Friday 25 May 2012

PERANG DUNIA PERTAMA


FAKTOR PENGLIBATAN KUASA-KUASA BESAR EROPAH DALAM PERANG DUNIA PERTAMA

1.0 PENDAHULUAN
Perang Dunia I berlaku pada 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan bermula di Balkan. Peperangan bermula bila putera Archduke Franz Ferdinand iaitu putera Austria-Hungary bersama isterinya dibunuh di Sarajevo, Bosnia oleh pengganas Slav. Austria-Hangry menylahkan Serbia yang bertanggunjawab terhadap pembunuhan itu, Dengan sokongan negara Jerman, Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia.
Austria-Hungary menyerang Serbia pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan untuk menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium, sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman.
Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara yang menentangi mereka digelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak kepada Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah jajahan Austria. Dan pada tahun 1917, Amerika Syarikat memasuki peperangan dengan memihak kepada Tentera Bersekutu.
Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasai Luxemborg, Belgium, serta sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman juga menang di Barisan Timur. Akan tetapi menjelang 1918, tentera Jerman telah mengalami keletihan. Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tentera Amerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada musim panas 1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di barat. Negara Jerman menurunkan tandatangan perjanjian gencatan senjata pada 11 November.

Di bawah Perjanjian Versailles yang ditandatangani selepas Perang Dunia I, negara Jerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada wilayah Eropahnya. Poland diasaskan semula dan menerima Posen {sekarang digelar Poznani), sebahagian Silesia serta sebahagian Prussia Barat. Alsace dan bahagian Lorraine yang dikuasai oleh Jerman dipulangkan kepada negara Perancis. Negara Perancis juga dapat menguasai kawasan Saar selama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan Rhineland di bawah pendudukan Tentera Bersekutu selama 15 tahun. Bilangan tentera Jerman dikecilkan tidak melebihi 100,000 askar serta dilarang mempunyai tentara udara. Jerman juga perlu membayar Tentera Bersekutu pampasan perang yang sungguh besar.
Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta. Peperangan tersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat dan dikenali sebagai "peperangan untuk mengakhiri semua peperangan" sehinggalah Perang Dunia II berlaku. Antara faktor yang menyebabkan terletusnya perang dunia pertama adalah faktor ekonomi, persaingan kekuatan tentera, penbentukan perikatan dan perebutan Bosnia Herzegovina.
2.0 PENGUASAAN EKONOMI
Persaingan ekonomi merupakan satu sebab utama berlakunya perang dunia pertama. Perubahan ekonomi yang ketara berlaku di Jerman semasa canselor Biscmark. Dimana selepas berjaya menyatukan Jerman, Biscmark mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kuasa eropah lain. Beliau lebih menupukan kepada pembangunkan Jerman. Jerman ketika itu sibuk dengan perjuangan menentang gereja dan anggota Sosial Demokrat, Censelor ini langsung tidak menghiraukan perebutan tanah Wilayah jajahan. Biscmark ada mengatakan
”adalah kurang bijak bagi negeri Jerman yang masih Muda mengejar tanah jajahan seperti juga kaum bangsawan negeri Poland yang sudah tua memakai perhiasan sedangkan baju mereka tidak cukup” [1]
Dasar yang memetingkan pembangunan Jerman melebihi dasar luarnya telah membangunkan sektor perindustrian sehingga memunculkan diri sebagai salah sebuah kuasa besar eropah baru. [2]
            Bilangan penduduk Jerman yang meningkat daripada 49 juta dalam tahun 1890 kepada 66 juta dalam tahun 1913 telah menjadikan Jerman tempat kedua rakyat yang teramai selepas Rusia telah membantu menyumbang tenaga buruh kepada industri. Tambahan pula pembangunan pendidikan dan sosial yang semakin meningkat dibawah Biscmark telah memajukan lagi pembangunan ekonomi Jerman sehingga pendapatan perkapital masyarakat semakin bertambah dari masa ke semasa.[3] Pembangunan yang berlaku dalam jangka masa singkat ini telah mengancam kedudukan kuasa eropah lain terutamanya Great Britain yang semakin menghadapi kemerosotan dalam pengeluaran barang industerinya ke tahap yang lebih rendah daripada sebelum ini. Sebelum kebangkitan Jerman, Britain menguasai industeri arang batu, tekstil, dan barangan besi, sejak menjelang perang dunia pertama relitif pengeluaran Britain semakin berkurangan ke tahap membimbangkan.[4]
            Ancaman kuasa ekonomi baru Jerman semakin terasa oleh Britain dengan perkembangan industeri baru seperti keluli, kimia, peralatan jentera dan barang elektrik yang mula dikuasai oleh Jerman. Britain yang melihat perkembangan Jerman ini telah merampas kekuatan mereka sebelum ini menguasai bidang industeri. Kemerosotan Britain dalam sektor perindusterian dapat dilihat dalam perubahan kadar pertumbuhan pengeluaran dari tahun 1820 hingga tahun 1840 ialah 4 peratus. Kadar pertumbuhan ini kemudiannya berkurangan menjadi  3 peratus antara tahun 1840 sehingga 1870. Keadaan menjadi semakin teruk antara tahun 1875 hingga 1894 yang mencapai kadar pertumbuhan 1.5 peratus sahaja. Keadaan ini telah memburukkan kedudukan Britain yang akhirnya berjaya disaingi oleh Kuasa Jerman.[5]   
            Hasil pengeluaran barangan di kalangan kuasa-kuasa besar yang baru muncul seperti Jerman dan Amerika Syarikat telah mengancam kuasa-kuasa besar lama seperti Geat Britain, Rusia, Perancis dan Itali dalam perebutan mendapat pasaran untuk barang-barang kilang mereka. Bagi kuasa Jerman persaingan pasaran tidak mengancam kedudukan ekonomi mereka kerana mereka mempunyai pengeluaraan yang cekap. Jerman sudah mempunyai tenaga kerja mahir yang ramai telah dihasilkan sistem persekolahan Jerman bagi memajukan sektor ekonomi secara moden dengan sekala yang lebih besar. Intitusi pendidikan seperti Politeknik dan universiti telah melahirkan ramai pekerja mahir, jurutera terlatih, pengurus dan ahli-ahli kimia telah membantu perkembangan kilang-kilang, perusahaan dan firma-firma.[6] Dalam bidang pertanian, Jerman turut mendahului teknologinya dari kuasa besar eropah lain. Petani Jerman munggunakan baja kimia dan menggunakan teknologi pertanian moden telah menjamin hasil pengeluaran yang lebih besar.[7] Perkembangan teknologi dalam pengeluaran perindusterian dan pertanian telah memberi keyakinan kepada Jerman menghadapi persaingan barang perindusterian dari kuasa besar eropah lama kerana mereka berjaya mengeluarkan  barangan dengan harga yang murah kerana mempunyai pengetahuan dalam teknologi yang mengurangkan kos keluaran. Keadaan ini telah mengancam perngeluaran negara-negara besar eropah lain yang semakin merosot pengeluarannya akibat dari pelbagai masalahan dalaman.
            Persaingan pasaran dalam sistem ekonomi eropah yang mengenakan sistem tarif semakin menekan kuasa-kuasa eropah lama. Sistem tarif akan melemahkan negara yang tidak mempunyai daya keluaran yang kuat dalam memasuki pasaran negara yang mengamalkan sistem tarif. Tarif digunakan setiap negara eropah bagi melindungi perusahaan tempatan seperti Jerman, Britain, Rusia dan Amereka telah menggunakan sistem ini bagi persaingan barangan dari negara-negara eropah lain. tarif ini berbentuk cukai yang dikenakan keatas barang dari negara lain yang hendak memasuki sesebuah negara tersebut. Pengenaan tarif terhadap barang dari luar ini dapat meningkatkan harga barang keluaran negara tersebut di negara yang mereka masuki dan secara tidak langsung harga barang tempatan lebih murah.[8] Oleh itu, mana-mana negara yang tidak mempunyai kemajuan dalam pengeluaran yang membolehkan barang mereka dijual dengan harga murah selepas dikenakan tarif akan menghadapi masalah untuk masuk kepasaran dan bersain dengan barang tempatan. Kekuatan Jerman dalam teknik pengeluaran ini telah mengancam dan menimbulkan kemarahan dikalangan kuasa-kuasa besar lain dalam merebut pasaran.
Persaingan dalam menperdagangkan barang keluaran dapat dilihat persaingan Perancis dengan Jerman dalam pasaran Rusia. Dimana para saudagar Jerman banyak membolot sebahagian besar perdagangan import. Pada tahun 1880, Jerman telah mengatasi Perancis dalam persaingan pasaran eksport di eropah. Menjelang tahun 1911, pencapaian Jerman menghampiri dua kali ganda. Keadaan ini menunjukkan keadaan persaingan mendapatkan pasaran di eropah bertambah hebat sejak kemunculan gergasi ekonomi baru Jerman. Sebelum ini persaingan pasaran tidak begitu mengancam pasaran eropah, dimana kuasa pengeluar yang kuat sebelum ini hanyalah Britain, tetapi sekarang sudah berubah dengan penambahan kuasa baru ekonomi Jerman.[9] 
Ekonomi merupakan penyebab awal kepada babak-babak awal perang dunia pertama. Perebutan dan persaingan ekonomi yang semakin kuat berlaku setelah Jerman dan Amerika syarikat bertambah kuat dan muncul sebagai salah sebuah kuasa besar eropah telah menggugat kuasa besar lama. Pertumbuhan ekonomi yang meningkat secara mendadak ini telah menimbulkan konflik diantara kuasa-kuasa besar. Pertumbuhan ekonomi yang mendadak Jerman dilihat oleh kuasa-kuasa besar lain sebagai satu ancaman yang paling besar kepada kedudukan ekonomi eropah. Kedudukan ekonomi yang kuat dan perubahan politik Jerman telah menggalakkan perkembangan teknologi ketenteraan. Perkembangan ini menambahkan lagi kebimbangan kuasa-kuasa besar lain terhadap Jerman. Pergeseran inilah mewujudkan beberapa koflik kecil diantara kuasa-kuasa besar dan berlanjutan sehingga ke perang dunia pertama.

