sedangkan baginda sendiri banyak berhutang kepada saudagar-saudagar di Melaka.
            Perbuatan berhutang ini sehingga melibatkan baginda sendiri hendak dicolek oleh saudagar-saudagar di Melaka. Nasib baginda agak baik, menatu Raja Juma’at memberikan jaminanakan melangsaikan segala hutang-hutang tersebut.Dari kelemahan baginda inilah yang menyebabkan seorang keluarga Diraja Selangor bernama Raja Busu dengan sewenang-wenangnya membuka Lukut kerana bijih timahnya tetapi tidak membayar ufti kepada Sultan Muhammad.
            Kelemahan-kelemahan baginda ini juga membuka luas pintu perang saudara di Selangor. Baginda juga terlalu suka memberikan sesuatu kawasan di bawahnya itu kepada menantu tidak kepada anak lelaki baginda. Seperti mana yang terdapat Kuala Lumpur diserahkan kepada Raja Abdullah, Klang pada mulanya diberikan kepada anak lelakinya, Raja Sulaiman, tetapi apabila berlaku sesuatu Klang diserahkan pula kepada menantunya. Sementara Lukut pula diserahkan kepada Raja Juma’at iaitu menantu baginda.
            Sikap memberikan kuasa Selangor dari anak kepada menantu ini menimbulkan perang saudara antara Raja Mahadi (anak saudara) menentang beliau. Begitu juga berkuasa mentadbirkan negeri Selangor sendiri juga diserahkan kepada Raja Ab. Samad suami Tengku Atfah, turut membangkitkan peperangan saudara. Kuasa menantu ini lebih meluas dan menjadi kemarahan rakyat, apabila pentadbiran Selangor diserahkan oleh Sultan Ab. Samad kepada menantunya Tengku Kudin. Kesemua perang saudara ini secara tidak langsung melibatkan Kuala Selangor.
            Dari pergolakan ke pergolakan yang lain menyebabkan Selangor dalam keadaan kacau-bilau. Akhirnya baginda mangkat dalam keadaan negara yang tidak stabil pentadbirannya. Baginda dimakamkan di tempat yang sama di atas Bukit Selangor.Dengan kemangkatan sultan Muhammad, Sultan Selangor tidak lagi bersemayam di Jugra. Perpindahan tersebut berlaku kerana pergeseran antara orang-orang besar di Kuala Selangor mengenai penggantian sultan. Pemeterian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1927 Diantara Sultan  Selangor, Perak, Negri Sembilan dan Pahang.
            Pergolakan antara Raja Muhammad, putera Sultan Muhammad dengan Tengku Ampuan basik yang masih kecil dilantik sebagai Raja Muda dan dipangku oleh Raja Juma’at (Lukut) berterusan kepada perang saudara.Ketiga-tiga makam almarhum tersebut masih terdapat hingga ke hari ini dan terpelihara dengan baik di atas Bukit Selangor bersama pusara yang lain.
            Setelah pentadbiran Selangor berpindah ke Jugra, di Kuala Selangor hanya tinggal seorang wakil sultan untuk memungut cukai di Sungai Selangor iaitu Raja Musa, putera Sultan Ab. Samad. Apakala wakil sultan ini dihapuskan, Kuala Selangor hanya tinggal di bawah pimpinan seorang pembesar daerah berjawatan Yang Dihormati Datuk Penggawa Paduka Mahabijaya Permatang dan Kuala Selangor, iaitu salah seorang dari empat orang besar Selangor.
            Jawatan ini bermula pada tahun 1785 semasa Selangor diperintahkan oleh Sultan Ibrahim. Orang yang pertama tidak diketahui tetapi nyata jawatan tersebut diteruskan hingga ke pemerintahan Sultan Alauddin Sulaiman Syah yang bersemayam di Klang. Pada 20hb. Oktober, 1898, Sultan Sulaimantelah melantik seorang besar Penggawa Permatang iaitu :  
1.         Datuk Haji Ahmad bin Baba, bergelar Datuk Penggawa Tua Permatang Paduka Mahabijaya.
2.         Datuk Haji Mohd. Shah, digelar pada tahun 1916.
3.         Datuk Ismail bin Mohd. Shah, digelar pada 13hb. Mei, 1948.
4.         Datuk Hj. Ibrahim bin Datuk Ismail, dilantik pada 13hb. Mei, 1958 bergelar Paduka Mahabijaya Permatang dan Kuala Selangor.
            Mengikut setengah pendapat, di Jeram dahulunya ada seorang ketua bernama Datuk Mafak dikatakan mati tertembak peluru emas, lepas itu digantikanoleh adiknya bernama Datuk Sulaiman. Dari keturunan inilah yang digelar oleh Sultan Sulaiman sebagai Penggawa Permatang itu. Disebabkan Permatang merupakan sebuah kampung Diraja Selangor, itulah sebabnya orang besar daerah tersebut diminta berada atau disebut Penggawa Permatang.


6.0 SEJARAH BUGIS DI SELANGOR

6.1 SEJARAH PENGHIJRAHAN ORANG BUGIS KE SELANGOR
Salah satu sebab utama kenapa wujudnya petempatan Bugis dipelbagai tempat atau Rantau yang berhampiran dengan Sulawesi ialah kerana sifat semula jadi atau adat keturunan bugis yang suka hidup merantau. orang bugis terkenal dengan budaya merantaunya.[6] Menurut Riwanto Tirtosudarmo kegiatan merantau dikaitkan dengan kegiatan mencari rezeki. Yang mencerminkan kemampuan yang mereka miliki untuk berpindah dan menyesuaikan dalam lingkungan baru.[7] Kegiatan merantau keluar dari pulau Sulawesi merupakan satu kegiatan yang menjadi amalan nenek moyang mereka. Malahan menjadi satu tradisi hidup orang Bugis. Bagi orang bugis kegiatan merantau adalah penting dalam kehidupan masyarakat Bugis. Kegiatan merantau ini telah menjadi sebati dengan kehidupan mereka. Setiap anak-anak bugis di ditanam semangat untuk berlayar dan merantau dengan cara menceritakan kepada mereka tentan kisah perantauan tokoh-tokoh seperti Sawerigading, La GaligoKegiatan, La Ma Dukenlleng Arung Singkang,[8] Sekh Yusuf[9]( menantu sultan Banten Tunilabu Ri Suriwa, dan lain-lain. Pada kebiasaannya cerita merantau dan kepahlawanan akan dibaca pada maslis-majlis keramaian seperti majlis perkhawinan. Para ibu bapa juga akan memainkan peranan dalam mendidik anak mereka supaya menjadi seorang perantau. Mereka akam mendidik anak-anak mereka dengan menyanyikan lagu-lagu Pelaut. Lagu ini akan dinyanyikan oleh para ibu Bugis pada masa hendak mendodoi anak Tidur.[10]  

 merantau telah menjadikan masyarakat Bugis banyak tinggal di pelbagai pulau, Negeri dan rantau yang bertaburan di sekitar Pulau Sulawesi. Orang Bugis boleh dilihat tinggal di pelbagai kawasan termasuk di pulau subawa, Lombok, Bali, Jawa, Sumatera, Borneo dan semenanjung tanah Melayu. Di semenanjung Tanah Melayu Selangor dan Johor merupakan tempat yang menjadi tumpuan utama masyarakat bugis yang berhijrah dari pulau Sulawesi.
Penghijrahan orang Bugis di Selangor juga dipengaruhi oleh beberapa sebab yang mendesak mereka keluar dari pulau Sulawesi. Kekacauan politik dalam masyarakat bugis di Pulau Sulawesi merupakan salah satu sebab selain dari budaya merantau. penghijrahan orang bugis ke merata-rata tempat. Sebelum kedatangan Belanda ke tanah Bugis kekacauan politik sudah berlaku, kekacauan politik telah berlaku akibat dari perebutan kuasa antara pihak pembesar. Setiap pembesar merasakan diri mereka kuat dan lebih layak dari orang lain. Setiap pembesar bugis berusaha untuk mendapatkan kuasa. Dalam usaha pembesar merebut kuasa telah berlaku pelbagai kekacauan politik di Tanah Bugis.[11]Keadaan yang huru hara yang berlaku di Tanah Bugis ini telah melemahkan kegiatan Ekonomi orang Bugis. Keadaan yang huru hara ini telah mendorong orang Bugis keluar dari tanah Bugis untuk mencari penghidupan baru di tempat baru.