3.0 PERSAINGAN ANGKATAN LAUT DAN DARAT.
Perkembangan kekuatan angkatan laut dan Darat yang cepat telah mengugat kedudukan kuasa-kuasa besar eropah lain terutamanya Britain. Sebelum ini kekuatan tentera yang paling kuat pada tahun 1815 terletak ditangana Britain yang menjadi sebuah kuasa tentera yang agung. Perkembangan baru ini telah mencurigai Britain terhadap Jerman dan mengesyaki Jerman cuba merancang perang di eropah.[10]  Pertambahan Kekuatan ketenteraan Jerman pada tahun 1898 dilihat bergerak dan berkembang dengan pantas sehingga dapat mengalahkan dan hampir mengimbangi kuasa-kuasa besar lain. Jerman pada masa ini sudah berjaya menjadikan kekuatan tenteranya berada diatas dari kekuatan tentera perancis, Rusia dan Itali serta hampir setanding dengan kekuatan tentera Britain. Perkembangan ini telah meletakkan kekuatan tentera Jerman berada dalam tangga kedua selepas Britain dalam kekuatan tentera dikalangan negara-negara kuasa besar dunia.
Menjelang perang dunia pertama angkatan tentera laut(Hing Seas fleet) Jerman mempunyai tiga belas buah kapal perang jenis Dread-naught, enam belas jenis lama, dan lema buah kruiser perang. Kekuatan angkatan yang sangat besar ini memaksa Admiralti Britain mengundurkan hampir kesemua Skuadron kapal induknya dari pengkalan di luar negeri menuju ke laut utara secara beransur-ansur. Pembinaan kekuatan ketenteraan Jerman bukan sahaja berkembang dari segi perkapalan perang sahaja, malahan perkembangan dalam pembinaan kekutan dalaman ketenteraan dengan pertambahan kegiatan menambah jumlah marian, peralatan optik, kawalan persenjataan, dan latihan pada tengah malam. Keadaan ini menunjukkan Jeman sudah bersedia untuk untuk menjadi salah sebuah kuasa-kuasa besar di kalangan negara eropah lain. Pertambahan belanjawan dalam sektor ketenteraan laut yang semakin meningkat sehingga meletus perang dunia pertama telah meberi peluang kepada angkatan laut Tirpitz meningkatkan saiz tenteranya. [11]
           

Kekuatan tentera darat Jerman juga meningkat apa bila berlakunya ketegangan antarabangsa pada tahun 1911 dan 1912 yang telah memaksa Berlin mengambil keputusan memperbesarkan kekuatan daratnya, perubahan yang pantas ini telah mengejutkan kuasa-kuasa besar dunia lain. Antara tahun 1910 sehingga 1914, perbelanjaan tentera darat meningkat dari $204 juta kepada $442 juta. Perbelanjaan tentera Jerman ini telah melintasi perbelanjaan kuasa eropah lain seperti Perancis yang hanya meningkat sedikit sahaja iaitu dari $188 juta kepada $197 juta dan jumlah ini memakan 89 peratus daripada belianya yang berkelayakan dalam kerahan tentera berbanding Jerman yang hanya melibatkan 53 peratus sahaja untuk mencapai tahap pembesaran tersebut. Manakala perbelanjaan ketenteraan dari segi pendapatan negara pula Jerman hanya menggunakan sebanyak 4.6 peratus jika dibandingkan dengan Rusia yang telah menggunakan pendapatan negaranya sebanyak 6.3 peratus.[12] Keadaan ini jelas menggambarkan kekuatan tentera Jerman lebih menyerlah dari negara lain dengan sokongan kekuatan ekonominya yang mantap.
            Kekuatan tentera Jerman juga dapat menggerakkan dan melengkapkan berjuta-juta anggota tentera simpanannya dengan cekap disebabkan sistem latihan dan pendidikan yang lebih baik dari negara eropah lain. Sistem ini telah berjaya menyusun pergerakan tenteranya dalam operasi-operasi di barisan hadapan. Keteraturan tentera ini tidak terdapat dalam sistem ketenteraan Perancis dan Rusia. Kakitangan turus Am Perancis berpendapat bahawa anggota tentera simpanannya hanya boleh digunakan di belakang barisan perang. Manakala Rusia bukan sahaja tidak memiliki senjata yang cukup, kasut but dan pakaian seragam untuk memperlengkapkan berjuta-juta tentera simpanannya tetapi tidak mempunyai pegawai untuk menyelia mereka.[13] Dari segi kualiti pendidikan dikalangan tentera Juga menunjukkan tentera Jerman lebih berkualiti apabila kadar buta huruf dikalangan tentera Jerman hanya 1/1000 berbanding Itali 330/100, Austria-Hungary 220/1000 dan 68/1000 di perancis.[14] Perkembangan baru ini telah membentuk satu lagi kuasa tentera baru eropah selepas Britain.
4.0 PEMBENTUKAN PERIKATAN
pembentukan perikatan antara kuasa-kuasa di eropah turut berperanan mencetus perang dunia pertama. Pembentukan perikatan Antara Jerman-Austria-Hangry telah lama terjalin membentuk satu kuasa yang kuat di eropah. Perikatan ini telah mengikat kuasa ketenteraan kedua-dua negara, yang mana Jeraman bersedia untuk membantu Austria-Hangry ketika diserang oleh Rusia. Menjelang tahun 1882, Berlin telah memperluaskan kuasanya dengan mengadakan satu perjanjian dengan Rom bagi  menghadapi serangan Perancis dan dalam tahun berikutnya, Jerman dan Austria-Hangry telah mengemukakan satu lagi perikatan rahsia untuk membantu Rumania menentang pencerobohan Rusia. Penganjurkan diplomasi ini menegaskan bahawa Biscmark lebih mengutamakan matlamat bertahan dan jangka pendek bagi menenangkan sahabat-sahabat yang mengentar di Vienna, Rom dan Bucharest. Tujuan utama Jerman adalah untuk mengasingkan Perancis dari segi diplomatik dan bersiap sedia berundur jika Rusia menakluki Balkan. Walaupun perjanjian rahsia ini tidak di ketahuai umum, tetapi membimbangkan pihak Rusia dan Perancis tentang pengasingan mereka dan mengesaki bahawa dalam yang berpengaruh di Berlin telah membentuk satu gabungan yang kuat untuk menghancurkan mereka dalam peperangan.[15]
            Sungguhpun Rusia merasai ancaman Biscmark ke atas St.Petersburg dirasai, tetapi perjanjian yang dikenali persetiaan jaminan semula 1887 menghalang perpecahan rasmi Jerman dengan Rusia, namun terdapat sesuatu yang tidak betul dan mendesak dalam hal ini, iaitu usaha menipu dan helah oleh censelor Jerman itu untuk menghalang gerakan yang mantap kearah perikatan Perancis-Rusia pada penghujung tahun1880. Aspirasi perancis untuk mendapatkan semua Alasce-Lorraine dan Rusia meluaskan wilayahnya di eropah timur terhalang disebabkan kebimbangan terhadap Jerman. Tiada lagi kuasa eropah lain yang perlu diberi perhatian mereka. Ini memberi faedah-faedah bersama yang melibatkan pemberian pinjaman dan peralatan senjata perancis kepada Rusia dan bantuan ketenteraan Rusia kepada Perancis. Perbezaan Ideologi antara borjuis Perancis dengan rejim Tsar yang bersifat reaksoner memperlahankan gerakan ini buat seketika, persaraan Biscmark pada 1890 dan pergerakan kerajaan Wilhem II yang lebih mengancam pula menyelesaikan isu tersebut. Menjelang 1894, perikatan bertiga yang mengandungi Jerman, Austria-Hungry dan Itali telah di bentuk.[16]
               