6.2 kehidupan orang Bugis di Bayu Utama, Kelang, Selangor
Menurut Nahana Dalek orang orang bugis mempunyai satu budaya yang tidak dapat di buang oleh orang bugis sehingga sekaran. Budaya tersebut dikenakli sebagai merantau. Budaya merantau merupakan satu budaya yang masih diamalkan oleh masyarakat bugis sehingga ke hari ini. Masyarakat bugis melakukan aktiviti merantau pada zaman dahulu untuk melakukjan aktiviti berdagang, mencari tempat tinggal baru, mencari pengalaman dan sebagainya. Malahan pada masa dahulu ada orang tua-tua Bugis mengatakan terdapat pelayar Bugis yang telah sampai ke Afrika dengan menggunakan  Kapal pinisi[12].
Kapal pinisi
Description: C:\Documents and Settings\Administrator\Desktop\kapal-pinisi.jpg

pada zaman moden ini konsep merantau ini berubah, pada zaman sekarang mereka merantau untuk mencari rezeki di tempat orang. Selangor merupakan salah satu tempat yang menjadi distinasi mereka. Mereka akan berkerja di Selangor dalam pelbagai bidang ada yang berkerja di bidang Profesional. Manakala, mejoriti pekerjaan yang dilakukan oleh orang Bugis di Selangor sebagai buruh kasar.
Hasil dari kegiatan merantau untuk tujuan mencari rezki ini telah wujud petempatan bugis di Selangor. Malahan ada yang berkahwin dengan orang tempatan. Perkawinan dengan orang tempatan ini telah mewujudkan satu perkembangan keluarga Bugis di Selangor. Seperti Nahana Dalek berkahwin dengan orang tempatan dan telah mendapat kewarganegaraan secara tidak langsung telah menambah bilangan Orang Bugis di Selangor. Pertambahan bilangan Orang Bugis di Selangor juga boleh berlaku dengan pendatang haram. 

Kedatangan orang bugis ke Selangor ada yang datang mencari rezeki dengan secara haram. Mereka juga ada yang telah tinggal di selama 12 tahun tampa mendapat pengesah. Ada yang telah mati pasportnya. Seperti Arnya tinggal di di Bayu Utama, Kelang untuk menemani suaminya yang berkerja di Selangor telah mati pasportnya tetapi beliau telah tinggal di Selangor.
            Kehidupan orang bugis di Selangor hidup secara berkelompok, jika dilihat kehidupan mereka di rumah-rumah flat Bayu utama, kelang mejoriti penduduknya adalah dari suku bugis. Menurut Dalek hampir 70 peratus penduduknya adalah dari suku Bugis.[13] Kehidupan harian mereka sangat Unit. Orang Bugis hidup dalam satu ikatan persaudaraan yang kuat. Jika dilihat semasa temuramah diadakan mereka keluar masuk dalam rumah responden seolah-olah rumah mereka sendiri. Malahan yang menjadi satu kelainan dari cara hidup orang melayu lain. Dimana, setiap rumah di kawasan flat milik Bugis pintu rumah sentiasa terbuka dan anak-anak  jiran tetangganya mereka keluar masuk bermain di rumah tersebut.   Keadaan ini menunjukkan perhubungan antara satu keluarga Bugis dengan keluarga Bugis lain mempunyai ikatan tradisi yang kuat.
Orang Bugis walaupun Hidup di dalam Negara orang mereka masih ada sifat semula jadi mereka iaitu gigih dan mempunyai semangat berdikari. Dari semangat inilah mereka berusaha untuk membangun ekonomi suku mereka. Mereka tidak perlu pertolongan dari suku lain. Mereka gigih dalam menjayaka kegiatan ekonomi mereka. Jika dilihat Kegiatan ekonomi di sekitar Bayu utama dimonopoli oleh Orang Bugis. Kegiatan perniagaan contohnya, pasar malam boleh dikatakan hampir kesemua peniaganya terdiri dari orang Bugis.[14]

6.3 Kehidupan social
Kehidupan social masyarakat Bugis mempunyai cara dan tradisi mereka tersendiri. Dalam setiap kehidupan pelbagai masyarakat mempunyai adat dan  budaya yang mempengaruhi kehidup sosial mereka, dalam masyarakat bugis mempunyai kehidupan social yang banyak di pengaruhi oleh adat, pantang larang, cara perkahwinan, dan Hirarki social mereka tersendiri. 

Makanan
Makanan Tradisi utama Masyarakat Bugis adalah Nasu Buku iaitu sejenis nasik sup. Nasu Buku bermaksud Masak tulang. Nasu Buku ini biasanya dimakan dengan serunding. Makanan ini masih menjadi makanan Orang Bugis di Selangor mereka masih membuat makanan Tradisi ini untuk di Buat jamuan untuk tujuan majlis keramaiaan dan juga adakala di buat untuk makanan seharian.
            Pisang ombong juga menjadi salah satu makanan tradisional bigis. Pisang Ombong ini dibuat dari pisang yang telah dihancurkan. Pisang yang telah di hancurka itu akan di bungkus dengan menggunakan daun pisang. Yang istimewanya makanan ini adalah makanan diraja. Jika masa dahulu makanan ini hanya khas di sediakan untuk raja sahaja. Rakyat biasa yang tidak boleh makan makanan ini.
            Selaindaripada makan tradisional, orang Bugis juga mempunyai adat yang Tersendiri dalam cara makan. Setiap masyarakat Bugis tidak di benarkan makan pada waktu senja dan antara mangrib dengan Isyak. Menurut Farisal Larangan ini mempunyai maksud Tersurat. Menurut pendapat beliau kemeungkinan besar larangan ini dibuat kerana pada masa itu tidak sesuai untuk makan kerana orang Bugis biasanya terdiri dari orang Islam. Jadi tidak sesuai untuk makan pada masa itu. Pada masa itu adalah waktu umat islam mendirikan solat. Menurut Arnya pula orang Bugis biasanya solat secara berjemaah. Jadi jika makan pada waktu itu Solat secara berjemaah akan tertinggal. Malahan menurut Arny lagi, orang Bugis terdiri dari petani jadi pada waktu itu mereka baru pulang dari sawa. Mereka akan berhenti rehat sekejap dan solat dahulu kemudian baru menjamu makan.
 Menurut Arny amalan adat tidak makan waktu senja dan antara solat magrib dengan Isyak ini sudah tidak lagi di amalkan oleh orang bugis zaman sekarang samaada di Selangor atau di Sulawesi. Amalan lama ini sudah dianggap oleh generasi baru sebagai kuno, kolot, tradisional dan sudah tidak boleh dipakai lagi. Golongan muda sekarang sudah menganggap waktu makan sekarang sudah tidak mempunyai masa yang tetap kerana sebab pekerjaan mereka ada yang kerja malam perlu makan makan pada waktu magrib kerana pada belah malam mereka akan memulakan kerja.[15]
            Menurut Ibrahim yang mendengar nasihat dari atuknya ketika makan tidak boleh buang nasik takut nanti nasik dalam perut akan menjadi cacing.[16] Adat ini sebenarnya berbentuk satu nasihat dengan cara menakutkan kanak-kanak yang selalu membuang makanan. Selain itu, nasihat dalam adat ini untuk mengelak dari berlaku pembaziran makanan. Dalam Nasihat ini juga dapat dilihat cara yang halus digunakan oleh orang tua Bugis dalam menasihati orang Bugis supaya tidak melakukan perbuatan yang tidak baik terhadap makanan. 
            Segala adat dalam makan yang ada dalam masyarakat bugis adalah bertujuan menasihati orang Bugis supaya makan dengan cara sopan dan tidak melakukan pembaziran. Dalam adat ini orang tua Bugis telah mengada-adakan pelbagai ancaman yang akan menakutkan masyarakat bugis. Pada hal sebenarnya terdapat nasihat yang tersembunyi disebalik mitos yang diada-adakan itu. Dengan cara ini telah memberikesan yang besar kepada kehidupan orang bugis.

Pantang Larang
Dalam kehidupan orang Bugis pantang larang dalam kehidupan dalah penting. Pantang larang merupakan satu garis panduan dalam kehidupan orang Bugis. Pantang larang akan menghalang orang Bugis melakukan sesuatu yang di anggap oleh orang bugis sebagi sesuatu yang tidak wajar. Pantang larang ini diwujudkan oleh orang tua-tua Bugis di Sulewesi Selatan dan di perturunkan dari satu generasi kegenerasi sehinggakan tradisi ini masih diamalkan di kalangan Orang Bugis. Pantang larang ini akan di bawa kemana sahaja dalam kehidupan orang Bugis tidak kira dimana mereka berada termasuklah orang Bugis yang tinggal di Selangor.
            Menurut farizal ada pantang larang menghalang orang mengandung dan juga orang ramai tidak boleh keluar pada waktu senjua kerana pada masa ini syaitan berkeliaran. Menurut beliau jika kita melanggar patang ini kita mudah terkena sihir. Pada waktu ini sihir yang di hantar oleh orang yang dengki dengan kita mudah mengenai kita. Malahan rasukan syaitan juga mudah terkena. Syaitan mudah merasuk mereka yang berkeliaran diluar rumah. Malahan menurut orang tua-tua Bugis pada waktu ini kanak-kanak dan juga orang dewa perlu berada dirumah dan menutup setiap pintu rumah supaya syitan tidak boleh masuk. Menurut Farisal adat ini tidak dilupai oleh masyarakat Bugis yang tinggal di Selangor mereka masih mengamalkan adat ini.[17]
            Menurut Muhammad Ibrahim Pula ada atuknya menasihati beliau supaya tidak bermain diwaktu tengah hari. Hal ini kerana kanak-kanak di tegah bermain tengah hari  disebabkan ada Palakan iaitu sejenis hantu yang akan menghisap otak kanak-kanak. Atuknya juga ada melarang beliau bermain di waktu senja kerana pada masa ini Langga iaitu hantu tinggi akan muncul pada waktu itu. Langga akan makan kanak-kanak yang berkeliaran pada waktu senja. Menurut Muhammad Ibrahim sebenarnya larangan orang tua Bugis ini sebenarnya bukan tujuan untuk menakutkan kanak-kanak dan mempunyai unsur tahyul tetapi sebaliknya dengan cara ini kanak-kanak mudah menerima nasihat orang tua. Yang sebenarnya tidak wujud semua benda-benda itu.

Perkahwinan
Dalam adat perkahwinan orang Bugis ada kelainan sedikit dengan orang melayu. Orang melayu mempunyai dat merisik kemudian bertunang dan akhir sekali baru berkahwin. Tetapi menurut Muhammad Ibrahim adat Bugis pula berbeza mereka lebih mengutamakan perkahwinan dari pertunangan dan merisik kerana bagi mereka perkahahwinan merupakan satu ikatan yang mengesahkan perhubungan antara lelaki dan perempuan mengikut islam. Pertunangan dan merisik ini hanya sebagai simbol atau pengesahan untuk berkahwin dalam pada masa yang ditetapkan. Bagi orang bugis pertunangan yang paling lama pun dalam masa 2 minggu.[18]
            Menurut orang Bugis pertunangan dalam tempoh masa yang lama akan memberi kesan yang buruk kepada keluarga pengantin. Tempoh pertunangan yang lama boleh menimbulkan syak wasangka dan Fitnah. Perhubungan yang diikat melalui pertunangan masih tidak menghalalkan lelaki dan perempuan untuk berhubung secara terus keadaan ini boleh menimbulkan fitnah oleh orang ramai.
            Pakaian pengantin bugis dikenali sebagi baju Bodo atau took. Baju ini berlengan pendek dan berkain nipis. Baju ini akan dilengkapkan dengan kain sarung sutra. Pakaian ini akan dikenakan kepada pengantin semasa bersanding. Pakaian ini menjadi kepastian kepada orang bugis semasa Kahwin.
Baju Bodo
Description: F:\images.jpeg
Pemakaian baju ini masih ada yang menggunakannya di Selangor, tetapi sudah ramai golongan muda Bugis sekarang sudah tidak memakai lagi pakaian ini. Golongan muda Bugis sekarang ini lebih suka memakai pakaian pengantin bercorak barat.

            Adat menyarung sarung sebanyak tujuh kali dilakukan kepada pengantin. Adat ini akan dilakukan dengan mengambil kain sarung kemudian si pakai kepada penganting sebanyak tujuh kali. Setiap sarung yang dipakaikan itu berlainan orang. Bagi melihat lebih jelas bagai mana cara adat ini dilakukan boleh lihat gambar di bahagian bawah.

Adat menyarung sarung sebanyak tujuh kali
Description: C:\Documents and Settings\Administrator\Desktop\Kahwin Bugis 01.png

Menurut Nahana Dalek semasa perkahwinan mereka di Sulawesi mereka di kenakan adat ini.[19] Tetapi di Selangor sudah kurang orang Bugis menggunakan adat ini. Hanya orang Bugis yang betul-betul masih mengamalkan adat Bugis sahaja masih menggunakan adat ini.
            Dalam adat persandingan juga sangat berbeza dengan masyarakat melayu. Mereka akan melakukan persandingan selama satu hari. Penganting tidak dibenarkan pergi kemana-mana selama pada hari persandingan itu. Mereka hanya dibenarkan duduk diatas pelamin sehingga sehari. Mereka hanya boleh makan, minum dan sebagainya sebanyak tiga kali dimana semasa mereka menukar pakaian. Dimana penganting akan memakai 3 pakaian yang berlainan semasa bersanding. Penganting akan melakukan penukaran pakaian antara pukul 9 hingga pukul 1, pukul 2 hingga pukul 4 , dan pukul 4 hingga pukul 7. Menurut Nahana Dalek diselangor sudah tidak lagi mengamalkan adat ini. Orang bugis sekarang lebih kepada menggunakan adat bersanding yang biasa digunakan oleh orang melayu Selangor.
Adat Persandingan Orang Bugis
Description: C:\Documents and Settings\Administrator\Desktop\Kahwin Bugis 03.png
            Dalam majlis perkahwinan makan utama yang menjadi hidangan ialah songkolot iaitu pulut yang ada 4 jenis warna iaitu putih, mereh, kuning dan hitam.  Pulut ini jika dilihat dalam masyarakat melayu sebagai pulut kuning yang diberikan semasa perkahwinan. Dalam majlis perkahwinan orang bugis makan yang di hidangkan terlebih dahulu adalah kuih. Kuih dihidangkan dengan bayak. Para tetamu akan makan kuih dahulu sebelum dihidang nasik. Tetapi adat ini tidak lagi di amalkan dalam majlis perkahwinan di kebanyakan orang bugis yang telah lama menetap di Selangor terutamanya yang telah bercampur darah suku Bugis dengan keturunan suku lain.
            Persiapan perkahwinan orang bugis sangat unit. Dalam melakukan majlis perkahwinan dapat dilihat sikap tolong menolong dan kerja sama yang tinggi dikalangan masyarakat Bugis. Setiap masyarakat bugis yang tinggal berjirang dan keluarga pengantin akan bertanggungjawab untuk membuat persediaan majlis itu. 1 minggu sebelum majlis perkahwinan itu dilakukan semua orang kampung dan waris pengantin akan mengadakan gotong-royong membuat persiapan perkahwinan. mereka akan berkerjasama membantu membuat persiapan seperti membuat bangsal, dapur, tempat persandingan dan sebagainya. Adat ini menjadi satu kepastian dalam setiap majlis perkahwinan. adat ini jika dilihat di Bayu Utama sudah kurang diamalkan tetapi masih ada diamalkan di setengah kampung. Ada sesetengah keluarga Bugis yang kaya lebih suka menggunakan kidmat catering.
            Cara jemputan perkahwinan orang bugis pula banyak menggunakan jeputan dari mulut ke mulut. Mereka suka melakukan jemputan dengan cara tradisional ini dari menggunakan kad jemputan kahwin. Mereka hanya menggunakan kad jemputan perkahwinan kepada orang bukan dari suku mereka. Kepada kawan-kawan mereka yang bukan suku mereka biasanya akan mendapat kad jemputan kahwin. Kad jemputan kahwin juga diberikan kepada mereka yang berada jauh dari kampung halaman mereka. Cara jemputan kahwin ini masih kekal diamalkan oleh masyarakat Bugis di Selangor.
          Adat berinai di lakukan kepada kedua-dua mempelai yang akan berkahwin. Adat Berinai ini juga di dikalangan masyarakat bugis sebagai adat mapaci.  Dalam persediaan melakukan adat berinai ini, akan dilakukan oleh orang muda yang belum berkahwin. Bagi mempelai lelaki akan diinaikan oleh lelaki dan mempelai perempuan akan diinai oleh mempelai perempuan. Setelah selesai menginai pengantin perempuan, rombongan gadis muda pula akan bersiap untuk berkunjung ke rumah mempelai lelaki. Tujuannya adalah untuk menghantar lebihan inai daripada bakal isteri kepada mempelai lelaki. Adat ini dipercayai sebagai satu sibul yang menunjukkan kedua-dua pihak dapat hidup lebih harmoni. [20]
Upacara mapachi (berinai)
Description: C:\Documents and Settings\Administrator\Desktop\Kahwin Bugis 04.png
Terdapat satu lagi majlis yang cukup menarik sebelum pengantin perempuan memakai inai, iaitu adat memakai bedak. Majlis ini dianggap penting untuk melicinkan kulit dan menambahkan lagi seri wajah pengantin perempuan. Bedak tersebut digelar bedak ke?cek yang bermaksud sejuk. Bedak ini dibuat sendiri dengan menggunakan beras dan diadun dengan pelbagai bahan termasuk kunyit dan ditumbuk dengan lesung. Terdapat juga pengantin perempuan yang memakai bedak ini seminggu sebelum bersanding untuk melicinkan kulit. Semasa upacara memakai bedak, pengantin perempuan hanya berkemban dan berbaring manakala bedak akan disapu ke seluruh tubuh dan dibiarkan hingga kering. Kemudian barulah pengantin itu diinai. Lebihan bedak pengantin akan disapukan pula pada wanita yang belum berkahwin. Suasana ini riuh rendah kerana ada yang dikejar kerana enggan disapukan bedak lebihan pengantin. [21]
Menurut Arnya majlis perkahwinan merupakan satu majlis yang meriah. Majlis perkahwinan lebih meriah dari suasan hari raya. Pada majlis hari raya mereka tidak ada tubangkan lembu tetapi pada majlis kahwi mereka akan menumbangkan seekor lembu untuk majlis ini. Malahan, kemeriahan hari perkahwinan ditambah lagi dengan kepulangan keluarga dari pelbagai pelusuk perantauan untuk menyambut hari perkahwinan.