Kebimbangan negara-negara eropah lain terhadap kekuatan perikatan bertiga semakin kemuncak, terutamanya kuasa Jerman dalam dasar luarnya yang baru  dibentuk oleh Bulow. Kebimbangan Britain dan Perancis bertambah bila censelor Bulow dan Maharaja Wilhem II mengumumkan kemunculan “abad Jerman”. Menjelang 1902-1903, kedudukan angkatan laut dengan susunan dan barisan yang menggambarkan bahawa angkatan ini dibina untuk menandingi kekuatan laut Britain. Keadaan ancaman ini telah memaksa Admiralti Britain bertindak membuat satu gerakan balas. Selain itu, tindak-tanduk Jerman dengan Austria-Hungry menimbulkan keraguan kepada Perancis. Kedua-dua kuasa besar ini memerhati dengan marah terhadap dasar luar Bulow yang telah menyebabkan berlakunya perang timur jauh pada tahun 1904.[17]
            Disebabkan ancaman politik baru di eropah, Britain telah mengambil langkah membentuk satu perikatan dengan kuasa eropah lain bagi menentang ancaman kekuatan ketenteraan Jerman. Langkah pertama yang dilakukan oleh Britain adalah dengan memulihkan perhubungannya dengan Amerika Syarikat. Britain telah mengadakan perundingan menegenai isu terusan segenting, sepadang Alaska, penangkapan anjing laut dan sebagainya melalui usaha memulihkan hubuingan baik Inggeris-Amerika. Perundingan ini dilakukan bagi mengeluarkan Britain daripada kedudukan stratigik yang sukar dipertahankan di hemisfera barat.[18]
            Bagi menguatkan Britain di timur jauh, perikatan Britain-Jepun dimenterai pada 1902. [19] Perikatan ini telah menjamin antara kedua-dua kuasa ini mengekalkan kekuasaan mereka di timur jauh. Perhubungan ini telah membentuk satu persetujuan saling membantu, dimana ketika Jepun mengambil keputusan menyerang Rusia pada tahun 1904 berhubung isu masa hadapan Korea dan Mancuria, Britain telah menjamin akan membantu Jepun jika terdapat kuasa ketiga memasuki pertarungan itu.[20]  Dengan perhubungan ini Britain dapat meringankan beban ketenterannya di China. Sokongan ketenteraan Jepun di timur jauh membolehkan Britain menumpukan kekuatan ketenteraan di eropah bagi menghadapi kemungkinan peperangnya dengan kuasa Jerman dan Austria-Hungry. Bagi tujuan itu, Britain telah mengambil tindakan dengan memanggil kembali angkatan tentera lautnya yang berkawal di China pulang mempertahankan laut timur yang diancam oleh kekuatan tentera laut Jerman yang semakin bertambah besar. [21]
            Seterusnya British menupukan perhatiannya di eropah dengan membentuk satu perikatan dengan Perancis dan Itali. Langkah pertama bagi membentuk perikatan adalah menyelesaikan permusuhan Inggeris-Perancis bagi meningkatkan keselamatan di sekitar perairan Britain. Perikatan Inggeris-Perancis dapat dipulehkan setelah berlakunya perjanjian Inggeris-Jepun yang melibatkan perang Jepun-Rusia. Dimana Britain telah berjanji akan menolong Jepun sekiranya wujud pihak ketiga yang membantu Rusia dan sekutu Rusia adalah Perancis yang telah bersetuju akan melakukan tindakan yang sama seperti perjanjian yang telah dibuat oleh Inggeris-Jepun. Keadaan ini menyebabkan wujud kerjasama antara perancis dan Britain bagi mengelak daripada terseret secara terbuka dalam konflik tersebut. Tindakan menyebabkan Paris dan London menamatkan isu perebutan tanah jajahan dan merangka entente(pakatan) pada April 1904. Permusuhan Inggeris-Perancis yang memakan masa bertahun-tahun lamanya yang bermula dari pendudukan Britain di Mesir pada tahun 1882, akhirnya tamat.[22] 
 Pembentukan perikatan Inggeris-Perancis telah mempengaruhi kuasa Itali yang mempunyai persisir pantai yang terdedah kepada serangan dan tidak sanggup ditempatkan dalam kumpulan yang menentang gabungan Inggeris-Perancis dalam apa hal, menjelang tahun-tahun awal abad ke dua puluh, pihak Itali dan perancis mempunyai alasan-alasan yang munasabah yang melibatkan kewangan dan Afrika Utara untuk memperbaiki hubungan mereka. Walaubagaimanapun sekiranya Itali terseret keluar daripada perikatan bertiga, bermakna itu akan mempengaruhi pergeserannya dengan Austria-Hangry yang mulai timbul.[23] Dengan terbentuknya dua bolk perikatan ini, timbulnya curiga-mencurigai antara kedua-dua kuasa berikat itu sehingga terjadinya perang dunia.  