6.4 HIRARKI KEHIDUPAN SOSIAL
Masyarakat Bugis mempunyai kelas-kelas kasta yang tersendiri. Kasta-kasta ini wujud dengan kuat di zaman silam tetapi telah sedikit cair di zaman moden ini. Di Malaysia kasta-kasta ini tidak begitu wujud di dalam masyarakat Melayu Bugis yang sudah bermustautin di Malaysia. Ini boleh dilihat apabila antara lain beberapa perkataan yang menunjukkan kasta dan darjat seperti ‘andi’ dan ‘daeng’ telah digunakan oleh sesiapa sahaja sebagai nama tanpa sebarang rasa sensitif.
Kasta yang paling tinggi adalah kasta keturunan diraja yang digelar ‘Andi’. ‘Andi’ akan diberikan hanya kepada sesiapa yang lahir dari keturunan diraja sahaja. Apabila berlaku perkahwinan campur, gelaran itu tidak boleh lagi diturunkan kepada generasi seterusnya.
Kasta yang seterusnya adalah kasta orang-orang kenamaan yang mereka gelar ‘Daeng’. Di antara panduan yang digunakan untuk mengenali orang Bugis di Malaysia adalah berpandukan nama Daeng yang terdapat di pangkal nama. Perkataan Daeng itu bukanlah nama orang pada peringkat awal sejarah Bugis tetapi sebaliknya ia adalah gelaran yang diberikan kepada golongan bangsawan atau orang-orang yang dihormati di dalam masyarakat Bugis. Perubahan sedikit sebanyak berlaku di dalam masyarakat Bugis di Malaysia apabila orang-orang Bugis mula menamakan keturunan dan anak-anak mereka dengan ‘Daeng’.[22]
Kasta seterusnya adalah rakyat biasa selain dari kedua-dua kasta di atas. Mereka ini membentuk majoriti masyarakat Bugis. Dengan kemajuan yang ada, lapisan di kasta ini juga telah mencapai tahap sosial yang tinggi di dalam masyarakat. Ini secara umumnya menunjukkan sedikit sebanyak perubahan telah berlaku di dalam masyarakat moden Bugis terutamanya yang menetap di Malaysia.
Jika di Makasar perbezaan kelas ini masih boleh dilihat di dalam beberapa keraian. Di antara yang ketara boleh diihat adalah di dalam majlis perkahwinan. Di dalam majlis perkahwinan akan dipagar satu kawasan khas dengan menggunakan buluh kuning. Kawasan itu adalah bagi golongan ‘Andi’. Rakyat biasa tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan berpagar tersebut.[23] Tetapi ini tidak juga menggambarkan satu perbezaan taraf yang membawa kepada perbezaan dari sudut pemberian hak di dalam kehidupan. Ini kerana apabila rakyat biasa yang memasuki kawasan khas tersebut, tidak ada hukuman yang akan dikenakan. Sebaliknya orang ramai hanya akan melabelkannya sebagai orang yang tidak tahu adat atau orang tidak sedar darjat diri.[24]
Selain dari itu masyarakat Bugis juga memandang tinggi dan menghormati ketua-ketua suku mereka. Di antara kelebihan yang diberikan kepada ketua-ketua suku ini adalah mereka berhak untuk memegang lontara. Lontaramerujuk kepada satu dokumen dari kulit binatang yang dicatit di dalamnya pedoman hidup, petua, catatan ilmu perbomohan, catatan sejarah dan lain-lain. Orang-orang tua akan menulis pedoman yang diambil dari pengalaman kehidupan mereka. Setiap peristiwa yang berulang sebanyak 40 kali secara konsisten akan dijadikan sebagai satu panduan dan dicatatkan di dalam lontara. Lontaraadalah rahsia dan tidak boleh dibuka dengan mudah. Ia hanya akan dibuka untuk tujuan-tujuan tertentu seperti untuk menyelesaikan perbalahan. Setiap kali dibuka, tujuh ekor lembu akan dikorbankan sebagai syarat untuk membukanya. Penyimpan lontara ini dianggap mulia kerana mereka memandang lontara ini sebagai harga diri suku mereka. Bahkan tidak banyak lontara yang berjaya diambil oleh kerajaan untuk disimpan sebagai bahan sejarah.[25]
Di dalam masyarakat Melayu Bugis juga terdapat satu adat ‘balas budi’. Dari sisi pandang sekali lalu ia seolah-olah seperti satu bentuk perhambaan moden. Tetapi orang Bugis tidak melihatnya sebagai satu perhambaan dan penghinaan.
Melalui adat ini satu keluarga akan berkhidmat kepada satu keluarga yang lain. Mereka akan berkhidmat secara percuma tanpa sebarang upah kecuali akan disediakan keperluan-keperluan asas. Khidmat ini akan terus berjalan sehingga ke generasi seterusnya dengan erti anak-anak keluarga itu akan juga memberi khidmat kepada anak-anak keluarga tuan tadi. Ia akan terus begitu untuk beberapa generasi.
Masyarakat Bugis tidak menganggapnya sebagai perhambaan kerana beberapa unsur yang membezakannya dengan perhambaan. Di antaranya adalah latar belakang kepada adat ini adalah konsep balas budi. Budaya ini bermula biasanya kepada dua orang yang pernah mempunyai sejarah termakan budi. Apabila seseorang menolong seorang yang lain, orang yang ditolong merasa terhutang budi lalu memberikan bakti seumur hidup kepada orang yang menolongnya. Bakti ini kemudiannya diturunkan kepada generasi seterusnya.
Di antara yang membezakannya dengan perhambaan lagi adalah kerana keluarga yang memberikan khidmat itu sebenarnya bebas untuk menguruskan kehidupannya sendiri. Beliau duduk berasingan dari tuannya. Beliau juga boleh meminta untuk tidak lagi memberikan khidmat kepada keluarga tuan. Dengan sedikit perbincangan beliau boleh keluar dan tidak terikat dengan adat ini. Tetapi kebanyakan mereka memang tidak mahu membebaskan diri mereka kerana perasaan termakan budi tadi begitu kuat di dalam diri mereka. Adat ini sukar untuk dihapuskan kerana pegangan masyarakat Bugis yang agak kuat dengan adat ini.[26]

6.5 TOKOH KEPAHLAWANAN BUGIS
Orang Bugis terkenal dengan sifat kepahlawanan dan kecekapan mengendalikan kapal di lautan. Mereka mampu belayar jauh dengan menggunakan kapal-kapal kecil buatan tangan. Sehingga hari ini sifat itu masih lagi menjadi kebanggaan masyarakat Melayu Bugis samada yang berada di Sulawesi atau pun yang sudah menetap di Malaysia.[27]
            Ini sebenarnya amat tepat dengan ungkapan yang pernah diucapkan oleh Dr. Ch. Pelras yang mengutip tulisan Tome Pires:

“….kepulauan Makassar terdapat kira-kira empat atau lima hari pelayaran lewat pulau yang baru kita sebut (Borneo), di tengah jalan kalau kita dari Malaka ke Maluku … Pulau itu berdagang dengan Malaka; Jawa, Brunei, negeri Siam dan juga dengan Pahang dan negeri Siam. Tidak ada bangsa yang lebih menyerupai orang Siam kecuali mereka …. Mereka kafir, gagah dan suka berperang. Di situ banyak bahan makanan. Orang dari pulau itu adalah perampok paling hebat di seluruh dunia, kekuatannya sangat besar dan perahunya banyak. Mereka berlayar untuk merampok dari negeri mereka ke Pegu, ke Maluku dan Banda, dan di semua pulau di sekitar Jawa … Mereka berlayar keliling pulau Sumatera. Pada umumnya mereka disebut Bajau atau Selat. Barang rampasan mereka bawa ke Jumaia dekat Pahang, tempat mereka berjualan dan mengadakan pasar terus-menerus.”[28]
Masyarakat Bugis menyanjung dua orang tokoh pahlawan Bugis zaman silam iaitu Arung Palakka dan Sultan Hasanuddin.
Arung Palakka adalah seorang pembesar dan pahlawan dari Kesultanan Bone. Beliau telah berjuang membawa kemerdekaan Bone dari kesultanan Gowa. Beliau telah bekerjasama dengan Belanda untuk menjatuhkan Makassar. Kehebatan Arung Palakka antara lain diihat melalui kejayaan membawa Bugis menjadi kuasa laut yang besar pada kurun ke 17 Masihi. Walau pun orang Bugis berbangga dengan kehebatan sejarah Arung Palakka tetapi mereka kurang menyenangi sikap Arung Palakka yang bekerjasama dengan pemerintah Belanda.