5.0 PEREBUTAN BOSNIA HERZEGOVINA
Bosnia Herzegovina adalah negeri di semenanjung Balkan yang menjadi rebutan diantara dua pengaruh kuasa besar iaitu, Rusia dan Austria-Hangry. Kedua-dua kuasa ini sangat memerlukan Bosnia Herzegovena, Rusia memerlukan Bosnia Herzegovina untuk menjadi satelit kepada kuasa besar itu, tambahan pula mereka adalah satu bangsa yang sama. manakala Austria-Hangry pula memerlukan Bosnia bagi mengelak penularan ideal Pan Slav merebak jauh kedalam empayarnya.
Persetujuan kuasa-kuasa besar memberi kuasa kepada kerajaan Austria-Hangry semasa persidangan Berlin 1978[24] bagi memperkenalkan reformasi di Bosnia Harzegovina telah memberi peluang kepada Austria-Hangry mengorak langkah yang seterusnya kearah mengukuhkan kedudukannya di Bosnia. Setelah Bosnia berada dalam pentadbiran sementara Austria-Hangry selama 30 tahun, Austria-Hangry mulai berindak menuntut hak milik kekal sebagai sebahagian daripada empayarnya. [25] Tuntutan yang dibuat oleh Austria-Hangry atas alasan kekuasaannya keatas Bosnia telah di iktiraf oleh kuasa-kuasa Besar dalam perjanjian Berlin 1878. Tetapi pada hakikatnya tindakan Austry-Hangry didorong oleh faktor lain seperti Penularan Ideaal Pan Slav di dalam Empayar Austri-Hangry,[26] Gerakan Turki Muda, Jun 1908, kelemahan Rusia dan persediaannya mengambil Bosnia.
            Pengistiharan Bosnia Herzigovena sebagai sebahagian dari Austry-Hangry telah menimbulkan ketidak puasan hati kepada Rusia dan Serbia yang mempunyai kepentingan keatas Bosnia mulai merancang untuk mengambil Bosnia dari Austria-Hangry. Persoalan utama yang menjadi perebutan  Bosnia adalah bangsa Slav, dimana rakyat Bosnia adakah bangsa yang sama dengan Rusia dan Serbia. Persoalan bangsa ini telah membawa kepada pergerakan Pan Slav yang mahu membentuk Serbia Raya. Serbia sudah lama bercita-cita untuk menjadi sebagai sebuah negara penaug kepada seluruh negara yang berbangsa Slav di teluk Balkan terutamanya Bosnia Herzegovina.[27] Semangat nasionalisme bangsa Slav di serap masuk ke dalam Bosnia, Crotian dan Austria-Hangry sendiri. Sintiment anti Austry-Hangry disebarkan bagi membolehkaan Serbia merampas kembali Bosnia Harzigovena sebagai sebuah Wilayah Serbia seperti mana sebelum di takluki empayar Utmaniah.[28]     
            Pembunuhan Putera Mahkota Austry-Hangry iaitu Archduke Frerdinand dan permaisurinya Sophea di Serejevo merupakan kemuncak dari konflik yang timbul antara Austria-Hangry dengan Serbia. Putera dan permaisuri telah diserang dan dibunuh dengan kejam pada 28 jun 1914 di Serejavo ketika mengadakan lawatan rasmi selama 3 hari di Bosnia harzigvena. Semasa mereka mengadakan lawatan ke pusat bandar Serejavo mereka telah diserang dengan melemparkan bom kedalam kereta tetapi mereka terselamat. Disebabkan peristiwa tersebut beliau telah dinasihatkan supaya membatalkan lawatannya, tetapi beliaau tetap meneruskan perjalanan ke pusat bandar dan berucap di kalayak ramai yang sedang menyambut kedatangan beliau. Setelah selesai berucap beliau membuat keputusan untuk mengadakan lawatan ke hospital bagi melawat mangsa-mangsa yang tercedera. Sekali lagi beliau dinasihati supaya membatalkan niatnya itu, tetapi putera mahkota masih berkeras untuk mengadakan lawatan tersebut. Ketika perjalanan ke hospital mereka didatangi oleh seorang pemuda dari arah yang bertentangan dan mengacu pistol ke arah putera mahkota dan akhirnya menambak mati putera dan permaisuri dalaam masa yang sama.[29]
            Austry-Hangry mendakwa Serbia sebagai negara yang bertanggunjawab terhadap pembunuhan Putera Mahkota mereka. Mereka mendakwa pembunuhan itu dilakukan oleh kumpulan Black Hand yang disokong oleh kerajaan Serbia. Ini dibuktikan bila terdapat penaung-penaung kepada gerakan ini terdiri daripada pegawai-pegawai tertinggi tentera Serbia. Perdana Menteri Austry-Hangry, Count Julius Andrassy pada 23 Julai 1914 telah menentapkan 10 tuntutan kepada kerajaan Serbia.[30] Semua tuntutan itu perlu diterima dan dijawab oleh kerajaan Serbia dalam tempoh masa 48 Jam dari tempoh masa surat itu dihantar. Kerajaan Serbia telah diberi kata dua sama ada serbia menerima kesemua tuntutan ataupun berperang.[31] Namun begitu Serbia enggan menerima tuntutan yang dibuat oleh Austria-Hangry terutama artikel 4 dan 5. Tuntutan itu juga sangat memalukan kepada sesebuah negara yang merdeka seperti Serbia. Penolakan terhadap tuntutan ini juga dibuat atas sebab Serbia sudah bersedia untuk berperang dengan Austria-Hangry kerana yakin dengan bantuan yang akan diberikan daripada Rusia.[32]
            Bagi mengelak peperangan berlaku pada 26 Julai 1914, Britain telah mengajak Jerman, Itali, dan Perancis ke meja rundingan berhubung krisis tersebut.dalam perundingan tersebut Grey telah meminta Jerman untuk memujuk Vienna menarik balik kata dua terhadap Serbia, Tetapi permintaan itu tidak diterima oleh Jerman kerana ini boleh menjatuh maruah Austria-Hangry.[33] Ketika rundingan antara kuasa besar berlaku pada 26 Julai 1914, Rusia telah bersiap sedia untuk menggerakkan tenteranya. Perkembangan ini telah membimbangkan kuasa-kuasa besar lain terutamanya Jerman. Ini kerana campurtangan Rusia dalam perang antara Serbia dengan Austria-Hangry akan menarik Jerman terlibat sama kerana Jerman merupakan sekutu kuat kepada Jerman. Bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku Jerman telah meminta Britain mengemukan perdamaian antara Austri-Hangry dengan Rusia. Sir Edward Gery telah membwa St. Petersburg dan Vienna ke meja rundingan. Namun perundingan ini juga menghadapi kegagalan apabila tuntutan yang dibuat oleh Rusia keatas Austria-Hangry mencabar Maruah Austri-Hangry.[34]
            Pada 28 Julai 1914 Austry-Hangry telah mengambil tindakan setelah tempoh 48 jam yang diberikan olehnya untuk Serbia menjawab telah tamat, maka Austria-Hangry telah mengambil langkah untuk menyerang Serbia. Tindakan Austria-hangry itu mendapat riaksi dari Rusia yang turut melibatkan diri dalam peperangan tersebut dengan membantu sekutunya Serbia. Perkembangan ini membimbangkan Jerman kerana Austria-Hangry yang merupakan sekutu kuatnya diserang dari dua penjuru. bagi mengatasi keadaan ini Jerman meminta bantuan Britain untuk mengatasi konflik ini. Britain telah mengeluarkan ketetapan bahawa Austria-Hangry tidak boleh memusnahkan integriti Serbia dan perlu menarik diri dari Serbia setelah menakluki Belgrade dan sempadan Serbia. Jerman telah berjanji untuk memujuk Austriaa-hangry untuk menerima cadangan itu.[35]
            Cadangan yang dibuat oleh Britain itu disambut baik oleh maharaja Rusia dan menerima ketetapan yang telah dibuat itu, Austria-Hangry pula berjanji tidak akan menceroboh kemerdekaan Serbia. Maka pada 31 Julai 1914, Austria-Hangry mengadakan  perundingan bagi mencapai perdamaian dengan Rusia, namun perundingan ini tidak membuah hasil kerana Rusia menuntut macam-macam tututan yang menggugat kuasa Austria-Hangry. Selain itu, semasa Jerman sedang mengadakan perundingan dengan Austria-Hangry, Rusia telah menggerakkan tenteranya melalui sempadan Jerman. Ini bermakna persediaan Rusia untuk berperang Dengan Jermaan dan Rusia sudah kuat.[36] Pada 31 Julai 1914 Austria-Hangry sendiri telah meminta bantuan Britain untuk menyelesaikan konflik yang berlaku, namun Britain berdiam diri.
            Kedudukan tentera Rusia disempadan Jerman telah menambah ketengangan, Jerman telah memberi amaran agar Rusia menarik tenteranya balik dari sempadan, namun Jerman gagal mendesak Rusia mengundurkan tenteranya, Akhirnya Jerman mengambil tindakan mengistiharkan perang keatas Rusia pada 2 ogos 1914. Bagi mengelak penglibatan kuasa Britain dalam perang tersebut, Jerman menjamin tidak akan menceroboh Belgium. Namun keadaan berubah setelah Perancis yang mempunyai perikatan dengan Rusia mencapuri perang dengan menghulur bantuan kepada Serbia dan Rusia. [37]
            Britain selaku kuasa terkuat di eropah tidak senang dengan peperangan ini dan merasa malu jika tidak terlibat dalam perang ini. Oleh itu, Britain cuba mencari peluang untuk menyatakan sokongannya kepada Perancis, Rusia dan Serbia. Sehingga semasa Jerman memasuki Belgium kerana terpaksa bagi membuka jalan untuk menyerang Perancis. Britain ketika itu telah menggunakan alasan pencerobohan Jerman keatas kuasa berkercuali Belgium untuk menyertai perang bagi menyokong sekutunya dengan menyerang Jerman.
            Itali pula mencari peluang dan kepentingan dalam perang ini dengan meminta dari Austry-Hangry Wilayah jika mereka memenangi perang tersebut, tetapi Austria-Hangry tidak bersetuju. Lantas Jerman telah memberi sokongan kepada Britain kerana Britain berjanji akan memberikan konsensi kepada Itali di menditerranean. Britain juga berjanji akan memberikan beberapa wilayah di teluk Balkan. Pada mei 1915 Itali telah mengistiharkan perang keatas Austria-Hangry. Akhirnya perang ini mempunyai dua kuasa iaitu kuasa persekutu yang mewakili Perancis, Britain, Rusia dan Serbia, manakala kuasa Pusat pula melibatkan Austria-Hangry, Jerman dan Turki Uthmaniah. Peperangan ini berlangsung selama 4 tahun antara tahun 1914-1918. [38]
               