Arung Palakka lahir di lamatta, mario-ri wawo, soppeng , 15 september 1634. beliau merupakan sultan bone dari tahun 1972-1696, anak dari Lapottobunna, Arung Tanah Tengnga dengan We Tan-ri Suwi, Datu Mario-ri Wawo, anak dari La tan-ri Ruwa Paduka sri sultan adam, arumpone bone. Arung Palakka meninggal di bontoala, kerajaan gowa sekarang kabupaten Gowa pada tanggal 6 april 1969 di makamkan di bontobiraeng. Beliau meninggal dalam usia 61 tahun.
Semasa masih menjadi pangeran, beliau memimpin kerajaannya dalam meraih kemerdekaan dari kesultanan gowa pada tahun 1660-an. beliau bekerjasama dengan belanda dalam merebut kota makassar. Palakka telah membentuk satu pasukan tentera maritim yang besar dikalangan orang bugis dan mendominasi kawasan tersebut selama hampir seabad. Arung Palakka bergelar “La Tan-ri tatta To urong To-ri SompaE Petta MalampE’E Gemme’na Daeng Serang To’ Appatunru Paduka Sri Sultan Sa’admuddin, [MatinroE-ri Bontoawala], Arung Bone.
Beliau perkahwinan pertama beliau dengan Arung Kaju kemudian bercerai. Dan berkahwin pula kali kedua dengan sira Daeng Talele karaeng ballajawa pada 16 may 1668 dan bercerai pada 26 januari 1671. perkahwinan ketiga kalinya di soppeng, 20 julai 1673 dengan We tan-ri pau adda sange datu ri watu [matinroe_ri madello] datu soppeng, anak perempuan dari La tan-ri bali beowe II, datu ri soppeng. Perkahwinan yang ke empat pada 14 september 1684, dengan Daeng marannu, karaeng laikang dan meninggal pada 6 mei 1720  dari keluarga karaeng bontomanopo muhammad, dan anak dari pekampi daeng mangempa karaeng bontomanonu, gowa.
Beliau menggantikan ibunya sebagai datu Mario_ri Wawo ke 15. Kemudian mendapatkan gelaran arung palakka sebagai hadiah membebaskan rakyatnya dari penjajahan makassar. Beliau diakui oleh belanda sebagai arung pattiru, palette, dan palakka di bone dan dautu mario-ri wawo di soppeng, bantaeng, dan bontoala, 1670.
Tokoh yang lebih mendapat tempat di dalam hati orang Bugis adalah Sultan Hasanuddin. Beliau adalah raja kesultanan Gowa pada kurun ke 17 Masihi. Beliau digelar ‘ayam jantan dari Timur’. Kemungkinan beliau lebih mendapat tempat di dalam hati masyarakat Bugis pada hari ini kerana beliau melawan Belanda demi mempertahankan kerajaan Gowa.[29] Keistimewaan Sultan Hasanuddin di kalangan masyarakat Bugis hari ini dapat dilihat antaranya apabila kerajaan menamakan lapangan terbang dan sebuah universiti di Sulawesi dengan nama beliau.
Description: C:\Documents and Settings\Administrator\Desktop\Bandara Hasanuddin.jpg
            Selain itu masyarakat Bugis di Malaysia juga merasakan bahawa mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan kesultanan Selangor. Mereka mendakwa bahawa kerajaan Selangor adalah berasal dari keturunan kesultanan Bugis. Selain dari itu mereka juga mendakwa Perdana Menteri Malaysia hari ini, Datuk Seri Najib juga adalah keturunan Bugis.[30]

Sultan Hasanudin
Description: C:\Users\amALIna\AppData\Local\Microsoft\Windows\Temporary Internet Files\Content.Word\Sultan Hasanuddin 01.jpgSultan hasanudin merupakan seorang sultan yang paling di segani oleh masyarakat bugis kerana kepahlawanannya melawan belanda. Sultan hasanudin merupakan raja Gowa yang ke-16. Nama asal sultan hasanudian ialah Bakir Daeng Mattawang Kareng Bonto Mangepe. Kegigihan dan kepahlawanan Sultan Hasanudin sengga diberi gelaran sebagai ayam jantan di ufuk Timur.
Sultan Hasanudin

Pada masa pemerintahan ayahdanya orang Belanda telah menduduki tempat perdagangan  di kepulauan Maluku. Keadaan ini telah member satu ancam kepada kerajaan Gowa pada masa itu. Peperangan antara kerajaan Gowa dengan orang Belanda berlaku pada tahun 1660. Belanda dibantu oleh Arang Palakan dari kerajaan bone. Pertempuran itu berakhir dengan satu perjanjian damai pada tahun 1666.[31]
sultan hasanudin kembali berperang dengan orang belanda setelah perjanjian itu dilanggari oleh pihak belanda. Sultan hasanudin menyerang kapal-kapal belanda. Peperang sengit itu berlaku dengan kerajaan Bone diketuai oleh sultan Hasanudin dan Belanda dipimpin oleh Cornelis Spleeman. Pasukan belanda diperkuatkan dengan bantuan yang diberikan oleh arun palakka. Pertempuran itu berakhir dengan diadakan satu perjanjian yang dikenali sebagai perjanjian Bogaya pada 18 november 1667.
Namun demikian Perjanjian bogaya itu sangat merugikan kerajaan Gowa. Hal ini menyebabkan sultan hasanudin tidak menyetujui perjanjian yang dibuat dalam perjanjian bogaya. Sultan salahudin telah melakukan peperangan semula dengan pihak belanda. Tetapi kekuatan belanda sudah menjadi kuat hasil dari pergabungan antara kerajaan bone yang diketuai oleh Arun Palakka dengan orang belanda.
Pada 29 jun 1665 sultan hasanutin telah mengundur diri dari tahta kerajaan Gowa. Setelah banting pertahanan Gowa di Soba Opu pada 12 jun 1669 telah Berjaya ditebusi oleh orang belanda.walaupun sultan Hasanudin telah kalah dengan belanda, beliau masih tidak mahu  menyerah kalah. beliau meninggal dunia pada umur 39 tahun.





Arung Palakka
Arung Palakka merupakan salah seorang Pahlawan Bugis yang paling di segani dikalangan masyarakat bugis. Arung Palakka dilahirkan dalam sekitar tahun 1635 di desa Lantta, daerah Mario Wawo Soppeng.. Arung Palakka adalah waris kepada kerajaan Bone yang menjadi musuh utama Kerajaan Gowa.[32] Arun Palakka merupakan sekutu kepada orang belanda dalam menjajah Sulawesi selatan. Arung Palakka berkerjasama dengan Comelis Janszoom Speelman dan Kapten Jonker merupakan antara orang dari pihak belanda yang berkerjasama dengan beliau.
Description: C:\Documents and Settings\Administrator\Desktop\index.jpeg
            Ketika beliau berusia belasan tahun kerajaan Bone diserang oleh kerajaan Gowa. Dalam peperangan yang sengit itu kerajaan Bone ditawan oleh kerajaan Gowa. Kerajaan Gowa Berjaya mengalahkan Kerajaan Bone. Sejak bereumur 11 tahun lagi Arung Palakka telah ditawan di istana Gowa. Orang suruhan Kareng Pattinggalong iaitu seorang tokoh penting dalam kerajaan Gowa. Dibawah didikan Kareng Pattinggalong Arung Palakka telah menjadi pangerang setelah umurnya mencapai dewasa.
            Biarpun Arung Palakka mendapat keistemewaan di Istana Gowa dan mempunyai hubungan yang baik dengan orang-orang kerajaan Gowa. Beliau masih mempunyai pegangan adat siri. Siri telah mengingatkannya sebagai seorang putera raja Bone yang telah ditawan dan melihat rakyatnya hidup dalam penderitaan. Awal tahun 1660 semangat dari adat siri telah membuat-buat dalam diri Arung Palakka setelah melihat 10 000 orang termasuk orang tua dan orang muda dibawa ke mangkassar atas perintah sultan Hasanudin melalui orang suruhanya iaitu  kareng Karunrung dan Regent.
            Orang yang dibawa ke mankassar sebagai buruh paksaan untuk menggali parit di sepanjang pantai Mankassasebagai kubu pertahanan kerajaan Gowa. Parit yang digali itu juga bertujuan untuk dijadikan sempadang diantara kerajaan Gowa dengan Pa’nakkukang yang telah dikuasai oleh VOC.
            Ramai rakyat Bone dan Soppeng hidup menderit. Semua bangsawan Bone dan Sompeng diperintah keluar dari istana dan melakukan kerja sebagai buruh paksa. Penghinaan yang dilakukan oleh kerajaan gowa ini telah membuat orang bone dan somppeng bangkit menyemarakkan semangat siri. Oleh itu, pemberotakan oleh orang bone dan somppeng mula dirancang.
Arung palakka adalah salah seorang yang merangcang pemberotakan itu. Tetapi pemberotakan itu tidak Berjaya. Pemberotakan itu Berjaya dipatahkan oleh kerajaan Gowa. Akibat dari kekalahan itu Arung Palakka telah membawa para pengikutnya lari dari Pulau Sulawesi selatan. Beliau telah membawa pengikutnya berhijrah ke Bentavia. Di bantavia Arung palakka di bantu oleh VOC. Walaupun Arung Palakka telah melarikan diri dari Bone tetapi beliau masih tidak mahu menyerah kalah pada kerajaan Gowa. Beliau tidak berputus asa dalam mencari jalan untuk mengalahkan kerajaan Gowa dan Membebaskan Bone.
            Setelah menjadi pelarian perang di bentavia beliau mendapat peluang untuk menawan semula Bone. Dimana orang Voc yang kagum dengan kepahlawanan yang ditunjukkan oleh pengikut Arung Palakka yang digelar sebagai Toangke iaitu. VOC telah menganjurkan kerjasama antara VOC dengan Arung Palakka untuk menyerang kerajaan Gowa yang menguasai Bone. Tujuan VOC adalah untuk menghabuskan ancaman kepada kegiatan perdagangannya. VOC telah menganggap kerajaan Gowa mengancam aktiviti perdagangan orang belanda.
            Melalui kerjasama yang dijalinkan itu Arung palakka telah Berjaya menguasai semula Bone. Arung palakka Berjaya memerintah Bone selama 30 tahun. Sepanjang pemerintahannya ramai rakyat dang Pembesar Bone tidak setuju dengan beliau kerana beliau berkerjasama dengan VOC. Hal ini telah mengakibatkan pembesar dan pengikutnya lari dari kerajaan Bone dan berhijra ke kawasan lain. 