6.0 KESIMPULANNYA
Sebelum berlakunya perang dunia pertama, sudah terdapat beberapa konflik kecil yang timbul antara negara-negara kuasa besar eropah. Konflik antara kuasa-kuasa eropah sentiasa ada bila mana terdapat kuasa yang dianggap mengancamkan kedudukan mereka, mereka akan cuba menjatuhkan kuasa tersebut. Dalam konflik-koflik kecil di eropah ini Persoalan utama yang menjadi punca kepada permasalahan adalah melibat ekonomi dan politik. Kedua-dua faktor ini sangat berpengaruh dalam menentukan perubahan polisi sesebuah kuasa eropah terhadap dasar luar mereka bagi mengatasi masalah yang timbul.
Peristiwa pembunuhan putera dan permaisuri Austria-Hangry adalah satu sebab akhir sahaja kepada perletusan perang dunia pertama. Sebelum ini kuasa-kuasa eropah sudah lama bersedia dan memendam untuk mencetuskan peperangan bagi mendapatkan kepentingan yang dihajatkan oleh setiap negara eropah terhadap kepentingan mereka dirantau itu. Setiap kuasa besar eropah mempunyai kepentingan masing-masing untuk mendapatkan wilayah tertentu bagi mendapatkan keperluan yang dapat digunakan untuk mengatasi kuasa-kuasa eropah lain dari menajadi ancaman kepada mereka. Secara keseluruhannya perang dunia pertama berlaku disebabkan faktor persaingan kuasa-kuasa besar eropah untuk menghapuskan ancaman mereka dan memperkuatkan kedudukan mereka di eropah.









Rujukan
Anthony Wood, 1964, Europe 1815-1960, England: Longman Group UK Limited.

Azlizan Mat Enh,  Konflik di Bosnia Herzegovena dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar           1875-1918, Tesis Dr. Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. C. P. F      Luhulima, 1992, Eropah Sebagai kekuatan Dunia: Lintasan Sejarah dan                Tentang Masa Depan,  Jakarta: Penerbit Pt, Gramidia Pustaka Utama.

Jamieson, Alan, Europe in conflict : a history of Europe, 1870-1945, Hutchinson,            London, 1967

Martin Gilbert, 1969, The European Powers 1900-45, Britain: Oxfort.

Paul Kennedy, 1994, Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar: perubahan          Ekonomi dan Konfik Ketenteraan dari Tahun 1500 ke 2000, Terj Nor Long &    Abdul Razak Ator, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Templet Smith, 1970, Studies in War and Piece, Western Printing Services, London.

W. N. Weech(pnyt.). Sejarah Dunia, 1981, Terj Abdul karim Abdullah, Jilid 2, Kuala     Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.






[1] W. N. Weech(pnyt.). Sejarah Dunia, 1981, Terj Abdul karim Abdullah, Jilid 2, Dewan bahasa dan                Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 560

[2] Templet Smith, Studies in War and Piece, Western Printing Services, London, hlm 65.

[3] Paul Kennedy, Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar: perubahan Ekonomi dan Konfik                               Ketenteraan dari Tahun 1500 ke 2000, 1994, Terj Nor Long & Abdul Razak Ator, Dewan                             Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur hlm 277.

[4] Ibid., Op. Ct.

[5] Paul Kennedy, Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar: perubahan Ekonomi dan Konfik                               Ketenteraan dari Tahun 1500 ke 2000., hlm 302.

[6] Ibid., hlm 277.

[7] Ibid., hlm 278.
[8] Paul Kennedy, Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar: perubahan Ekonomi dan Konflik                              Ketenteraan dari Tahun 1500 ke 2000., hlm 2078.

[9] Ibid., 294.

[10] Ibid., hlm 300.

[11] Ibid., 280.

[12] Ibid., hlm 280-281.

[13] Ibid., hlm 281.

[14] Ibid., hlm 277.
[15] Ibid., hlm 288.
[16] Martin Gilbert, The European Powers 1900-45, Oxfort, Britaain, 1969, Hlm 38-67.

[17] Ibid., hlm 336.

[18] Ibid., hlm 334.

[19] Ibid., hlm 335.
[20] Britain dikira berkecuali dengan baik kepada Jepun jika Jepun menentang hanya satu musuh, tetapi perlu memberi bantuan ketenteraan jika Jepun memerangi lebih dari satu musuh; begitu juga dengan persetujuan Perancis untuk membantu Rusia. Kecuali jika London dan peris bersetuju tidak terbabit, oleh itu, persehabatan mereka yang baru terjalin terjejas. 

[21] Ibid., hlm 335-336.

[22] Ibid., hlm 336.
[23] Ibid., hlm 335.

[24] Azlizan Mat Enh,  Konflik di Bosnia Herzegovena dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar 1875-1918, Tesis Dr.       Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi., hlm 160. 

[25] Ibid., hlm 158. 

[26] Ibid., hlm op. Ct.
[27] Ibid., hlm 257.

[28] Ibid., hlm 257-258.

[29] Ibid., hlm 260.
[30] Ibid., hlm 364-265.

[31] Ibid., hlm 266.

[32] Ibid., hlm 267.

[33] Anthony Wood, Europe 1815-1960,  Longman Group UK Limited, England. 1964, Hlm 342.

[34] Ibid., hlm 278-280.
[35] Ibid., hlm 280-281.

[36] C. P. F Luhulima, Eropah Sebagai kekuatan Dunia: Lintasan Sejarah dan Tentang Masa Depan,                 Penerbit Pt, Gramidia Pustaka Utama, Jakarta, 1992, Hlm 130.
[37] Jamieson, Alan, Europe in conflict : a history of Europe, 1870-1945, Hutchinson, London, 1967, hlm         45.

[38] Ibid., hlm 49.

2 comments:

  1. terima kasih buat blogger entry macam ni lah yang kami suka ada rujukan yang sahih dan kukuh daripada buku senang kami hendak membuat rujukan di perpustakaan universiti kami. terima kasih lagi sekali buat tuan blogger kerana tidak lokek / kedekut ilmu tuan :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana berkongsi mengenai PD 1. agak sukar bagi saya memahami sejarah PD 1 kerana saya harus mencari pelbagai rujukan tambahan saya bagi menambahkan pemahaman saya mengenai PD 1. thanks again. :D

    ReplyDelete