6.6 BAHASA DAN TULISAN
Orang Bugis mempunyai satu bentuk tulisan yang dipanggil aksara lontara. Tulisan ini adalah tulisan tradisional masyarakat Bugis yang sudah pun wujud sebelum dari kedatangan Islam.  Ia mempunyai beberapa aksara yang bentuknya seolah-olah adalah simbol-simbol tertentu. Tulisan ini digunakan dahulu untuk berutus surat, mencatit aktiviti harian dan mencatit apa-apa pedoman dan petua di atas lontara.
Description: http://www.sabah.org.my/bm/daerah/daerah/twu/tawau/images/aksara.jpg
            Tulisan ini masih diajar kepada kanak-kanak Bugis di sekolah-sekolah rendah. Walau pun penggunaannya tidak lagi seluas dahulu, tetapi masih ada generasi sekarang yang memahaminya.[33]
Lontara Bugis merupakan sebuah huruf yang digunakan oleh masyarakat bugis klasik. Karangan buku epos la galigo di tulis menggunakan huruf lontara. Huruf lontara tidak hanya digunakan oleh masyarakat bugis tetapi huruf lontara juga digunakan oleh masyarakat makassar dan masyarakat luwu.
Pada masa dahulu kala para penyair-penyair bugis mencurahkan fikiran dan perasaannya di atas daun lontara dan dihiasi dengan huruf-huruf yang begitu cantik sehingga tersusun kata yang apik diatas daun lontara dan karya-karya itu bernama I La Galigo.
            Bila sobat ingin belajar lontara makassar ini saya ada gambar dari beranda sebelah (Makassar Terkini) mengenai Belajar Bahasa Lontara Makassar.
            Pada zaman sekarang ini masyarakat bugis di Makassar sendiri sudah ada tidak memahami lontara. Keadaan ini menunjukkan bahawa nilai budaya bahasa Lontara sudah lenyap oleh arus pembudayaan moden yang dibawa oleh barat. Orang muda Bugis di Selangor kebanyakan tidak tahu menggunakan bahasa dan tulisan Lontar Lagi. Kebanyakan mereka lebih main menggunakan Bahasa tempatan dan menggunakan huruf moden. Di sulawesi selatan ada 3 betuk macam huruf yang pernah dipakai secara bersamaan oleh orang Bugis disana.
1. Huruf Lontar
2. Huruf Jangang-Jangang
3. Huruf Serang
Sementara bila ditempatkan dalam kebudayaan bugis, Lontar mempunyai dua pengertian yang terkandung didalamnya iaitu Lontaraq sebagai sejarah dan ilmu pengetahuan dan Lontaraq sebagai tulisan
Description: Silsilah Aksara Dunia
            Kata lontar berasal dari Bahasa Bugis yang berarti daun lontar. Kenapa disebuat sebagai lontar ? kerana pada awalnya tulisan tersebut di tuliskan diatas daun lontar. Daun lontar ini dijangka dalam lebarnya 1 cm dan panjangnya bergantung kepada cerita yang dituliskan. Tiap-tiap daun lontar disambungkan dengan memakai benang lalu digulung pada sempitan kayu, yang bentuknya mirip gulungan pita kaset. Cara membacanya dari kiri kekanan. Aksara lontar biasa juga disebut dengan aksara sulapaq eppaq. karekter huruf bugis ini diambil dari Aksara Pallawa
Memang terdapat beberapa variasi bantuk huruf bugis di sulawesi selatan, tetapi itu tidaklah berarti bahawa isi dasar dari huruf bugis ini hilang, dan itu kebiasaan dalam setiap aksara di dunia ini. Hanya ada perubahan dan penambahan sedikit yang sama sekali tidak menyimpang dari bentuk asal dari aksara tersebut. Variasi itu disebabkan antara lain adalah Penyesuaian antara bahasa dan bunyian yang diwakilinya dan Penyesuaian antara bentuk huruf dan sarana yang digunakan.
Penggunaan tulisan lontar ini meluas sehingga digunakan untuk mentafsir al-Quran. Tafsir Al-Quran dalam bahasa bugis lontar ini di susun oleh  Abdul Muin Yusuf Pimpinan Pondok Pesantren Al-Urwatul Wutsqaa Benteng Sidrap, Sulawesi Selatan. Tafsir tersebut dihasilkan dalam tempoh masa yang lama iaitu memakan masa selama 9 Tahun. Penulisan bermula dari tahun 1985 sehingga 1994.
Penulisan tafsir Al-Quran dalam bahasa Bugis ini juga dikira sangat lengkap. Jika dilihat pada umumnya terjemahan Al-Quran yang kita baca hanya ditfsirkan dari tiap kata dalam kalimat Al-Quran, maka dalam tafsir Al-Quran yang disusun oleh KH. Abdul Muin Yusuf lengkap dengan penjelasan tiap ayatnya, sebab-sebab turunnya ayat tersebut, dan hadist yang berhubungan dengan ayat tersebut. Kerana sangat detil memberikan penjelasan tiap pada setiap ayat, maka tiap satu hasil cetakan tafsir Al-Quran bahasa Bugis tersebut hanya mampu memuat tiga juz. Jadi untuk tiga puluh juz dalam Al-Quran, dicetak menjadi satu set. Satu set tafsir Al-Quran bahasa Bugis tersebut terdiri dari sebelas jilid.
            Selepas kedatangan Islam, masyarakat Bugis mula menggunakan tulisan Jawi sama seperti rantau Melayu lain. Tulisan Jawi ini adalah hasil dari kesan kedatangan Islam. Sama seperti rantau Melayu lain, huruf-huruf yang digunakan adalah huruf-huruf Arab dengan tambahan beberapa huruf yang tidak terdapat di dalam tulisan Arab sebagai penyempurna kepada tulisan Jawi bagi kegunaan Bahasa Bugis. Mungkin sedikit berbeza dengan Malaysia, huruf-huruf Jawi Bugis tidak mempunyai titik. Ini sama seperti huruf-huruf Arab yang asal. Tulisan Jawi yang tidak bertitik ini mungkin menyebabkan kitab-kitab yang ditulis dengan tulisan Jawi digelar ‘kitab gondol’.[34]
            Kesan dari penjajahan dan arus modernisme yang menimpa rantau Melayu, masyarakat Bugis juga akhirnya terpaksa menggunakan tulisan rumi. Tulisan rumi menjadi tulisan utama bagi mereka sama seperti kaum lain di rantau Melayu.

6.7 AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Dalam semua keluarga responden yang kami temu bual itu beragama Islam mereka menganut agama Islam sebagai kepercayaan mereka. Menurut Faisal keluargamereka adalah islam dari keturunan nenek moyang mereka. Menurut beliau lagi, majority orang Bugis adalah penganut islam. Sepengatahuan beliau agama islam menjadi anutan kepada orang Bugis dari pada dahulu lagi. Nenek moyang mereka menerima islam setelah kedatangan islam yang dibawa oleh orang islam dari Negara arab. Nenek moyang mereka sebelum ini mengamalkan kepercayaan animesme. Kepercayaan agama Hindu buddha[35] yang di bawa oleh orang india tidak dapat mempengaruhi kepercayaan orang Bugis.
            Dalam keluarga Bugis mereka sangat patuh kepada agama. Perkara ini dapat dilihat dalam kehidupan harian keluarga Arny. Keluarga Arny akan melarang ahli keluarganya dari melakukan sebarang kerja semasa masuknya waktu solat. Pada waktu solat jumaat pula mereka tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti sebelum solat jumaat. Kecuali berlaku perkara kecemasan. Hal ini menunjukkan orang Bugis sangat menjaga agamanya. Mereka juga dilihat sangat patuh dalam menunaikan suruhan agama supaya mengutamakan solat dari kerja.
            Tetapi walaupun orang bugis ini beragama islam masih ada juga pengaruh hindu didalam pengamalan gaya hidup orang islam dimana dapat dilihat dalam terdapat unsure Hindu dalam upacara berdoa. Semasa mereka berdoa mereka perasapkan kemian. Tujuan kemian itu dibakar adalah kerana dengan asap itu doa mudah dikabulkan. Asap kemian akan menjadi penghantar doa.
            Kepercayaan animism yang dating dari nenek moyang mereka masih kuat mempengaruhi sesetengah orang bugis. Menurut Faisal orang bugis percaya kepada benda-benda yang dianggap keramat. Benda-benda yang dianggap pelik atau berlainan dari kebiasaan akan dianggap keramat. Benda-benda seperti pokok besar, keris, batu dan sebagainya dianggap keramat. Ada yang menjadikan objek tersebut sebagai bahan sembahan mereka, walaupun mereka itu sudah memeluk agama Islam.[36]
            Kepercayaan tentang roh nenek moyang yang dating dari pengaruh animism ini juga masih kuat melekat pada sesetengah kehidupan orang Bugis. Orang Bugis masih mempercayai roh nenek Moyang mereka boleh mempengaruhi hidup mereka. Dimana orang yang masih mempercayai tentang roh nenek moyang ini akan mengadakan satu upacara kepada nenek moyang mereka. Menurut kepercayaan ini roh nenek Moyang mereka akan dating mencari dan menganggu kehidupan anak cucu mereka jika tidak melakukan upaca kepada roh nenek moyang mereka.
            Kepercayaan animism ini ada pantang larangnya. Dimana menurut atuk Mohammad Ibrahim, orang Bugis tidak boleh kencing atas tebu kerana diatas tebu itu ada sejenis burung yang tinggal disitu. Burung tersebut digelar sebagai burung emas. Sudah ada cerita bahawa kononnya ada orang Bugis kencing atas tebu. Akibat dari perbuatan itu seluruh tebu yang ada di kampung itu menjadi tawar.[37]
            Orang bugis walaupun telah menganut islam tetapi pengaruh dari kepercayaan lama masih menjadi pegangan dalam hidup mereka. Mereka cuba mengsesuaikan kepercayaan lama dengan agama islam. Hasil dari percubaan menyesuaikan kepercayaan lama dengan islam ini timbullah pelbagai upacara yang bercampur dengan amalan agama islam.

6.8 Adat Siri Bugis

Siri menurut Dr Mattulada siri merupakan satu adat yang menjadi tulang belakang kepada orang bugis. Jika seseorang dari keturunan bugis di kianati oleh orang mereka tidak akan segang silu menuntuk kembali hak yang telah dikianati oleh orang itu. Mereka akan melakukan kekerasan dalam menuntuk hak mereka. Mereka akan menggunakan pelbagai kekerasan untuk menuntut kembali hak mereka.[38]
Budaya siri‘ yang seharusnya dipegang teguh dan ditegakkan dalam nilai–nilai positif, kini sudah pudar. Dalam kehidupan orang Bugis diselangor, siri‘ merupakan unsur yang asas dalam diri mereka. Tidak ada satu nilai pun yang paling berharga untuk dibela dan dipertahankan di muka bumi selain siri‘.
Bagi Manusia Bugis, siri‘ adalah jiwa mereka, harga diri mereka, dan martabat mereka. Sebab itu, untuk menegakkan dan membela siri‘ yang dianggap tercemar atau dicemarkan oleh orang lain, maka manusia Bugis bersedia mengorbankan apa saja, termasuk jiwanya yang paling berharga demi tegaknya siri‘ dalam kehidupan mereka
Di zaman ini, siri‘ tidak lagi dianggap sebagai sesuatu yang berharga dan harus dipertahankan. Pada pengamalannya siri‘ dijadikan suatu alasan dalam melakukan tindakan–tindakan yang kerasan, dan tidak bertanggung jawab. sebenarnya nilai siri‘ adalah nilai unit masyarakat bugis, budaya siri‘ harus dipertahankan pada sebagai satu adat dan ajaran agama Islam dalam mengamalkannya.
Oleh kerana itulah merupakan siri menjadikan manusia Bugis yang bersungguh-sungguh mempertahankan adatnya. Orang bugis ialah manusia yang patuh kepada prinsip  nilai–nilai adat dan ajaran agama Islam di dalam menjalankan kehidupannya, serta sifat adat istiada yang kuat melekat pada pribadi mereka.

Mereka yang mampu memegang teguh prinsip–prinsip tersebut adalah cerminan dari seorang manusia Bugis yang turun dari dunia atas (to manurung) untuk memberikan keteladan dalam membawa norma dan aturan sosial di bumi.








6.9 Rumah Bugis
Seni bina rumah bugis mempunyai keunikan tersendiri. Seni bina rumah Bugis sangat berbeza dengan rumah melayu. Bentuk rumahnya memanjang kebelakang,  dan ditambah bahagian utama dan bahagian depan. Orang bugis memanggil Legor-legor berikut adalah struktur bahagian rumah.
Description: http://elmahari.files.wordpress.com/2007/08/rumahbugis-1.jpg
1.      Tiang utama ( alliri ). Biasanya terdiri dari 4 batang tiang pada setiap barisnya. jumlahnya bergantung jumlah ruangan yang akan dibuat. tetapi pada umumnya, terdiri dari 3 / 4 baris alliri. Jadijumlahnya adalah 12 batang alliri.
2.       Fadongko’, iaitu bahagian yang berfungsi sebagai penyambung dari alliri di setiap barisnya.
3.       Fattoppo, iaitu bahagian yang berfungsi sebagai pengait paling atas dari alliri paling tengah setiap barisnya.

orang bugis suka dengan struktur rumah yang memiliki kolong kerana pada masa orang bugis, sebelum islam masuk ke tanah bugis. orang bugis memiliki kepercayaan bahwa alam semesta ini terdiri atas 3 bahagian, bahagian atas ( botting langit ), bahagian tengah ( alang tengah ) dan bagian bawagh ( paratiwi ). Mungkin itulah yang menjadi minat orang bugis  terutama yang tinggal di kampung, mereka lebih suka dengan struktur rumah yang tinggi.
Bahagian – bahagian dalam rumah bugis seperti berikut :
1. Rakkeang, adalah bagian diatas langit – langit. Dahulu biasanya digunakan untuk menyimpan padi yang baru di tuai.
2. Ale Bola, adalah bagian tengah rumah. dimana kita tinggal. Pada bahagian  ale bola ini, ada satu tempat yang bernama pusat rumah ( posi’ bola ).
3. Awa bola, adalah bagian di bawah rumah, antara lantai rumah dengan tanah.
Yang lebih menarik sebenarnya dari rumah bugis ini adalah bahagian  bahawa rumahnya dimana orang  dapat berdiri. Tambahan pula seni binanya menjadi ke unikan dimana pembinaannya tampa menggunakan sepucuk paku. Satu lagi kelainan rumah ini adalah boleh diangkat dan dipindahkan kemana sahaja.








7.0 Kesimpulannya

Orang Bugis merupakan satu suku dari keturunan melayu yang tinggal di pulau Sulawesi Selatan. Orang bugis terkenal dengan pelbagai adat yang dari nenek moyang mereka. Adat tradisional merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat bugis. Adat merupakan tulang belakang kepada masyarakat Bugis.
            Orang bugis turut terkenal dengan kepahlawanan mereka. Antara tokoh Bugis yang menjadi terkenal Ialah Arung Palakka, Sultan Hasanudin, Raja Ali Haji dan Lain-lain lagi. Ketokohan orang bugis terbukti dengan penguasaan politik dikawasan nusantara. Kebanyakan sultan di Nusantara berasal dari keturunan Bugis. Malahan Sultan  Selangor juga berasal dari keturunan Bugis.
Orang bugis juga mempunyai satu kebudayaan tersendiri. Orang bugis mempunyai satu ke budayaan yang menjadikan  mereka seorang pelayar yang terkenal diseluruh dunia iaitu budaya merantau. Budaya Merantau telah membawa orang bugis ke seluruh Dunia. Orang Bugis hanya menggunakan Kapal yang dikenali sebagai kapal pinisi. Kapal ini telah membawa orang bugis berlayar kesetiap pelosok dunia. 
Kebudayaan merantau telah berubah pada zaman moden. konsep merantau telah menjadi satu cara untuk memcari rezki. Mereka telah berhijrah dari pulau Sulawesi ke merata-rata Negara. Ada yang menetap di tempat yang mereka cari rezki. Malahan, ada yang berkahwin dengan orang tempatan dan terus menetap di situ. Negeri Selangor merupakan salah satu distinasi mereka.
Seperti di Selangor terdapat satu tempat yang menjadi perkampungan mereka iaitu di Bayu Utama, Kelang. Walaupun mereka tinggal berjauhan dengan Kelompok suku mereka yang tinggal jauh di Sulawesi selatan. tetapi, Adat dan budaya bugis masih dipegang kuat oleh mereka. Mahupun begitu, terdapat juga perubahan budaya bugis di Selangor. Perubahan ini berlaku di sebabkan orang bugis ingin menyesuikan budaya mereka dengan budaya tempatan. Proses penyesuain ini secara tidak langsung telah menghapuskan setengah dari amalan tradisi mereka.
Bibliogrfi
Abdulrahman Wahib, Kumpulan Kolum dan Artikal, Selama Era Lengser,            yongjakarta.2002.

A. Z. Abidin, La Ma’dukelleng Precursor of South Sulawesi Unification Against the        Dutch V. O.  C, Prisma, 1981.

Andi Zainal Abidin, Persepsi Orang Bugis Tentang Hukum Negara & Dunia Luar, offset                       Alumni, 1983, Bandung
Daniealn Perret, Sejarah Johor-Riau-Lingga sehingga 1914, 1986, kementerian    kebudayaan,   kesenian dan Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur

M. C. Ricklefs, A History Modern Indonesia,  Stanford Uneversity Press, California,     1981

Marwari Djoened poesponegor & Nugroho Notosusanto, Sejarah Nesional Indonesia iii:            Zaman pertumbuhan dan Perkembangan kerajaan Islam di Indonesia, Balai        Pustaka, Jakarta.

Nordin Bula, Petikkan Kertas ProjekPenyelidikan“Penglibatan Politik Suku Kaum Bugis           Satu Kes Kajian di N.46 Merotai, Tawau”.

Prof. Dr H Abu Hamid, Pesan-pesan Moral Pelaut Bugis, Pustaka Refleksi, Makassar,

Riwanto Tirtosudarmo, Mencari Indonesia: demografi-politik pasca-Soeharto,

Zarial, Pahlawan Indonesia, media Pusendo, Jakarta. 2008.



INFORMAN

Mohd Saleh. 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.

Mohammad Ibrahim. 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, bangi. Temubual, 15 oktober.

Nahana Dalek 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.

Arny. 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.

Farisal, 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.







Perkahwinan Keturunan Bangsawan Bugis(Keturunan Andi)
Description: C:\Documents and Settings\Administrator\Desktop\Andi Bugis.jpg







Upacara Persediaan Berinai
Description: C:\Documents and Settings\Administrator\Desktop\Kahwin Bugis 02.png




Tulisan Lontaran
Description: C:\Documents and Settings\Administrator\Desktop\IMAG0012.jpg


Pakaian Tradisional

Description: C:\Documents and Settings\Administrator\Desktop\orang bugis.jpg






Tarian Bugis
Description: C:\Documents and Settings\Administrator\Desktop\tarian bugis.jpeg



Burasak
Description: C:\Documents and Settings\Administrator\Desktop\burasak.jpg










Burasak
Description: C:\Documents and Settings\Administrator\Desktop\rtyhj.jpeg



Tugu Peringatan Kepahlawanan Arung Palakka
Description: C:\Documents and Settings\Administrator\Desktop\Arung Palakka 02.jpg






Setem yang menggunakan Gambar Sultan Hasanudin
Description: C:\Documents and Settings\Administrator\Desktop\Sultan Hasanuddin 02.jpg






Gambar Dalam Makam Sultan Hasanudin
Description: C:\Documents and Settings\Administrator\Desktop\Makam Sultan Hasanuddin dalam.jpg



Raja Haji
Description: http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/f/f2/Raja_Haji.jpg/200px-Raja_Haji.jpg


Gambar di Luar Makam Sultan Hasanudin
Description: C:\Documents and Settings\Administrator\Desktop\Makam Sultan Hasanuddin.jpg






Senjata Bugis
Description: C:\Documents and Settings\Administrator\Desktop\images.jpeg




Pakaian Perang Bugis
Description: C:\Documents and Settings\Administrator\Desktop\ergg.jpeg




Gambar semasa Sesi Temubual Keluarga Bugis di Bayu Utama
Description: C:\Documents and Settings\Administrator\Desktop\IMAG0019.jpg





Gambar semasa Sesi Temubual Keluarga Bugis di Bayu Utama
Description: C:\Documents and Settings\Administrator\Desktop\IMAG0014.jpg






Gambar semasa Sesi Temubual Keluarga Bugis di Bayu Utama
Description: C:\Documents and Settings\Administrator\Desktop\IMAG0020.jpg


[1] Marwari Djoened poesponegor & Nugroho Notosusanto, Sejarah Nesional Indonesia iii: Zaman pertumbuhan dan Perkembangan kerajaan Islam di Indonesia, Balai Pustaka, Jakarta, 2008, hlm 113-115.
[2]Nordin Bula, Petikkan Kertas ProjekPenyelidikan“Penglibatan Politik Suku Kaum Bugis Satu Kes Kajian di N.46 Merotai, Tawau”.


[3] Raja Sulaiman merupakan putera Sultan Johor-Riau-Lingga ke-11.
[4] Bendahara Paduka Tun Abdul Jalil iaitu sultan berketurunan Wangsa Bendahara yang pertama, telah menggunakan orang-orang Bugis dari Luwok, Makassar kecil
[5] Daniealn Perret, Sejarah Johor-Riau-Lingga sehingga 1914, 1986, kementerian kebudayaan, kesenian dan Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur, hlm 273.
[6] Menurut Muhammad Ibrahim, dalam masyarakat bugis merantau ini dikaitkan dengan kegiatan Perdagangan Pelayaran dan Mengembara. Kegiatan perlayaran Bugis ini telah menjadi satu kegiatan yang penting bagi kehidupan orang Bugis. Orang bugis terkenal keseluruh dunia dengan kegiatan perlayarannya. Menurut Muhammad lagi, ada orang mengatakan pelayar bugis pernah sampai ke Afrika  dengan menggunakan kapal Finhihx.

[7] Riwanto Tirtosudarmo, Mencari Indonesia: demografi-politik pasca-Soeharto,  

[8] A. Z. Abidin, La Ma’dukelleng Precursor of South Sulawesi Unification Against the Dutch V. O. C, Prisma, 1981 hlm 29-46.
[9] Menurut cerita rakyat di Sulawesi Selatan, terutama Gowa, Tuanta Salamaka, yang merupakan putera nabi Khidir, yang mempunyai kesaktian luar biasa. 
[10] Andi Zainal Abidin, Persepsi Orang Bugis Tentang Hukum Negara & Dunia Luar, offset Alumni, 1983, Bandung, hlm 31-32.
[11] Kemuncak permusuhan antara Gowa dengan Bone dan meningkatnya ketegangan antara VOC dengan Gowa telah menyebabkan terjadinya perang Makassar. Pergolakan politik akibat daripada Perang Makassar tersebut telah menjadi faktor pendorong penghijrahan orang Bugis ke luar dari Sulawesi Selatan. Pada pertengahan abad ke-17, Gowa menjadi salah satu kerajaan terkuat dan terbesar dalam sejarah Nusantara. Begitu tersohornya kekuatan dan kejayaan Gowa sehingga orang-orang di Indonesia Timur sukar mempercayai bahawa VOC berani menentang kekuasaan kerajaan Gowa. Namun kerjasama yang tidak disangka-sangka antara VOC dengan orang-orang Bugis yang merupakan musuh Gowa, mengakibatkan kerajaan Gowa tumpas di tangan pakatan bersekutu. Pada tahun 1669, Sombaopu, iaitu benteng ibu kota kerajaan Gowa yang sangat kuat dan yang menjadi simbol kemegahan kerajaan Gowa, jatuh ke tangan musuh. Setelah tumpasnya Gowa, pemimpin baru yang menerajui tampuk kekuasaan di Sulawesi Selatan ialah Arung Palaka iaitu pahlawan Bugis Bone-Soppeng berjaya mendominasi kekuasaan wilayah Sulawesi. Kesan pergolakan di Sulawesi Selatan yang melibatkan pihak Belanda dengan kerajaan tempatan ini telah memberi implikasi terhadap migrasi besar-besaran dalam masyarakat Bugis pada akhir abad ke-17
[12] Nahana Dalek, Bayu Utama, Kelang, Selangor.
[13] Arny, Bayu. 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.
[14] Mohd Saleh. 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.
[15] Arny. 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.
[16] Muhammad Ibrahim. 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Bangi. Temubual, 15 oktober.
[17] Farizal, 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.
[18] Muhammad Ibrahim. 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Bangi. Temubual, 15 oktober.
[19] Nahana Dalek. 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.
[20] Nahana Dalek. 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.
[21]Nahana Dalek. 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.
[22] Mohamad Saleh. 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.
[23] Nahana Dalek. 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.
[24] Mohamad Saleh. 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.
[25] Arny. 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.
[26] Farizal. 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.

[27] Mohamad Saleh. 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.

[28]Prof. Dr H Abu Hamid, Pesan-pesan Moral Pelaut Bugis, Pustaka Refleksi, Makassar, 2007, hlm 46
[29] Mohamad Saleh. 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.

[30] Nahana Dalek. 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.
[31] Zarial, Pahlawan Indonesia, media Pusendo, Jakarta. 2008.Hlm,.22-23
[32] M. C. Ricklefs, A History Modern Indonesia,  Stanford Uneversity Press, California, 1981. Hlm 78.
[33]Farizal telah menulis aksara lontara dan menunjukkannya kepada kami

[34] Nahana Dalek. 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.
[35] Menurut Mohd Saleh, agama hindu hanya Berjaya mempengaruhi orang pulau Jawa. Orang pulau jawa telah menerima agama Hindu Buddha sebagai pegangan kepercayaan mereka. Bagi Arny Hindu Buddha tidak dapat mempengaruhi kepercayaan orang Bugis kerana orang Bugis lebih mempercayaai agama Islam. Pengaruh Hindu Buddha ini masih di amalkan oleh orang Jawa.
[36] Mohd Saleh. 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, Kelang. Temubual, 20 oktober.

[37] Mohammad Ibrahim, 2010. Menyusuli Keluarga Bugis di Selangor, bangi. Temubual, 15 oktober.
[38] Abdulrahman Wahib, Kumpulan Kolum dan Artikal, Selama Era Lengser, yongjakarta.2002. hlm 49. 

No comments:

Post a Comment

Post a Comment